BAB 15
Segalanya berlaku dengan pantas. Mama bertindak dengan cepat sekali. Sedar tidak sedar, sudah dua minggu, aku telah bergelar tunangan orang. Tunang kepada seorang gadis . Pertunangan aku, walaupun dalam jangka masa yang singkat, tetapi penuh beradat. Segalanya lengkap. Sireh pinang dengan hantaran yang cantik-cantik, semuanya disediakan mama dan kawan-kawanya. Aku tidak campur tangan. Cuma melihat sahaja. Malah, cincin merisek dan bertunang, semua diuruskan mama, serta ditanggung kosnya. Itu niatnya. Apa aku kisah? Lagilah suka....
Mama tidak membenarkan aku mengikuti rombongan pertunangan itu. Adat keluarga kami, seharusnya bakal pengantin lelaki tidak perlu ikut bersama. Setahu aku, itu adat orang Melayu dahulu, yang jarang dipraktikkan pemuda kini. Namun secara kebetulan, pada tarikh yang sama aku terpaksa ke Jakarta , menghadiri mesyuarat tergempar mengenai penarikan semula produk di pasaran Indonesia.
"Gambar majlis tempoh hari, mama dah letak atas meja kerja di bilik Man. Tengok-temgoklah ya!. Cantik betul si Aishah hari tu. Semua orang puji Man".
"Yelaaah mama, nanti Man tengok".
" Kamu tu Man, janganlah asyik kerja saja. Pergilah rumah si Aishah tu, berkenalan dengan keluarganya. Bawa-bawalah Aishah keluar, kenal hati budi masing-masing".
Aku memandang mama dengan pandangan letih. Mujur deringan telefon bimbit mama menyelamatkan aku dari mengiyakan permintaannya itu . Buat masa ini aku belum bersedia untuk bertemu dengan gadis itu. Hati masih belum tetap lagi.
" Waalaikumsalam, haaa.... Ros. Khabar baik. Ros pula sehat ke hari ni ? Alhamdulillah. Anak bujang tu ? Entah bila nak selesai kerja dia kat Indonesia tu? Asyik berulang alik ke Jakarta je. Rumah ni macam hotel dibuatnya sekarang ni. Balik tidur , balik tidur. Tak sempat pun nak sembang panjang-panjang. Ada kes besar katanya. Kalau tak diselesaikan cepat, takut membahayakan pengguna. Ha..ha,,,ha, macam-macam orang sekarang ya ! . Bila dia nak jumpa Aishah tak tahulah !. Kebelakangan ni nampak macam letih semacam je bila balik. Yelaah tu Ros, betul... bagilah dia orang masa. Masih ada banyak masa lagi kan ? Masing-masing dah dewasa, pandai-pandailah nanti. Kalau dah mula jumpa, nanti asyik nak keluar bersama pula, susah hati kita pula ya! Ha..ha..ha.".
"Aishah dah mula kerja ? Sibuk juga? Ha..ha...ha. Tapi dia ada juga telefon dua hari lepas, tak disebutpun yang dia dah mula bertugas. Saja call, katanya, tanyakan khabar bakal mak mentuanya. Ha..ha...ha. Sejuk perut kau Ros, baik si Aishah tu. Pandai kau didik dia. Hah ? Degil ? Samalah dengan si bujang kita tu. Ada masa tak nak juga dengar cakap kita ni, ha..ha..ha. Biasalah, anak-anak zaman sekarang. Baik-baik pun, mereka ada jalan hidup sendiri. A'aa .....la. Nanti kita bincang dulu dengan Aiman, bulan mana yang dia free. Tarikh sesuai. Tak naklah buat masa dia sibuk, nanti lambat dapat cucu, ha..ha..ha. Dah selesai nanti kita pergi rumah Ros, kita bincang sama-sama. Ok. Waalaikumsalam. Kirim salam pada Aishah ".
Panjang lebar mama sembang dengan bakal besannya. Biarlah. Aku pura-pura tidur di atas kusyen panjang. Badan letih , akan tetapi mata tidak mahu lelap. Sudahnya, aku memasang telinga, mendengar perbualan mama, dengan mata yang dibuat-buat pejam. Entah kenapa, hati yang di dalam ini sudah berbolak balik. Tidak seyakin semasa memberi keputusan pada mama tempuh hari. Aku seperti tidak yakin dengan pilihan mama. Takut tidak sesuai dan serasi. Takut juga aku tidak dapat menjaga Aishah yang dikatakan sangat baik itu dengan sebaik-baiknya. Jika tidak ada perasaan sayang dan cinta? Hanya sekadar tanggungjawab ?
Seperti yang berlaku kepada jiran lama aku, Johari. Aku terserempak dengannya , semasa penerbangan ke Jakarta baru-baru ini. Satu kapal terbang. Aku memerhati kepada perempuan disebelahnya. Nampak seperti mesra sangat mereka berdua. Rapat dan mesra.
"Siapa di sebelah abang Joe tu? Kalau kak Mashitah saya kenal. Ini lain sangat". Aku bertanya untuk kepastian, setelah bertanykan khabar masing-masing.
KAMU SEDANG MEMBACA
PILIHAN MAMA
RomanceNovel pertama Umie Nadzimah Terbitan : Kaki Novel Sinopsis Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui……….payahnya untuk merasai...