Episode 21

102 5 0
                                    

EUNJI mencuba gaun pengantinnya. Cantik. Detik hatinya. Dia memegang wajahnya yang semakin hari semakin pucat. Eunji tersenyum. Nampak lagi hodoh wajahnya dengan senyuman plastik itu.
“Huishhhhh ni ke pengantinnya? