PM- BAB 6

3.5K 89 1
                                    

BAB 6

"Sampai juga kau ke rumah makcik ya Man? Ingatkan dah lupa jalannya.....masuk bertahun jugalah.... engkau tak bertandang".

" Man ni sibuk memanjang, Zai. Sekarang ni baru senang sikitlah, sebab dah habis belajarnya tu. Inipun hari minggu, dapatlah dia datang. Selalunya engkau kan buat kenduri selepas Maghrib, malam jumaat, mana dia sempat nak datang, hari berkerja"

Aku hanya tersenyum seolah-olah mengiyakan apa yang dicakapkan mama. Begitulah mama, selalu melindungi kelemahan aku, jika ianya bukan satu kesalahan yang perlu ditegur atau diperbetulkan. Cuma kelemahan , bukan yang membawa dosa. Tetapi jika perlu, dia akan menasihatku secara berhemah. Secara bersendirian, bukan di hadapan khalayak ramai, atau kehadiran orang lain. Dia begitu teliti dalam menjaga air muka dan maruah ku.

Jika diikutkan hati, malas untuk aku menerima jemputan makcik Zainab, sepupu mama ku, ke kenduri doa selamat di rumahnya. Sampainya aku ke sini keran tidak mampu mengatakan tidak kepada mama Tidak tahan dengan rayuan dan pujukan mama. Dia, kalau pasal memujuk rasanya semua hati akan cair. Tidak kira lelaki ke perempuan. Itu diantara kelebihannya , yang aku rasa tidak boleh ditemui pada wanita-wanita lain. Setakat hari ini. Belum ada lagi wanita lain yang dapat meleburkan hati dan perasaanku. Yang dapat menembusi tembuk kedegilan serta keegoan perasaanku. Kecuali mama. Bagaimanakah agaknya wajah wanita yang satu itu, gadis yang akan bertakhta di hatiku disamping mama? Aku tersenyum sendiri. Lamunan ku terhenti apabila dikejutkan dengan suara nyaring makcik Zai.

" Kenapa anak teruna engkau ni Dhiah? Dari tadi aku tengok tak henti-henti tersenyum sorang-sorang?".

"Adalah tu yang mengusik hatinya Zai. Senyum tu kan tandanya suka dan gembira. Agaknya dia selesa bertandang rumah kau Zai. Maklumlah , anak-anak gadis kau dah besar-besar belaka. Manis-manis pulak tu".

Mama tidak berputus asa untuk membelaku. Mulut ramah makcik Zai yang satu itulah menjadi sebab aku mencari alasan untuk tidak menghadiri setiap majlis yang diadakannya. Jika berkata-kata, dia jarang memikirkan perasaan orang lain. Ada-ada saja ideanya untuk memperkecil-kecilkan orang . Semua orang ada salah di matanya. Dia sahajalah yang betul, dan dia sahajalah yang sempurna.

" Makcik Zai apa khabar ? Lama betul Man tak jumpa makcik, ya!. Makcik nampak makin berseri-seri sekarang ini. Tentu lebih senang hati ".

Akhirnya, aku bersuara juga, sebagai berbudi bahasa. Beserta puji-pujian supaya tuan rumah berasa senang hati. Tidaklah pula nanti dikatakan datang bertandang rumah saudara, sombong pula.

" Hah! Keluar juga suara kau tu ya ! Makcik ingat bila kau buka mulut, ada ketulan emas jatuh, sebab itu kau hanya tersenyum saja dari tadi. Tadi, makcik ingat engkau dah jadi bisu, maklumlah dah bertahun tak nampak. Tapi sayang juga kalau kau bisu , muka segak, harta banyak, tapi tak dapat berkata-kata".

Ya Allah, Ya Rabbi! Sabarkanlah hati hamba Mu ini. Sabar....sabar. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawabnya. Apalah dosa ku hari ini, sehingga dipertemukan dengan wanita secelupar ini. Kelu lidah ku untuk membalas kata-katanya. Biar sajalah.... Bukan aku dapat dosa pun! . Lidah dan mulut, dia yang punya, hak dia. Tidak penting untuk aku mempertikaikannya. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Sempadan untuk aku tilik diri sendiri dari berkata perkara-perkara yang menyakitkan hati orang lain. Kenapa mesti menyakitkan hati orang, sedangkan kita lebih bahagia jika dapat menyenangkan perasaan orang lain ?.

Mama seperti memahami perasaan ku yang bergelojak ini, terus mencuit bahuku dan mengarahkan untuk duduk bersama kumpulan kaum lelaki di khemah yang bersebelahan .Aku akur. Tidak perlulah aku berlebih-lebihan beramah mesra dengan makcik Zai, kerana natijahnya aku sendiri tahu, tentu menyakitkan. Jika dilihat dari rupa fizikal, tidak terjangka makcik Zai mempunyai lidah yang berbisa. Dia menyarungkan tudung labuh, yang menutupi sehingga menghampiri paras pinggang. Auratnya di tutup dengan sempurna sekali. Dengan pakaian yang begini, dia seharusnya menjaga lidah dan kelakuan, supaya menjadi contoh yang sempurna bagi orang-orang muda sepertiku. Namun sebaliknya pula berlaku, dia membuat orang lebih keliru. Fizikalnya sempurna, tetapi hakikatnya peribadi tidak mencerminkan seorang wanita yang solehah. Aku amat bersyukur memiliki mama yang tertib budi bahasanya dan sentiasa berkata menyenangi hati orang lain.

PILIHAN MAMATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang