Episode 1

386 13 0
                                    

EUNJI berlari turun ke bawah . Dia mengemas barang-barang sekolahnya . Kini mereka sudah terlambat untuk ke sekolah . Baru hari pertama sekolah mereka sudah terlambat . Eii , ni kakak punya pasallah ni ! Suruh teman tengok cerita hantu tu ! Nak sangat tengok tapi takut ! ngomel Eunji dalam hati.

"Kakkk! Cepatlah!" jerit Eunji dari bawah.

”Yeee! Kejaplah!" balas Eunbi dari atas. Eunbi mengambil beg galasnya lalu berlari turun ke bawah. Disebabkan dia berlari dengan keadaan tergesa-gesa, Eunbi jatuh duk duk duk duk.

"Adoii! Ahh! Sakitnya!" Eunji berdiri di depan kakaknya lalu mentertawakan kakaknya. "Hahahaha!!!! Padan muka kakak!" ketawa Eunji. Eunbi memandang adiknya dengan pandangan geram. Dia bangun.

"Apa kamu cakap?" soal Eunbi. Eunji berhenti ketawa. Perlahan-lahan dia berundur dan pecut berlari kearah ibu mereka di dapur. Mereka main kejar-kejar di dapur.

"Ibu, tengok kakak ni." ngadu Eunji sambil berlindung pada badan Puan Haena.

“Ibu, ibu sana sikit. Eunbi nak cubit-cubit Eunji ni." kata Eunbi dengan nada yang geram .

"Apa kamu berdua ni?! Dah, dah. Korang dah lewat dah ni." ingat Puan Haena. Eunbi dan Eunji masing-masing tengok jam.

"Hah??!! Bu, kitorang pergi dulu! Bye!" kata Eunbi lalu menyalami tangan Puan Haena diikuti Eunji.

"Bye, bu!" kata Eunji lalu mengikuti kakaknya.

"Eh, eh. Tak nak sarapan dulu ke?" soal Puan Hae Na.

"Tak apalah ibu!" teriak mereka berdua dari luar rumah. Puan Haena hanya menggelengkan kepalanya melihat anak perempuan kembarnya.

MEREKA berlari-lari menuju kearah pintu pagar sekolah Kirin High School. Tiba-tiba Eunji terjatuh.

"Ahh!" aduh Eunji. Eunji melihat kakaknya terus berlari.

"Kak, tunggu!" jerit Eunji tetapi malangnya Eunbi sudah pun masuk ke dalam. Eunji cuba untuk bangun tetapi tidak boleh. Dia melihat lututnya. Lututnya berdarah. Dia sudah terasa mahu pengsan sebab dia fobia dengan darah . Tiba-tiba datang sebuah kereta. Eunji terkejut. Kereta itu membunyikan honnya. Eunji hanya pasrah. Dia betul-betul tidak boleh bangun.

DOOJOON mencampakkan beg sekolahnya di sebelah tempat duduk lalu masuk ke dalam kereta mewahnya itu. Doojoon menghidupkan enjin keretanya lalu memecut untuk ke sekolah. Bawak macam pelesit betullah!

Doojoon memeriksa telefonnya sambil memandu. Sampai diselekoh sekolahnya dia tidak sedar ada seorang gadis berada di tengah-tengah jalan. Doojoon terkejut lalu membunyikan hon keretanya. Gadis itu tetap tidak bergerak. Doojoon brek secara mengejut. Hanya beberapa inci muka kereta itu ke muka gadis itu. Mujur tak cium je. Doojoon geram melihat gadis itu lalu keluar dari kereta mewahnya. Dia menuju ke arah gadis itu.

"Woi! Bodoh punya perempuan! Kau nak mati ke?!" tempik Doojoon. Eunji mendongakkan kepalanya memandang namja itu. Dia mengetapkan bibirnya menahan marah. Eunji bangun tetapi dia terlupa bahawa lututnya itu luka. Eunji terduduk semula. Kini dia merasakan bahawa pergelangan kakinya sakit.

"Ahh!" aduh Eunji. Doo Joon merengus lalu berjalan meninggalkan Eunji.

"Woi!" panggil Eunji. Doojoon memalingkan mukanya kearah Eunji itu.

