Matahari sudah lama terbenam di ufuk sana. Biasan cahaya bulan jelas kelihatan di permukaan sungai yang kelihatan sungguh tenang. Saif sudah kebosanan. Jam menunjukkan pukul 11.12 malam, sudah hampir dua jam dia duduk termangu di tepi sungai itu. Joran yang sudah dipacak pada tanah tidak langsung menunjukkan tanda-tanda umpannya diragut ikan. Dikerling ke belah kanannya, Ahmed sedang bermain telefon. Langsung tidak mengendahkan jorannya sejak tadi lagi. Ahmed orangnya mudah putus asa, lepas sejam dia menunggu, dia mula panas bontot dan mood memancingnya sudah lesap ditelan alam. Bibir Saif dicebik, cemburu dengan Ahmed yang seronok ber-whatsapp dengan gelfren-nya. Dia seluk sakunya, dibawa keluar henfon. Button ON ditekan. Tertera logo Google pada skrin hitam putihnya, sedang loading untuk menyala. Selepas beberapa saat, skrin utama menunjukkan wallpaper Kendall Jenner separa bogel, henfon-nya itu padam semula. 'Celaka!' maki Saif di dalam hati kerana bateri henfon-nya tidak mengizinkan telefon pintar itu menyala - sudah nazak, 0%.
Saif kutip batu kecil daripada tanah, lalu dilempar pada Ahmed. Mengena namun lelaki itu mengendahkannya. Sekali lagi dikutipnya batu sebesar duit dua puluh sen lama, dicampak ke arah Ahmed. Tepat mengena pada pergelangan tangan lelaki berjambang nipis itu.
Ahmed toleh. "Apa?" tanya dia.
"Aku boring. Ikan mana ikan?"
"Manalah aku tau. Kan aku dah cakap, balik, balik, balik. Daripada tadi lagi aku ajak kau balik, kau yang nak tunggu lagi. Kata memancing kena sabarlah, apalah," bebel Ahmed.
Saif sudah garu kepala. Tidak semena-mena dibebelnya pula. "Hm, yelah. Tunggu lagi setengah jam lah kalau gitu. Aku bukan taknak balik, tapi rugilah. Jauh kita datang sini, takkan sejam datang dah nak balk, kan?" balas Saif sambil tersengih.
"Hm, yelah," balas Ahmed tanpa menoleh ke arah Saif. Dia menyambung bermain henfon.
Saif kembali merenung ke hadapan. Tidak apa yang dapat dilihat. Semuanya kelihatan gelap saja. Tidak ada cahaya selain daripada cahaya bulan. Sungai Mengkala itu katanya memiliki jumlah hidupan akuatik yang banyak, dan semestinya memuaskan kaki pancing. Disebabkan rumours sedemikian, Saif mengajak Ahmed ke situ malam ini.
Perutnya tiba-tiba berbunyi. Bergendang, meminta sesuap makanan. Mungkin angin di tepi sungai yang sedikit dingin itu membuatkannya lapar, apatah lagi, dia belum makan malam.
"Med, ada beli roti kan tadi? Air tin pon ada beli, kan? Mana semua tu, bagi aku," pinta Saif.
Ahmed toleh pada Saif. "Ada kat dalam kereta. Nak ke?"
Saif angguk. "Lapo ni,"
Ahmed bangkit daripada duduknya. Dia menggeliat beberapa kali sebelum menghampiri Saif. Kunci kereta bertukar tangan dan Ahmed belalu pergi ke kereta yang diletakkan kira-kira 50 meter daripada tempat mereka memancing.
Saif mengangkat joran yang dipacak pada tanah itu. Diputarnya tali joran. Umpan ditukar sebelum melemparnya semula ke dalam sungai. Dia mengorek sedikit lubang di sebelah bangku plastik kecil rona merah yang dijadikan tempat duduknya sejak jam 9 malam tadi lantas mencacak batang joran. Tanah lembut memudahkan joran itu berdiri tegak sambil umpan berenang-renang di dalam air mencari pemangsa.
Ahmed berjalan menuju ke kereta. Kelibat tubuh kereta rona silver jelas kelihatan apabila terkena pancaran sinar bulan. Berkilat. Ahmed mendekati pintu bahagian pemandu. Alarm kereta sudah tidak berfungsi. Ditusuknya kunci pada lubang kunci pintu kereta. Diputar. Selak kunci terangkat naik, menandakan pintu sudah di-unlock. Ahmed menungging masuk, mencapai plastik berisi roti sardin dan tuna dan tiga tin air Nescafe Latte di tempat duduk sebelah pemandu. Dikatupnya pintu itu semula sebelum menusuk kunci pada lubang kunci. Bunyi keletak menandakan pintu sudah di-lock semula.
YOU ARE READING
Seram
Short StoryKoleksi cerpen seram untuk semua. Hantu ni sebenarnya wujud, cuma kau je yang tak nampak. Cuba kalau nampak? Mungkin dia ada belakang kau tu sekarang, tengah perhati kau dengan mata terjegil dan gigi taring berlendir.