Jelma

10.8K 291 33
                                    


Sesekali lolongan anjing kedengaran panjang dan halus, bersahut-sahutan menimbulkan rasa seram sejuk. Bulu roma Bad sudah menegak. Entah kenapa, bagaikan movie, ketika itu jugalah angin bertiup sedikit kuat dan dingin mula menyelubungi tubuhnya. Bad terbaring kaku di atas katilnya dengan mata yang berkelip-kelip menahan kantuk. Sepertinya Bad tidak juga mahu pejam walaupun hakikatnya sudah hampir tujuh kali dia sangap (slanga Johor: sangap = menguap)

Sedang dia ralit melayan mata, bekas berisi makanan kucing yang terletak di luar biliknya kedengaran bergoncang. Isi berlaga isi berlaga bekas, mengeluarkan bunyi kerecek! kerecek! Bad diam memicing telinga. Bunyi itu masih kedengaran untuk kesekian kalinya.

"Boncit nak makan ke memalam ni?" getus hatinya. Seperti kebiasaan, Boncit - kucingnya akan melanggar-langgar bekas makanannya jika dia kelaparan. Dan juga kebiasaan bagi Bad untuk memberi makan kepada Boncit tidak kira waktu selagi dia masih belum tidur. Boncit mengiau. Dan dengan itu, Bad bangkit dari katilnya. Dia melangkah ke pintu dengan selimut yang terlilit di leher, berseret di atas lantai sepanjang dia berjalan. Tombol dipulas sambil tangan kanannya memetik suis lampu. Bunyi pintu berkeriut perlahan dengan lampu berkelip-kelip dengan bunyi dengung current menghiasi sunyi malam.

Kelihatan Boncit sedang menjilat bulu-bulunya sebaik saja lampu di atas pintu menyala. Lampu itu suram, namun cukup untuk menerangi ruang hadapan biliknya.

"Boncit! Apesal tak tidur lagi ni, lapar ya?"

"Meow..." Boncit menghadap Bad dengan wajah comelnya. Lantas diambil bekas berisi Friskies - dipulas buka - tuang ke dalam bekas kosong - cerkeretkerecek! - tutup bekas - letak tepi - usap kepala Boncit. Boncit makan dengan menunduk ke lantai. Bad merenung Boncit yang hampir habis makan dengan senyuman. Baru dia berura-ura untuk bangkit, Boncit mengiau ke arahnya sambil menggesel tubuh bulunya di hujung kaki.

"Manja pulak engkau memalam ni. Aku nak tidur lah Boncit." kata Bad sambil mendukung Boncit lalu diletak di bahu. Bulu-bulu tebal itu diusap perlahan lahan.

"Meow.."

"Dah, kau tidur dengan aku je lah. Aku takde kawan ni." kata Bad pada Boncit seperti berborak dengan manusia. Diletak Boncit disebelahnya, sambil tangan kirinya menindih tubuh bulu itu seakan-akan memeluk, Bad memejamkan mata dengan harapan dia berjaya lelap kerana kantuknya sudah tidak tertahan lagi. Boncit juga turut sama memejamkan mata, sepertinya mengikut mood tuannya.

"Meow...meoww.."

Bad yang baru saja mahu lelap matanya mendengar bunyi kucing mengiau di luar rumahnya. Dia endahkan saja, kucing mahu mengawan gamaknya.

"Meowww...." Semakin lama, semakin kerap bunyi kucing di luar. Bad berang, baru saja dia hampir lelap, tidurnya diganggu pula. Bad menolak Boncit sedikit, dia bangkit duduk dan menyelak langsir mencari kelibat kucing yang memekak di luar sana. Dia mahu mencampak apa saja agar kucing itu segera lari daripada halaman rumahnya.

"Meoww....meow, meowmeow..aww...meowww!"

Seekor kucing putih tompok hitam dengan bulu lebat berlenggok di hadapan kereta Iriz miliknya. Bad mengecilkan mata, pelik.

"Boncit?"

Bad cuba memancing perhatian kucing itu. "Psst pssst!"

Kucing itu menoleh ke arahnya. Jelas tompok hitam di atas hidungnya dan menganjur ke bawah dagu, sebiji dengan rupa Boncit, kucing miliknya. Dia yakin itu memang Boncit.

Bad mula terenjat. "Jap, kalau tu Boncit, jadi ni siapa?" Bad segera menoleh pada Boncit yang tadinya baring di atas katil. Alangkah terkejutnya dia, di atas katil bersebelahan dengan tubuhnya yang sedang duduk, bukan lagi seekor kucing melainkan sesusuk tubuh yang berbulu lebat seperti rambut yang menggerbang, kering dan berbau hamis.

Tubuh itu bergerak menghadapnya. Terjongol rupa buruk merekah dengan nanah memenuhi ruang muka. Mulutnya menyeringai dengan taring tersembul.

"Hikhik." Halus bunyi puaka.

Bad terpempan. "Sial!"

SeramWhere stories live. Discover now