Episode 17

92 5 0
                                    

Part 1
“Gwenchana?” soal Junhong. Eunji hanya mendiamkan diri dari tadi lagi. Sungguh dia terkesan dengan apa yang terjadi. Bukan kehendaknya. Perlahan lahan Eunji menganggukkan kepalanya.
“Gwenchana. Kokchongmaseyo.” Junhong kagum dengan Eunji yang tabah.
“Nae.” balas Junhong kemudian memfokuskan pemanduan di jalanraya. Sampai sahaja di depan sekolah Eunji, Eunji terus turun dari kereta Junhong. Eunji membongkokkan badannya sedikit untuk memandang Junhong.
“Gomawo.” ucap Eunji. Junhong hanya menganggukkan kepalanya lalu beredar meninggalkan Eunji untuk ke sekolahnya pula.
Sewaktu Eunji ingin bergerak masuk ke sekolahnya tiba-tiba ada seseorang telah menyapanya.
“Err.. Dik, dik.” panggil manusia itu. Eunji menoleh ke arah suara tersebut lalu menuju ke arah manusia itu.
“Ye?”
“Apa nama sekolah ni eh?” soal dia dengan selambanya. Eunji tayang muka blur 10 saat.
“Errr.. Kirin High School. Wae?” soal Eunji. Manusia itu membuntangkan biji matanya lalu cepat-cepat menghidupkan enjin kereta dan terus masuk ke sekolah meninggalkan Eunji yang tercengang 15 saat itu.

Part 2
Pengetua Moon menuju ke pejabatnya dengan senyuman yang meleret hingga ke telinga. sosaengnim Hyunjoo yang terserempak dengannya turut menayangkan muka pelik tahap cipan. Dia bangun dan mengikuti Pengetua Moon masuk ke dalam pejabatnya.

p/s : jgn slh fhm. sbnarnye Pengetua Moon dgn sosaengnim Hyunjoo ni mmg kamceng

“Hamboii. Sukanya hati. Ada apa-apa ceghita ka?” soal sosaengnim Hyunjoo sambil duduk di hadapan Pengetua Moon yang sedang menyanyikan rentak lagu Falling In Love - 2NE1.
“Ada jumpa marka ka?” soal sosaengnim Hyunjoo dengan loghat entah apa-apanya. Pengetua Moon mengadap sosaengnim Hyunjoo lalu menongkat dagu dengan senyuman meleret.
“Aku rasa aku jatuh cinta pandang pertamalah.” jujur Pengetua Moon.
“Memanglah hang jatuh cinta pandang pertama. Takkan kedua pulak dah. Hang mana pernah bercinta.” kutuk sosaengnim Hyunjoo terang-terangan. Pengetua Moon mencampakkan pen ke arah sosaengnim Hyunjoo.
“Lancang nohh mulut hang.”
“Hahaha. Lek lek. Apa ceghita? Marka mana yang hang jumpa tu?” soal sosaengnim.
“Jumpa tengah jalan je. Suddenly kereta aku rosak pulak. Dia tolonglah tumpangkan. Tapikan dia segaklah. Haishh terpikat ceq.” kata Pengetua Moon.
“Segak, segak jugak nohh. Ni ada sosaengnim baru lapor diri hari ni. Dengar ceghitalah sosaengnim baru tu....”

Tok! Tok! Tok!

Kata-kata sosaengnim Hyunjoo dipintas oleh ketukan yang bertalu-talu daripada seseorang. Pengetua Moon mengarahkan manusia tersebut masuk sebelum pintu itu dipecahkan oleh manusia tersebut. Tercengang Pengetua Moon melihat gerangan manusia itu. Seakan merasai suatu aura yang berlainan perlahan-lahan sosaengnim Hyunjoo meminta diri untuk keluar. Sempat dia memberikan pandangan yang bermaksud Kau kena ceghita kat aku semuanya nanti. Pengetua Moon hanya tersenyum kelat.

