TOK TOK TOK! Pintu rumah diketuk kuat. Milah yang masih belum tidur terkejut dek ketukan itu. Milah tak sedap hati.
"Abang...abang... Siapa tu kat luar?" Bisik Milah perlahan sambil mengejut suaminya yang tidur langsung tak terganggu. "Abang...bangunlah bang. Siapa datang memalam buta kat luar tu."
TOK TOK TOK! Pintu masih diketuk. Milah jadi tak keruan. Suaminya mengeluh.
"Awak ni, tidurlah wak. Lewat dah ni, apa awak bebel lagi ni. Ish." Bidin berpaling daripada Milah.
Milah diam saja, dia malas mahu ganggu suaminya berlebihan. TOK TOK TOK! Milah mengetap bibir. Ketukan di pintu makin kuat kedengaran. Bunyi ranting dipijak. Seakan akan ada orang berjalan di luar rumah. Ketukan di pintu masih bertalu. Bidin bangkit segera. Dia merungut, siapa yang mengacau malam malam buta itu. Milah di sebelah diam.
"Siapa lah tak reti bahasa kacau malam malam ni. Aduh." Bidin bangun.
"Jangan bang." Milah menegah.
"Kenapa pulak? Dah tak reti diam tu baik pergi tengok siapa." Bidin malas fikir panjang, dia ingin jenguk siapa di luar rumahnya tu.
"Abang... mana logik orang datang malam malam buta ni bang. Pukul 3 pagi dah ni bang." Milah menjawab, suaranya separa berbisik.
"Habes tu siapa tu ketuk tu? Hantu? Hah?" Bidin celupar.
Milah menepuk peha suaminya.
"Abang jangan celupar bang, dah malam ni bang. Apa lah orang tua ni."
Bidin berdiri.
"Dah awak duduk sini diam diam. Saya jenguk kejap je."
Sepuluh minit berlalu, Bidin masih tidak naik lagi. Ketukan di pintu masih kedengaran. Milah jadi tak menentu. Suaminya yang turun ke bawah entah ke mana. Entah entah, suaminya tertidur di bawah, fikirnya.
KETAK! KETUK! Bunyi tingkap rumahnya seolah olah diketuk. KETAK! KETUK! Kedengaran lagi. Milah panik.
"Milah! Oh Milah! Bukak pintu Milah! Aku nak masuk Milah! Milah bangun Milah!" suara teriak di luar rumah jelas kedengaran.
Milah cuak.
"Milah, bukak pintu Milah! Aku taknak tidur luar Milah!" Suara itu sebijik suara suaminya.
Milah diam.
"Milah! Aku tak bawak kunci Milah!"
Milah mengerutkan dahi. Nalurinya mengatakan itu suaminya. Milah bangun. Perlahan lahan dia merapat ke tingkap. Milah menyelak langsir. Suaminya sedang berdiri di halaman rumah sambil menyahut namanya.
"Abang ke tu?"
"Ye lah Milah. Aku lupa bawak kuncilah Milah. Bukak lah pintu." Jawab suaminya lagi, berteriak.
Milah segera ke bawah, membuka pintu. Namun dia masih membaca surah suci, sambil di tangan ada yaasin, takut takut itu puaka yang mengacau. Suaminya masuk ke dalam rumah. Peluh di dahi Bidin kelihatan.
"Lambatnya kau nak bukak pintu Milah. Penat aku ketuk."
"Abang pergi mana sampai berpeluh ni? Jenguk orang sampai ke luar rumah ke?" Tanya Milah.
"Apa kau cakap ni. Aku kan tadi meeting dengan penghulu. Borak dekat warung lepas meeting, baru balik ni." Jawab Bidin, lalu ke dapur. Milah seriau.
"Hah! Abang jangan main main."
"Nak main main apa Milah oi. Betullah, tanyalah Tok Ketua nanti esok."
Milah terduduk.
"Abang takde balik tadi ke?"
Bidin berkerut. Dia jadi tidak sedap hati.
"Apa dah jadi Milah sebenarnya?" Milah menggigil.
"Tadi abang dah balik awal. Abang dah masuk tidur dengan saya dah pon dekat atas."
"Astaghfirullah. Sini Milah sini. Dah dah, istighfar. Takde apa k Milah. Istighfar."
Bidin memeluk Milah sambil mengusap kepala isterinya. Nampaknya, puaka telah menyerupai dirinya malam itu. Nasib Bidin dan isterinya baik, tiada apa apa yang buruk terjadi.
YOU ARE READING
Seram
Short StoryKoleksi cerpen seram untuk semua. Hantu ni sebenarnya wujud, cuma kau je yang tak nampak. Cuba kalau nampak? Mungkin dia ada belakang kau tu sekarang, tengah perhati kau dengan mata terjegil dan gigi taring berlendir.