BAB 9
"Penat betul rasa badan ni mama. Banyak betul projek baru kena handle."
"Sebab tu anak mama lambat benar sampai rumah hari ini ?"
"Man lambat sebab jalan jem la... ma. Dari HUKM tadi , melawat Rahman Assistant Man kat office tu. Kesian dia.. ma. Sakit teruk. Lembik badannya. Tapi doktor tak dapat kesan sebarang penyakit pun . Doktor kata dia stress , mungkin kerja banyak sangat".
" Stress kerja ? Man buli dia teruk sangat ke ? Kesian budak tu".
"Tak adalah.. Ma. Kita kerja in group, mana ada buli-buli. Walaupun banyak projek, tapi masih boleh rehat. Boleh ambil cuti juga, kalau nak".
" Habis tu....Kenapa Rahman sampai sakit macam tu?. Janganlah jadi pada anak mama pula. ".
" Hissh... mama ni, janganlah minta macam tu. Setiap kata-kata ibu tu satu doa tau!".
"A'a....la. Mama selalu terlupa. Bukan apa Man, mama risau kalau jadi apa-apa pada Man. Mama ni kan ada anak seorang saja. Dialah intan, dialah payung mama".
" Ada ke samakan Man dengan payung ? .Payung tu murah je ma....RM 15 boleh dapat yang berkualiti tau !. Mama jangan risau-risaulah. Man ni dah terlebih umur daaah. Pandai-pandailah Man jaga diri sendiri. Di hospital tadi, Man jumpa ibu-bapa Rahman . Mereka cuba juga berubat dengan ustaz di Bangi tu ma. Dah beberapa kali juga mereka pergi. Yelaaah.......Rahman pun dah dekat sebulan sakit."
" Ada benda-benda tak baik ke menganggu dia Man? Ada yang dengkikan dia ke?"
" Entahlah ma, kata mereka Rahman terkena buatan orang, tapi salah tuju. Bukan untuk dia. Untuk orang lain, tapi dia yang kena. Man tak tahulah nak kata apa. Antara percaya dengan tidak. Tapi biarlah mereka berusaha. Mudah-mudahan sehat kembali dia"
"Itulah.....jangan suka makan sembarangan. Yang orang bagi, jika kita tak kenal, jangan pula terus makan. Pilih-pilih sikit makanan tu. Hati-hati".
"Yelaah mama. A'a....lah, Rahman tu memang suka makan. Pantang tengok makanan, dia rembat . Makanan Man selalu habis ma. Kadang-kadang bekal yang mama buat tu tak sempat nak rasa pun. Kalau makanan yang orang bagi , tak kisahlah. Tapi kalau yang mama bekalkan, jegil jugalah mata ni".
" Selalu ke orang bagi makanan Man?. Kalau dari orang tak kenal jangan makan tau".
" Taklah....Mana Man pernah makan. A'aa la.....Mama, baru perasan, sejak kebelakangan ni selalu saja Man dapat sarapan free. Ingatkan Aliah yang belikan, sebab jika Man nampak sibuk dia selalu sediakan. Bila tanya, dia nafikan pula. Tapi semua makanan tu Rahman yang telan. Satu pun Man tak rasa".
" Mama risaulah Man. Sekarang ni macam-macam orang ada. Tak dapat secara baik, mereka guna cara halus. Masih ada lagi orang yang guna cara-cara kotor ni. Ingatkan zaman dulu-dulu je orang guna cara ni. Tapi sekarang ni di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ni pun ada. Kalau di ceruk kampung orang asli sana tu logik juga".
" Mama....niiii... Kat KL ni lagi ramai orang busuk hati tau! Mama nak nasihatkan Man hati-hati, mama pun kena beringat juga. Tengok sepupu mama tu, boleh dikatakan hari-hari datang. Mesti ada udang di sebalik batu"
" Makcik Zai kau tu, bukan nak mencari udang lagi, tapi nak cari orang bujang yang dah nak terlajak ni jadi menantu. Tu yang tak jemu-jemu dia bertandang. Ini pun satu masalah juga. Mama ni banyak kelas ugama nak pergi. Kalau awal lagi dia dah sampai, takkan mama nak halau pula. Banyak dah kelas mama miss ni..."
" Habis tu.....Apa boleh Man tolong ma?"
"Kahwinlah cepat-cepat .Selesai banyak masalah".
"Yelaah....Yelaaah. Nanti-nanti Man kahwin. Selesailah semua masalah mama. Man naik mandi dulu, dah busuk sangat dah nii.."
"Tengok tu....Mama sebut je pasal kahwin, cepat-cepat dia nak pergi. Macam mana? Usia kita ni makin hari-makin meningkat. Bilalah agaknya....."
"...Mama nak dapat menantu, nak timang cucu".
Mama menjeling, aku ketawa sambil mengatur langkah menuju bilik untuk membersihkan diri. Kesian juga mama. Betul-betul mengharap. Bilalah aku ni dapat menunaikan hajat mama ini ? Detik ini, aku tiada jawapan....
Cerita Rahman, tidak habis di situ sahaja. Di pejabat, heboh diperkatakan . Kononnya ada yang menggunakan khidmat mistik untuk mencapai hajat peribadi. Si malang Rahman yang menjadi mangsa, Oleh sebab tersalah orang, maka dia menjadi sakit. Jika kena kepada sasaran, orang yang dihajati boleh dimiliki!
