PM : BAB 22

2.3K 76 10
                                    

BAB 22

" Hello, Haaa....Aliah, ada hal penting ke ? .Saya ada mesyuarat kejap lagi".

" Encik , Dato' Seri Khalid, salah seorang ahli Lembaga Pengarah Syarikat, datang ke jabatan sebentar tadi. Dia nak jumpa encik , macam urgent saja. Dia minta saya tanya bila encik free, dia nak ajak dinner".

" Kenapa pula Aliah ?. Bukankah jabatan kita tak ada kena mengena dengan urusan dia?"

" Entah .....Saya pun tak ada idea kenapa ? Berkenaan dengan dinner tu, bila encik boleh ?. Saya kena bagi jawapan kejap lagi. Macam tegas saja orangnya, naik takut saya tadi encik".

" Hissh....You.. ni, Aliah....macam-macam. You letak saja mana-mana tarikh yang sesuai dengan dia . Minggu ni, waktu malam I okay, tak ada apa-apa program. Tapi I ragu-ragulah......apa agenda dia..... ya ? Anyway, you buat sajalah dinner appointment tu, tak payahlah fikir yang bukan-bukan. Selebihnya biarlah I fikirkan".

Ligat kepala aku memikirkan apa sebenarnya alasan Dato' Seri Khalid ini ingin bertemu . Kalau berkenaan kerja , rasanya tidak bersangkut paut dengan dia. Walaupun dia salah seorang pemegang saham syarikat di Malaysia, tetapi sebarang arahan di bahagian jualan , tidak boleh dilakukan olehnya. Malah di bahagian-bahagian lain pun, dia tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan, kerana syarikat ini terdiri dari beberapa orang pemegang saham , termasuk syarikat pelabur luar negara.

Kringg! Kring ! Berdering lagi telefon bimbit, dengan paparan perkataan "office" di skrinnya, bermakna dari Aliah lagi. Apa lagi yang hendak di beritahunya. Ini adalah kali ketiga dia menelefon pagi ini . Nasib baik juga sesi taklimat yang aku lakukan di outlet luar ini singkat sahaja. Jika tidak, pasti menganggu kelancarannya.

" Apalagi Aliah.....You dah rindu sangat dengan .. I.. ke ?"

" Ha..ha..ha, encik Aiman, ni pasal kursus di Switzerland tu, encik dah bagi jawapan ke ?".

" Belum lagilah Aliah.....I tengah fikirkan ni".

" HR perlukan urgent encik. By today. HQ Zurich dah bising-bising".

" Bising apanya?. Dia orang baru confirm dengan I semalam. I perlu masa juga nak fikir. Tiga bulan Aliah ......I ni memanglah belum kahwin , tak payah fikir hal anak isteri, tapi mama I tu.... kena difikirkan juga.Siapa pula nak tengok-tengokkan dia. Kejap lagi, I baliklah ke office uruskan perkara ini. You jangan risau".

Dari Kelang, aku bergegas ke pejabat di ibu kota, semata-mata hendak mengesahkan kehadiran kursus di Switzerland itu. Ini kursus wajib, arahan dari ibu pejabat di sana. Tidak boleh menolak. Selesai mengisi borang disertakan dokumen-dokumen yang perlu, aku turun ke tingkat tujuh untuk menghantarnya sendiri ke bahagian sumber manusia. Malas menyusahkan Aliah yang nampak sibuk dengan kerja-kerjanya sendiri.

Namun, hajat hati untuk sambil menyelam ,dapat juga minum air. Walaupun melalui hari-hari yang sibuk, aku teramat rindu untuk melihat Adila. Dengan menghadirkan diri ke tingkat pejabatnya, dapat juga menjeling-jeling adakah dia berada di sana?. Aaahhh....hampa, dia tiada di biliknya. Sia-sia jugalah tenaga aku petang ini. Kecewa yang teramat sangat. Aku betul-betul rindu padanya. ....

" Encik, Dato' Seri Khalid tu, dah tempah meja malam esok di Hotel One World. Encik okaykan ?".

" Apa....malam esok Aliah ? One World ? Dekat rumah saya tu......Okaylah...."

Aliah mengalihkan rasa kecewa aku itu, kepada perkara lain. Melihat dia yang terkocoh-kocoh untuk pulang, mengingatkan diri aku untuk beransur pergi . Hari ini , perlu berbincang dengan mama mengenai tarikh perkahwinan aku , supaya ditangguhkan sedikit, kerana kursus yang tidak dijangka ini. Tangguh ? Atau membatalkan sahaja?

PILIHAN MAMATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang