BAB 20
Assalamualaikum
En Aiman,
Terimakasih untuk segalanya
Sabtu lepas, I gembira sangat !
Walaupun you gila-gila sikit, tapi I suka berkawan...
Jem starwberi tu....betul-betul sedap! Umi pun suka...
Maka, terpaksalah kami sekeluarga makan roti dengan pancake sahaja
sebagai sarapan untuk beberapa hari ini.....
Adila
Secebis coretan e-mail dari Adila, sudah cukup untuk aku merasakan bahawa dunia ini, aku yang punya. Segera aku membalasnya. Untuk Adila, aku tidak boleh menangguh-nngguhkannya. Jika tidak, hati tidak akan tenteram, kerja pula tidak menjadi. Maka, semenjak itu, ber-email serta sembang siber, telah menjadi rutin kami hari-hari, jika mempunyai masa yang terluang. Terutamanya , di waktu malam.
"You, online tak ?"
" Untuk you, I sentiasa ada"
"You, I nak minta tolong sikit ?"
" Tolong apanya ? Untuk you, segala-galanya I akan lakukan !".
" Bunyi macam ada niat lain saja ?".
" Ha..ha..ha, memanglah ada ! Tapi hajat tu simpan dulu....nanti jika I sudah muflis, baru I minta tolong you. Apa sebenarnya yang you nak I tolong?".
"You ingat tak bos pembekal mee segera dari Thailand tu? Dia beria-ia sangat nak makan malam dengan I. Dah banyak kali I tolak. Kali ini dia minta depan CEO. Maka terpaksalah I katakan ya..."
" Mr Taksin tu ? Buaya dia tu......Jaga-jaga you .."
"I tahu....Sebab tu, nak ajak you, temankan I. Aban-abang I, semuanya menolak. Tak mahu masuk campur urusan kerja I . Dia orang marah I setuju. I terpaksa ....you".
" Okay. I temankan you. Tiada masalah lansung bagi I. Malah gembira ! Bukan mudah dapat keluar dengan you. Malam-malam pula tu....".
" Really ? Terimakasih banyak-banyak you. Selesai masalah I. Tapi you jangan ada niat lain pula ya ?".
"Ha...ha...ha, yang itu terpulang pada I ...."
Seperti yang dijanjikan, pada malam itu, aku memandu ke sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Aku akan menemui Adila di lobi hotel. Dia dihantar oleh abangnya ke situ, juga akan dijemput semasa pulang nanti. Maka tiada peluanglah aku untuk menjemputnya sendiri di rumah. Itu adalah peraturan untuknya. Dikawal ketat oleh keluarga sendiri, supaya pergaulan tidak terlalu bebas.
Secara peribadinya, aku amat menghormati peraturan sebegini, yang mana menjadi salah satu cara mencegah pergaulan muda-mudi daripada menjadi terlalu bebas. Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan kepada keluarga sendiri. Hasilnya, terserlah pada peribadi Adila, yang dikagumi ramai orang. Walaupun dia banyak membesar di negara barat, tetapi adat sopan ketimuran, tetap terpelihara. Institusi keluarga, sepatutnya menjadi asas dalam pendidikan generasi sekarang ini. Jika keluarga terabai, natijahnya seperti yang selalu dilihat dalam laporan media masa sekarang ini. Ramainya yang membuang anak luar nikah ! .Di Malaysia sahaja purata kelahiran anak luar nikah adalah lapan puluh tiga orang sehari. Di mana silapnya ?
Dari jauh, aku sudah nampak Adilah di pintu utama. Tersenyum manis bila matanya sudah dapat mencari aku. Cantik betul dia malam ini. Bagai bidadari dari alam kayangan aku rasakan ! Dengan kebaya batek labuh,berwarna lembut, sesuai dengan tubuhnya yang tinggi lampai. Kebetulan warna bajunya sendondong dengan kemeja batek yang disarungkan aku. Bagaikan pasangan suami isteri pula....
KAMU SEDANG MEMBACA
PILIHAN MAMA
RomanceNovel pertama Umie Nadzimah Terbitan : Kaki Novel Sinopsis Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui……….payahnya untuk merasai...