"I need your help." pinta Eunji.

"Why must I help you?" soal Doo Joon. Eunji cuba untuk bangun lalu berjalan kearah Doojoon. Sesampai saja di Doojoon, Eunji terjatuh lalu Doojoon menyambutnya.

"Ahh!" Eunji mengaduh. Doo Joon melihat muka Eunji yang berkerut menahan sakit itu.
Comel jugak perempuan ni. puji Doo Joon dalam hati. Doojoon mengendong Eunji lalu membawa Eunji kearah sebelah pemandu. Terkejut Eunji dengan perlakuan Doo Joon itu. Tapi dia tidak boleh membantah. Terpaksa menurutinya akibat keadaan kakinya.

DOOJOON memarkirkan keretanya di tempat kecemasan. Turun saja dari keretanya dia memberikan kunci keretanya kepada pengawal keselamatan yang berada di situ. Doojoon pergi ke sebelah pemandu untuk mengendong Eunji.

"Eh kejap!"

"Apa?" soal Doo Joon

"Kenapa awak bagi kunci kereta dekat pak guard tu? Kenapa awak main parkir ke kereta awak dekat sini?" soal Eunji bertubi-tubi. Doojoon tidak menghiraukan soalan Eunji itu lalu terus mengendong badan Eunji. Eunji meronta-ronta. Doojoon tidak menggunakan lif tetapi menggunakan tangga kecemasan.

"Hei! Kenapa awak guna tangga? Lepaskan saya sekarang jugak!" ronta Eunji. Doojoon berhenti berjalan lalu dia bertentang mata dengan Eunji.
Hensem jugak ye mamat psiko ni. Apa yang aku merepek ni? Hishh! ngomel Eunji dalam hati.

"Can you just shut up your mouth before I leave you here?" soal Doo Joon. Eunji terdiam lalu tunduk. Doojoon meneruskan perjalanannya.
Dia ni tak berat ke angkat aku? soal Eunji dalam hati sambil curi-curi pandang Doojoon.
Hishh, yeoja ni mesti pikir pasal berat dia tu. Hmm.. Kau tak adalah berat mana pun. kata Doo Joon dalam hati.

SAMPAI saja di wad. Doojoon terus meletakkan Eunji diatas katil kosong yang berada disitu. Jururawat-jururawat yang free ketika itu terus mendapatkan Eunji untuk diubati. Doojoon menunggu Eunji yang sedang diubati itu. Pengawal keselamatan yang diberikan kunci kereta tadi berjumpa dengan Doojoon.

"Tuan, ni kunci keretanya. Dan ni beg sekolah kawan tuan tu." kata pengawal keselamatan itu lalu memberikan kunci kereta dan beg sekolah Eunji.

"Ouh. Thank you." ucap Doo Joon. Pengawal keselamatan itu pergi setelah memberikan barang-barang itu. Doojoon memeriksa beg sekolah Eunji. Dia menemui telefon Eunji lalu membuka contacts. Mencari nama kenalan Eunji. Doojoon menghubungi kakak Eunji.

"Hello? Eunji, kamu kat mana? Kakak cari kamu tak jumpa pun. Kamu ponteng ye?!" marah Eunbi.

"Err, jap. Saya bukan Eunji. Saya errr kawan dia.." kata Doojoon. Eunbi menjarakkan telefonnya daripada telinganya. Dia melihat nama yang tertera. Betullah adiknya yang telefon tapi kenapa suara laki yang keluar?

"Kawan?" soal Eunbi.

"Haah, kawan. Ermm,, Eunji ada dekat hospital sekarang ni sebab kemalangan." beritahu Doojoon.

"Apa??!! Betul ke??!! Kat mana??!" pekik Eunbi. Doojoon menjarakkan telefon bimbit Eunji daripada telinganya.

"Err, bawak bersabar ye. Eunji tak apa-apa. Kaki dia terseliuh dan lutut dia luka. Tu je. Sekarang dekat hospital Shinhwa." beritahu Doojoon. Eunbi jadi malu sendiri melihat kelam kelibutnya itu.

"Okay. Thanks." kata Eunbi lalu mematikan panggilan.

The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]Where stories live. Discover now