Episode 19

76 4 0
                                    

Part 1

Doojoon berjalan memasuki kawasan sekolah dengan angkuh tapi bergaya. Semua pelajar perempuan terpegun melihatnya. Dengan kaca mata ray ban yang terletak elok di matanya menambahkan lagi kekacakan yang natural pada Doojoon. Dia memasuki bilik guru untuk berurusan dengan kemasukan pelajar barunya.

Part 2

"Eh, kau ada dengar tak ada pelajar baru masuk sini?" soal Hyerin. Yoona membuat muka pelik.
"Budak baru? Siapa? Aku tak tahu pun." balas Yoona. Di saat itu Jung twins, Woo twins dan Suhoon mendengar perbualan mereka.
"Entahlah. Dengar cerita dia dari Ilsan High School. Pertukaran pelajar kot." kata Hyerin. Pernyataan itu amat mengejutkan mereka semua. Masing-masing masih mencuri dengar perbualan singkat itu.
"Apa nama budak tu? Lelaki ke perempuan?" soal Yoona.
"Dengarnya lelaki. Tak silap nama dia Do.. Do.. Doojoon! Haa Doojoon! Tak silap akulah." Eunji tersentak lalu cepat-cepat memandang keluar tingkap. Woo twins dan Suhoon pula memandang ke arah Jung twins itu. Eunbi tersenyum sinis manakala Eunji berlagak tenang.
"Eh, aku laparlah. Jom pergi kantin." ajak Yoona.
"Nae. Kaja." mereka berdua sama-sama menuju ke arah kantin untuk mengalas perut. Woo twins dan Suhoon berpandangan lalu menggelengkan kepala mereka melihat permusuhan Jung twins ini. Eunbi memusingkan kepalanya sedikit. Sekadar untuk melihat Eunji dari anak matanya lalu tersenyum sinis.

Part 3
"Annyeonghaseyo, sosaengnim!" ucap Suhoon diikuti pelajar-pelajar lain.
"Nae, anja."
"So, harini kita ada pelajar baru..." semua pelajar perempuan bersorak manakala pelajar lelaki mengeluh kerana mereka tahu siapa yang akan masuk ke kelas. Habis jatuh reputasi kehenseman pelajar-pelajar lelaki 5-2. Sewaktu itu Doojoon masuk. Disaat melangkah sahaja, riuh sorakan pelajar perempuan kedengaran. Tercengang Doojoon seketika. Perlahan-lahan dia masuk.
"Doojoon, introduce yourself." arah sosaengnim Jiyeop.
"Nae." Doojoon memandang sekeliling. Hanya satu tujuannya. Mencari Eunji. Dia terpandangkan Eunji yang berada di belakang kelas yang sedang memandang keluar tingkap. Dia tersenyum sinis.
"Annyeonghaseyo. Yoon Doojoon imnida." perkenal Doojoon lalu menunduk hormat.
"Erm, kamu boleh duduk dekat..." mata sosaengnim Jiyeop melilau melihat tempat kosong. Tapi Doojoon bergerak menuju ke arah tempat Eunji.
"Hai, sayang." Eunji mengeluh lalu beredar dari kelas melalui pintu belakang.
"Okey, semua bukak buku muka surat...." tercengang sosaengnim Jiyeop melihat tingkah laku Eunji. Semua pelajar melihat kebelakang kelas. Doojoon hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Kwenchana. Bukak muka surat 63 sekarang." arah sosaengnim Jiyeop sekaligus menarik perhatian pelajar.

Part 4
Eunji menangis teresak-esak di belakang bangunan sekolah. Serasa dirinya dah tak kuat menempuh dugaan yang datang menimpa-nimpa. Susah sangat ke Doojoon nak faham keadaan dirinya yang sudah tenat?
"Why must you crying?" soal satu suara. Eunji terdiam. Dia memandang sekeliling. Suara tu. Suara tu datang lagi. Kata hati Eunji.
"Bukan ke kau dah janji tak nak menangis?" suara itu berjeda seketika.
"Mana janji kau yang aku dengar selama ni? Janji yang kau takkan menangis lepas apa dah jadi empat tahun yang lepas." gesak suara itu. Eunji terdiam dan termenung.
Ya! Dia dah lama tak menangis. Lebih kurang empat tahun yang lalu dia sudah berjanji untuk tidak menangis lagi. Janjinya pada suara itu tak pernah lupa.
"Aku tak kuat." beritahu Eunji sambil suaranya yang tersekat akibat sisa tangisannya.
"Kau kuat! Buktinya, kau masih hidup sampai sekarang. Hampir lima tahun kau bertahan. Kau boleh tahan lagi untuk sepuluh tahun akan datang." suara itu memberi semangat. Eunji menekur seketika.
"Betul cakap kau. Aku kuat!" Eunji tersenyum.

Part 5
Eunji masuk dengan muka takde perasaannya. Bak kata seseorang, tak de jiwa. Woo twins, Suhoon dan Doojoon hanya memandang Eunji. Eunbi langsung tidak memandang walaupun sekilas. Doojoon bangun lalu mendekati Eunji.
"Yah, eodiga?" soal Doojoon.
"Pergi mati." jawab Eunji. Doojoon senyum sinis.
"Serious nak pergi mati?" soal Doojoon. Eunji memandang Doojoon dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Kaja." Doojoon menarik tangan Eunji hingga Eunji hilang rentaknya. Doojoon membawanya ke rooftop sekolah lalu mengangkat Eunji untuk didirikan di penghadang rooftop tu. Eunji gayat. Dia terasa badannya boleh melayang ditiup angin dan boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja. Lima belas minit kemudian.
"Terjun la. Tunggu apa lagi. Kata nak mati." kata Doojoon. Eunji memandang Doojoon. Aku memang dah nak mati! Tapi bukan dengan cara ni la bodoh!! Jerit hati Eunji. Doojoon tersenyum sinis.
"What are you waiting for? Nak tunggu aku tolak kau hmm?" soal Doojoon lalu berganjak selangkah demi selangkah ke depan.
"N-no! Aniyaa!" Eunji menekup telinganya sambil menjerit. Doojoon berhenti melangkah.
"Do you know how much i love you? Did you know that?" luah Doojoon. Ikhlas. Eunji memandang Doojoon.
"Aniya." Doojoon mengeluh memandang Eunji.
"Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku..." Doojoon menggantungkan ayatnya. Dia berpaling ke belakang. Berjalan beberapa tapak. Kemudian, memusingkan kepalanya sedikit untuk melihat Eunji dari ekor matanya sebelum berkata...
"But, after we married." jawab Doojoon lalu meninggalkan Eunji yang masih berdiri di atas penghadang rooftop itu. Eunji tercengang. Dengan kakinya yang menggeletar, dia turun dari penghadang itu lalu melurut jatuh ke lantai rooftop. Dadanya berombak.
"But, after we married." Eunji meraup mukanya.

The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]Where stories live. Discover now