Part 1
Jiae dan Hyunmin baru datang . Kelas pada ketika itu hanya ada beberapa orang sahaja tetapi dah bising macam kelas tu dah penuh . Kelihatan Suhoon dan Eunbi sedang berborak . Itu menambahkan lagi kemusykilan mereka berdua . Mereka menjongketkan bahu dan menuju ke arah Eunbi dan Suhoon .
" Rancak sembang ! " perli Jiae lalu duduk disebelah Eunbi . Diikuti dengan Hyunmin yang duduk sebelah Suhoon . Eunbi dan Suhoon hanya tersenyum sinis .
" Yang korang datang lambat pehal ? " soal Suhoon .
" Salah dia ! " Jiae dan Hyunmin masing masing menunjuk ke arah diri masing masing . Eunbi memandang Suhoon begitu juga sebaliknya .
" Salah masing masing . " kata mereka berdua serentak . Jiae dan Hyunmin merengus kuat . Memang twins selalu salahkan twin sendiri ea ? Hahaha .
" Eo ! Eunji mana ? Dia tak datang ke ? " soal Hyunmin yang mula perasan Eunji tidak berada bersama mereka .
" Haah , Eunji eodiga ? " soal Suhoon yang baru perasan walaupun dia dah lama datang . Hyunmin menjeling Suhoon manakala Jiae mengecilkan matanya memandang Suhoon. Suhoon menggosok belakang kepalanya.
" Entah. " jawab Eunbi acuh tak acuh. Hyunmin dan Suhoon berpandangan sesama sendiri. Jiae hanya mengeluh. Suhoon menyepak kaki Jiae yang berada dibawah meja.
" Adoi! " tiba tiba Eunbi yang mengaduh. Eunbi mengetuk kepala Suhoon.
" Yaa! " marah Eunbi.
" Ahh, mianei. " pinta Suhoon kerana dia tersalah sepak kaki orang. Suasana kembali senyap sunyi sebelum sosaengnim Minwoo masuk ke kelas untuk pembelajaran pagi itu.
Part 2
Eunji sedang membasuh pinggan di dapur. Puan Haekyung pula keluar berjumpa dengan chingu chingunya memandangkan Eunji ada untuk menjaga rumah. Selesai saja membasuh pinggan Eunji ingin mengemas meja makan pula lepas ni. Sewaktu dia memandang ke belakang, Eunji terperanjat apabila Doojoon berdiri di belakangnya. Sangat dekat jarak mereka. Juling mata Eunji memandang dada Doojoon akibat terkejut. Yelah, tinggi Eunji hanya paras dada bidang Doojoon je. Eunji mendongak memandang muka Doojoon.
" Nak apa? " soal Eunji. Doojoon hanya memandang Eunji dengan pandangan yang sangat redup iaitu yang sebenarnya dibuat buat.
" Kalau tak ada apa apa, saya nak kemas meja makan. " kata Eunji lalu menolak sedikit badan sasa Doojoon. Tetapi Doojoon menghalang laluan Eunji itu. Eunji ke kanan, Doojoon mengikut. Eunji ke kiri, Doojoon mengikut juga. Eunji mengeluh lalu memandang Doojoon sambil menyilang tangannya.
" Yaa, awak nak apa? " soal Eunji lagi. Doojoon memasukkan tangan ke dalam kocek seluarnya dan ia membuatkan kemachoan Doojoon makin terselah. Eunji menelan air liurnya tetapi riak mukanya masih cuba untuk dikawal. Doojoon tersenyum dengan killer smilenya itu membuatkan Eunji tidak keruan.
" Saya nak awak. " bisik Doojoon ke telinga Eunji sambil tersenyum sinis. Gulp! Eunji tercengang. Doojoon menjarakkan dirinya dengan Eunji. Eunji mengawal riak mukanya.
" Okay. " jawab Eunji bersahaja lalu meninggalkan Doojoon yang tersenyum sinis. Ah! Eunji kau memang tak faham ke apa yang dimaksudkan Doojoon tu?
Part 3
Kriiiingggg!!!Bunyi loceng sekolah menandakan waktu belajar sudah tamat. Pelajar berpusu-pusu untuk pulang ke rumah setelah 7 jam berada di sekolah mereka. Begitu juga dengan Eunbi, Woo twins dan Suhoon. Mereka juga ingin pulang ke rumah mereka.
YOU ARE READING
The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]
FanfictionSinopsis :- Perkahwinan mereka telah dirancang. Masing-masing terjebak dengan perangkap yang telah diciptakan. Pengorbanan perlu dilakukan untuk orang yang tersayang. Mampukah Eunji berkorban untuk kakak kembarnya, Eunbi? Mampukah Junhong melepaskan...