PUAN Haena, Eunbi dan Eunji sedang sibuk memasak di dapur untuk majlis mereka nanti. Encik Seokhyun dan Doojoon pula mengemas di ruang tamu. Malam nanti akan ada tetamu yang hadir meraikan majlis mereka. Hanya majlis kecil-kecilan saja. Selesai memasak, Eunji membawa makanan itu ke meja makan. Bunyi loceng kedengaran.
“Eo. Dorang dah sampai?” kata Puan Haena. Dia mengelap tangannya untuk menyambut tetamu.
“Unnie.” sapa Puan Haena. Puan Haekyung lebih tua daripada Puan Haena. Puan Haekyung melemparkan senyuman kepada birasnya. Encik Dongshik sudah pun beredar bersama dengan Encik Seokhyun.
“Eunji eodi?” soal Puan Haekyung.
“Eo. Dia ada kat dapur. Sibuk nak menolong. Katanya ni majlis anak dia.” kata Puan Haena. Puan Haekyung ketawa kecil.
“Eunji tu memang keras kepala. Kat rumah habis semua kerja dia buat. Puas dah unnie halang dia.” kata Puan Haekyung. Puan Haena pula ketawa kecil.
“Jomlah masuk. Semua dah siap dah. Tinggal makan aje.” ajak Puan Haena.
“Haa, yelah.” Beberapa minit kemudian, loceng rumah berbunyi lagi.
“Eo, siapa pulak yang datang tu?” soal Puan Haena.
“Eo, biar Eunji yang pergi tengok.” tawar Eunji.
“Kwenchana. Biar unnie yang pergi tengok.” tegah Eunbi. Dia bangun lalu menuju ke arah pintu.
“Annyeonghaseyo!!” teriak mereka. Eunbi ketawa melihat mereka semua.
“Yah! Aigshh korang ni. Dah, jom masuk.” ajak Eunbi. Eunbi membawa mereka semua ke ruang makan.
“Eo, chingu-chingu korang datang. Marilah sini. Join kitaorang.” ajak Puan Haena.
“Woih! Bakal omma!” sapa Hyunmin. Eunji ketawa.
“Eh, jomlah kita duduk kat ruang tamu.” ajak Doojoon. Mereka hanya mengangguk lalu berpindah ke ruang tamu.
“Eunji-ah, kau sakit ke?” soal Jiae.
“Huh? Ane. Wae?”
“Tak adalah. Orang pregnant ni biasanya muka dia berseri-seri. Tapi kau lain daripada yang lain.” tegur Jiae. Eunji tercengang.
“Err.. Banyaklah kau. Tak semestinya okay. Ada je ibu mengandung muka dia pucat.” pangkah Eunji.
“Eh, dahlah korang. Jemputlah makan. Ada pulak jadikan isteri aku bahan.” kata Doojoon lalu ketawa.
“Haihh. Bukan selalu dapat bahankan Eunji ni. Dulu dialah yang selalu bahan kita semua.” sahut Suhoon pula.
“Yahh. Tak baiklah macam tu.” kata Aehee. Kini, Aehee dan Suhoon dah berbaik.
“Hahaha! Padan muka kau Suhoon. Tak dapat backup!” kutuk Junhong pulak.
“Kurang ajar betul korang ni.” gerutu Suhoon.
“Dah-dahlah tu weh. Makanlah. Sejuk makanan tu. Sedap tau bakal omma kita masak.” kata Eunbi.
“What?! Eunji masak? Kfine. Aku tak sabar nak rasa masakan dia.” kata Hyunmin.
“Hei! Ingat aku tak reti masak ke? Aku prolah.” kata Eunji.
“Dahlah. Daripada layan korang punya bebelan baik aku makan. Dah lapar ni.” kata Jiae
“Kau ni. Tak habis-habis makan aje. Dari kecil sampailah ke besar.” balas Junhong.
“Haishh, diamlah.” marah Jiae lalu mengambil makanan untuk makan.
“Kau ni saeng. Makan banyak tapi badan maintain aje.” bebel Hyunmin pula.EUNJI menggeliatkan badannya. Terasa sengal di seluruh badannya. Mungkin sebab dia terlampau banyak membuat kerja rumah. Kesian anak omma. Mesti penatkan? Kata Eunji sambil mengusap perutnya yang masih tidak nampak lagi. Doojoon masuk kedalam bilik mereka.
“Changi.”
“Eo. Oppa.” sahut Eunji. Sedang Eunji membersihkan makeupnya tiba-tiba Doojoon memeluk pinggang Eunji daripada belakang.
“Eo. Oppa!” marah Eunji. Terkejut dia dengan pelukan Eunji itu. Doojoon ketawa kecil.
“Chakkaman. Oppa nak hilangkan penat sekejap aje.” pinta Doojoon. Eunji hanya mendiamkan diri. Dia membalas pelukan Doojoon. Terasa hangat pelukan Doojoon ketika itu.
“Oppa.” panggil Eunji.
“Em.” sahut Doojoon. Dia meletakkan dagunya dibahu Eunji lalu memejamkan mata.
“Saranghae.” ucap Eunji. Doojoon tersenyum kecil.