Entahlah.......Aku antara hendak percaya atau tidak. Boleh juga jadi begitu ?. Bukankah syirik jika mempercayainya?. Sakit itu datangnya dari Allah S.W.T. Dia sahaja yang berhak !. Manusia tidak mempunyai kuasa. Menjadi penyebab atau perantara , mungkin betul. Akan tetapi cerita-cerita gossip ni bukan boleh dipercayai sangat, Perkara seinci jadi seratus kaki. Satu sentimeter, menjadi seratus meter. Sebenarnya , aku tidaklah mendengar sangat, Cuma dihujung-hujung telinga sahaja. Terdengar pekerja bawahan bercerita. Selebihnya, faham-faham sendiri sahaja.
Kalau betul pun apa yang berlaku ini, terasa kelakar pula. Masih ada rupanya benda-benda macam ini pada zaman serba canggih ini ? Zaman manusia satu dunia boleh berhubung dalam sekelip mata sahaja. Ada lagi agaknya bomoh-bomoh atau pawang yang membantu proses jahat ini. Tidak terjangkau akal dan fikiran ku, bagaimana mereka melakukannya?
Setahu aku, pekerja-pekerja yang terpilih untuk berkerja di syarikat tempat aku berkhidmat , telah disaring dengam begitu ketat sekali. Hanya yang betul-betul layak dan terbaik sahaja yang akan berjaya. Hampir keseluruhan pekerja mempunyai kelulusan dan kualiti yang bagus. Tidak sangka pula, ada yang percaya kepada kuasa-kuasa siher atau alam lain. Seorang pekerja syarikat makanan antarabangsa berjenama terkenal menggunakan khidmat pawang ? Kelakar...... Apa yang dikejar ? Apa yang di cari ? Sehingga seperti melupakan Tuhan ? Sungguh......Aku tiada jawapan.
.
Namun, berita tidak sahih yang baru aku terdengar, sungguh menggugat ketenangan fikiran untuk beberapa hari. Nama Encik Aiman, Pengurus Kanan Bahagian Jualan dan Promosi telah dikaitkan sebagai sasaran orang tersebut!. Berdegup kencang juga jantung ku seketika. Apa pasal nama ku pula yang dikaitkan ? Aku, yang jarang memperdulikan bual kosong orang lain , dikaitkan juga ?. Aku, yang sentiasa bermuka serius dan sepanjang masa tekun dengan kerja-kerja pejabat, juga boleh digossipkan ?. Hiss.....Tidak faham dengan dunia ini !.
Pasangan tidak diterima aku, Sofia, dikatakan menjadi punca segalanya. Dia telah menggunakan ilmu hitam, dengan menghantar sesuatu melalui sarapan yang dititipkan untukku setiap pagi. Namun makanan tersebut tidak pernah dijamah walau sedikit. Maka , nasib malang tersebut terkena kepada Rahman, yang pantang melihat ada makanan disudut air di jabatan. Biasanya, aku akan menyuruh Aliah meletakkan makanan yang aku tidak mahu di sudut tersebut, khas untuk sesiapa sahaja yang merasa lapar. Di situ, sesiapa yang ternampak ada makanan, bermakna rezeki dialah hari itu, kerana peraturannya adalah percuma dilihat dan dimakan. Tidak baik membazir. Tempat itu jugalah menjadi pelabuhan bergossip, terutamanya bagi perempuan!.
Alahai Sofia, jika benar apa yang diperkatakan orang, bawalah bertaubat nasuha. Jangan diulangi lagi perkara-perkara jijik begini. Amat besar dosanya!. Kasihanilah Rahman yang terlantar di hospital. Sedih bila melihat ibunya yang meratapi kesakitan yang ditanggung anak. Sedih bila melihat ayahnya yang amat sugul bimbang keadaan anak yang makin kritikal. Jangan terlalu berani Sofia. Banyakkan mengingati Tuhan. Selawat keatas nabi-nabi jangan dilupa. Hati akan lebih tenang, petunjuk dan hidayah pun akan lebih mudah datang. Cara jahat begini bukan penyelesaiannya. Cinta, tidak semestinya dimiliki . Walaupun payah, hidup mesti diharungi. Biarlah seiring dengan jalan yang diredhai. Bukan jalan gelap dan hitam.
Namun, jika apa yang dihebahkan orang ini tidak benar, bersabarlah Sofia. Inilah yang dikatakan fitnah manusia. Mulut boleh memperkatakan apa-apa sahaja. Sebabnya, dia terlalu senang di buka manusia. Tidak perlu menggunakan tangan, atau tenaga yang banyak.
Sebetulnya, aku amat runsing pada mulanya, bila nama aku dikaitkan dengan kejadian Rahman, makanan Sofia dan ilmu mistik. Tetapi bila difikir-fikir balik, untuk apa aku harus membuang masa pada perkara-perkara yang tiada jawapan, emosi aku kembali tenang. Jika mama tahu cerita ini, bagaimana agaknya ? Sedikit- sebanyak aku dapat mengagak apakah tindak-balasnya. Harap-harap, janganlah sampai ke telinganya, cerita-cerita yang tidak pasti ini. Kesian pula mama nanti kerana terpaksa memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah rumit ini........
KAMU SEDANG MEMBACA
PILIHAN MAMA
عاطفيةNovel pertama Umie Nadzimah Terbitan : Kaki Novel Sinopsis Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui……….payahnya untuk merasai...