JAM menunjukkan pukul 3 petang. Sampai saja di Malaysia mereka terus menuju ke hotel yang ditempah. Doojoon yang terlampau penat terus tertidur. Eunji yang tak tahu nak buat apa hanya mereput.
'Beb. Jom jumpa. Aku nak story benda ni.'
Eunji menghantar mesej kepada Tyka. Dia dah pun berjanji akan menceritakan segalanya yang telah berlaku dalam hidupnya sekarang.
'Okey.'
Eunji mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
TYKA mengambil Eunji di hotel yang ditempah. Mereka menuju ke Restoran Mek Lia. Restoran itu kepunyaan keluarga Tyka sendiri.
"Kau nak makan apa?" soal Tyka.
"Em. Suka hati kaulah. Aku tak tau nak makan apa." kata Eunji.
"Nae." Tyka menuju ke dapur untuk memberi pesanannya. Setelah itu dia kembali semula.
"Apa yang kau nak cerita?" soal Tyka.
"Aku ada cerita kat kau yang aku dengan Eunbi gaduhkan?" Tyka mengangguk.
"Husband aku. Sebab dia kitaorang gaduh."
"Museun soriya?" soal Tyka.
"Eunbi suka dekat Doojoon. Tapi omma dengan appa suruh aku kahwin dengan dia."
"And then, kau terima?"
"Aku ada pilihan lain ke Tyka?" soalan berbalik soalan. Tyka terdiam.
"So, kau nak buat apa sekarang ni?" soal Tyka.
"Molla." Tyka mengeluh melihat masalah yang menimpa kawannya itu.
"Sabar jelah Eunji." kata Tyka. Hanya itu sahaja yang mampu dia ucapkan. Eunji mengangguk lemah.
"Aku tak lama weh." kata Eunji lalu memandang Tyka.
"Museun soriya?"
"Penyakit aku. Dia datang balik." beritahu Eunji. Tyka membulatkan matanya. Sungguh dia tak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Memang sebelum ni Eunji ada bercerita tentang penyakit jantung berlubangnya. Tapi penyakit tu dah dapat disembuhkan dengan bantuan ayah Tyka.
"Eo.. eottokhae?" Tyka tergamam. Air mata Tyka jatuh tiba-tiba. Ya Allah, dugaan apa yang kau bagi dekat kawan aku ni. Rintih Tyka.
"Aku tak tau. Apa yang aku tau sekarang ni aku nak mintak tolong kau." kata Eunji dengan penuh berharap. Die memegang tangan Tyka. Tyka hanya memandang Eunji dengan penuh simpati.EUNJI membuka pintu bilik hotelnya. Kelihatan Doojoon baru selesai mandi.
"Eo. Awak pergi mana?" soal Doojoon.
"Em, saya pergi jumpa Tyka jap. Sorry tak bagitau awak." jawab Eunji.
"Kwenchana. Jom kita keluar nak?" ajak Doojoon. Eunji mengangguk.
"Kejap. Saya siap-siap dulu." Doojoon mengangguk. Eunji mengambil baju dan tualanya lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.PETANG itu mereka hanya berjalan di tepi pantai sambil berpegangan tangan. Mereka berjalan menyusuri gigi air.
"Oppa, do you love me?" soal Eunji tiba-tiba. Doojoon mengerutkan mukanya.
"Of course dear." jawab Doojoon dengan penuh romantik. Eunji ketawa.
"Gomawo." ucap Eunji.
"Pleasure dear."
"Oppa, Eunji nak oppa tau yang Eunji cintakan oppa and always be your sayang." kata Eunji dengan ikhlas. Die tersenyum memandang Doojoon. Doojoon ketawa gembira.
"Oppa pun. Oppa akan cinta and sayang Eunji for the rest of my life." Eunji tersenyum.
"Can you promise me something?" soal Eunji.
"What?" Eunji menarik tangan Doojoon supaya berdiri dihadapannya. Eunji meraih kedua-dua tangan Doojoon.
"Oppa, if something happen to me, please be strong." kata Eunji dengan pandangan yang redup.
"If something happen to you, i will protect you until the end." janji Doojoon lalu pergi ke arah air lalu dia merecikkan air laut itu kearah Eunji. Eunji tersenyum lalu mengikut Doojoon bermain air. Mereka ketawa sama-sama.SEPANJANG tiga hari mereka berada Malaysia akhirnya mereka akan pulang semula ke Korea. Sepanjang mereka berada di situ, Tyka yang membawa mereka melawat ke tempat-tempat yang menarik. Dari hari pertama mereka datang ke Malaysia sampailah hari terakhir mereka berada di sini.
"Semua barang dah amik ke?" tanya Tyka. Eunji mengangguk.
"Betul?" Eunji mengangguk.
"Okey. Jangan cakap tinggal apa-apa sudah. Kau tu dahlah pelupa! Kalau aku tak ingatkan habis semua kau tinggalkan." bebel Tyka.
"Okey, okey. Stop membebel. Bingit telinga. Sepatutnya yang kena kahwin dulu kau. Bukan aku." kata Eunji. Tyka hanya tersengih menunjukkan baris giginya yang putih.
"Oh ya! Doojoon-ah, kau tolong jaga aku punya bestie ni baik-baik tau. Jaga dia elok-elok. Jangan bagi dia sakit tau." kata Tyka sambil memandang Eunji. Eunji hanya tersenyum tawar.
"Yang menurut perintah." sahut Doojoon. Mereka ketawa.
"Okeylah. Pengumuman dah bunyi tu. Hati-hati tau." pesan Tyka. Doojoon mengangkat beg mereka menuju ke balai berlepas meninggalkan dua sahabat itu.
"Jaga diri baik-baik. Jangan lupa makan ubat." pesan Tyka.
"Ya. Aku tak lupa. Nanti aku makan ubat eh. Kau janganlah risau."
"Nanti aku lawat kau kat sana. Lepas habis exam nanti." Eunji mengangguk.
"Baiklah semula dengan Eunbi." pesanan Tyka itu membuatkan Eunji terdiam. Dia bukannya tak nak berbaik dengan kakak kembarnya. Tapi, dia tak nak tengok kakak dia sakit setiap kali bergaduh dengan dia. Perlahan-lahan Eunji menganggukkan kepalanya kemudian tersenyum.
"Aku dah tak lama. So, aku sepatutnya buat orang happy." kata-kata Eunji mengundang sebak di dalam diri Tyka.
"Jangan cakap macam tu." kata Tyka dengan suaranya seperti orang nak menangis.
"Kalau sayang aku jangan menangis." ugut Eunji.
"Yahhh!"
"Haha. Okeylah, aku pergi dulu eh. Jaga diri." pesan Eunji. Tyka mengangguk. Eunji berlalu pergi. Tyka hanya memandang langkah Eunji dengan penuh sebak. Sesekali dia cuba untuk menahan air matanya mengalir. Selangkah kaki Eunji masuk ke balai berlepas, jatuh air mata Tyka.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]
FanfictionSinopsis :- Perkahwinan mereka telah dirancang. Masing-masing terjebak dengan perangkap yang telah diciptakan. Pengorbanan perlu dilakukan untuk orang yang tersayang. Mampukah Eunji berkorban untuk kakak kembarnya, Eunbi? Mampukah Junhong melepaskan...