“Nadoo.” jawab Doojoon. Doojoon memusingkan badan Eunji mengadap dirinya. Doojoon mencium ubun-ubun Eunji lalu memeluknya kembali. Eunji tersentap. Dia menjadi sebak. Mampukah dia meninggalkan orang yang dia sayangi?PAGI tu Eunji hanya menonton televisyen. Bosan terasa apabila dia berada dirumah. Doojoon sudah keluar dengan appa awal pagi tadi. Omma pula sudah pergi kekerja. Jadi Eunji mereput dirumah. Kelihatan Eunbi turun kebawah. Berbeza betul pakaian Eunbi hari ini.
“Eo, Unnie eodiga?” soal Eunji.
“Eo, kapjage! Yah! Aishh, Eunji-ah, boaneungeoya?” soal Eunbi. Terkejut dia dengan sapaan Eunji itu. Eunji tersengih seperti kerang busuk.
“Unnie eodiga?” soal Eunji lagi.
“Unnie nak pergi butik. Mana semua orang?”
“Butik?!” teruja Eunji. Dia berlari mendapatkan unnienya di meja makan.
“Yah! Kamu tu dahlah pregnant. Nak berlari pulak!” marah Eunbi.
“Mian, mian. Unnie… Nak ikut.” pinta Eunji. Eunbi memandang Eunji dari atas ke bawah.
“Jeballl. Semua dah tak ada kat rumah ni. Doojoon dah keluar dengan appa. Omma pulak dah pergi kerja. Takkanlah unnie nak tinggal Eunji sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?” rayu Eunji.
“Haa. Yelah! Yelah! Pergi bersiap cepat!” arah Eunbi.
“Hehe. Gidaryeoo!” Eunji berlari naik ke atas.
“Yah! Jangan berlarilahh!!” teriak Eunbi. Eunji buat tak tahu.SAMPAI sahaja di butik D'Amour, Eunji bagaikan jakun sekejap. Dia tak sangka yang kakaknya selama ini ada butik sendiri. Dia sendiri pun tak tau.
“Woah, daebak!” teruja Eunji. Eunbi tersenyum melihat keletah adiknya yang macam tak pernah tengok butik aje.
“Kau dah kenapa dik? Macam tak pernah tengok butik aje.” kata Eunbi.
“Tak adalah kak. Butik unnie nie lawa sangatlah. Wuishh, tak sangka Eunji yang unnie ada butik sendiri.” puji Eunji. Eunbi ketawa.
“Tak adalah. Butik ni dah lama dah. Cuma after kita SPM baru unnie buka secara terus.” beritahu Eunbi.
“Omma dengan appa tahu?” soal Eunji.
“Mestilah tahu. Tahu lepas kita habis SPMlah. Tu pun sebab unnie nak bukak terus.”
“Ouh. Patutlah selalu tak ada kat rumah. Ingatkan pergi cari kerja. Rupanya buat kerja sendiri.” kata Eunji. Eunbi hanya ketawa.
“Nak makan tak? Unnie pergi beli.”
“Makanan? Nak!”
“Pasal makan laju aje. Hmm, tunggu sini. Unnie pergi beli jap.” pesan Eunbi.
“Nae.”“KITAORANG dah balik!” jerit Eunji.
“Yah! Suka sangatlah kau ni menjerit aje. Dah nak jadi omma budak dah!” arah Eunbi.
“Hehehe.” sengih Eunji. Mereka ke ruang tamu.
“Haa tu pun Eunji.” kata Encik Seokhyun. Eunbi duduk di kerusi sebelah omma dan appanya manakala Eunji duduk dengan Doojoon.
“Changiya pergi mana?” soal Doojoon.
“Butik Eunbi.” jawab Eunji.
“Wae tak bagitau oppa?”
“Err. Lupa.” jawab Eunni sambil menggaru kepalanya.
“Wae tak angkat call?” Eunji pura-pura terkejut.
“Oppa ada call?!” Eunji pura-pura gelabah mencari telefonnya.
“Omo! Oppa, mianhae. Eunji off phone.” sengih Eunji lalu menunjukkan telefonnya yang sudah mati. Sebenarnya dia memang sengaja tak nak bagitahu Doojoon. Nanti mulalah Doojoon membebel kat dia. Sebab tu dia off telefon dia. Puan Haekyung hanya mengelengkan kepalanya.
“Eunji-ah, lain kali janganlah buat macam tu. Tau tak berapa lama Doojoon ni tunggu kamu?”
“Mianei appa, omma and my oppa. Tak sengaja.” ucap Eunji dengan aegyonya. Eunbi yang melihat hanya mampu menahan ketawa. Bukannya dia tak tahu akal adik kembarnya.
“Dahlah, pergi mandi. Busuk.” suruh Doojoon.
“Eleh! Busuk-busuk pun oppa sayangkan. Nah! Muah setempek!” Eunji mencium pipi Doojoon lalu berlari naik ke atas.
“Yahh! Jangan berlarilah!” jerit Doojoon dan Eunbi serentak. Eunji masih buat tak tahu. Tak sayang anak betul dia ni.
YOU ARE READING
The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]
FanfictionSinopsis :- Perkahwinan mereka telah dirancang. Masing-masing terjebak dengan perangkap yang telah diciptakan. Pengorbanan perlu dilakukan untuk orang yang tersayang. Mampukah Eunji berkorban untuk kakak kembarnya, Eunbi? Mampukah Junhong melepaskan...