Part 3
Setelah menemuduga sosaengnim Jiyeop, Pengetua Moon membawa sosaengnim Jiyeop ke kelas 5-2. Beliau akan mengajar subjek Pendidikan Jasmani serta subjek-subjek sampingan. Keadaan menjadi awkward bila Pengetua Moon menemuduga sosaengnim Jiyeop tadi.
Keadaan kelas 5-2 senyap sunyi seperti tiada penghuninya. Mungkin mereka merasakan ketegangan yang berlaku. Tak ada orang ke apa dalam kelas ni. Selalunya bising macam pasar. Pengetua Moon dan sosaengnim Jiyeop masuk ke kelas 5-2. Sah! Pelajar kelas 5-2 memang kena sampuk!
“Annyeong semua!” ucap Pengetua Moon.
“Annyeong!” ucap pelajar serentak.
“Perkenalkan guru PJK kamu semua. Encik Jiyeop, silakan.” kata Pengetua Moon. Sosaengnim Jiyeop hanya mengangguk.
“Annyeonghaseyo, Kim Jiyeop imnida.”
“Baiklah, saya harap awak semua selesa dengan sosaengnim baru.” kata Pengetua Moon kemudian keluar dari kelas itu meninggalkan sosaengnim Jiyeop.
“Baiklah. Sekarang ni saya nak awak semua bersiap untuk bersukan. Saya tunggu di padang.” arah sosaengnim Jiyeop lalu meninggalkan pelajar itu. Mereka semua bangun untuk memakai baju sukan. Sewaktu Eunbi bangun Eunji turut bangun lalu menahan Eunbi.
“Unnie.” panggil Eunji. Eunbi hanya memandang ke hadapan. Hyunmin, Jiae dan Suhoon hanya memerhati. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“Unnie, mianei.” ucap Eunji dengan suara sebaknya. Eunbi memandang Eunji lalu tersenyum sinis. Eunbi merentap tangannya lalu meninggalkan Eunji. Mengalir air mata Eunji. Jiae mendapati Eunji lalu memeluknya. Untuk pertama kali dalam sejarah, dia melihat Eunji menangis seperti itu. Hyunmin dan Suhoon mengikuti Eunbi.

Part 4
Aktiviti mereka semua pada pagi yang tak berapa nak indah ini adalah bola keranjang. Oleh kerana pemilihan untuk wakil bola keranjang jadi sosaengnim Jiyeop pun terpaksalah buat aktiviti bola keranjang tu.
Sedang mereka berlatih bermain, tiba-tiba dengan sengajanya Eunbi membalingkan bola keranjang yang keras itu ke arah Eunji. Balingan yang kuat itu terkena pada tangan Eunji.
“Aduh!” Eunji mengaduh. Jiae menghampiri Eunji.
“Kwenchana?” soal Jiae. Eunji hanya mengangguk lalu memandang Eunbi yang sedang tersenyum sinis. Walaupun yang lain tak nampak tali dia tahu unnie dia yang baling bola tu. Jiae membantu Eunji bangun kemudian mereka sambung berlatih semula.

Part 5
Eunji balik keseorangan. Tiada peneman. Sesekali dia menyepak batu-batu kecil yang ada di atas jalan lalu mengeluh banyak kali. Tiba-tiba ada sebuah kereta memintas jalannya. Kelihatan seorang perempuan memakai seragam Ilsan High School. Perempuan itu keluar dari kereta mewahnya lalu menghampiri Eunji dan......

Pang!!

Satu tamparan singgah di pip mulus Eunji. Berpaling jugaklah muka Eunji ni.

Pang!!

Eunji membalas tamparan itu sehingga perempuan itu terteleng-teleng kepala dia.
“Yahh!! How dare you?!” sergah perempuan itu.
“Kau pehal pompuan? Gila ke?” kutuk Eunji. Terbuntang mata perempuan sewel tu.
“Berani kau panggil aku pompuan sewel?! Eh aku ni Kim Hyojung tau tak?! Girlfriend Junhong! Aku nak bagi amaran dekat kau. Jangan dekati boyfriend aku lagi! Faham tak?!” Hyojung memberi amaran. Eunji buat muka tak ada perasaan. Dia berpura-pura blur.
“Dah? Dah habis dah? Kalau dah habis aku nak balik dulu. Bye.” ucap Eunji lalu meninggalkan Hyojung sewel itu. Terbuntang mata Hyojung melihat Eunji yang melepasi dirinya itu.
“Yah! Yah!!” highnote Hyojung. Dia menghentak-hentakkan kakinya akibat terlalu geram. Bukan setakat hentak. Melompat pun dia buat.

The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]Where stories live. Discover now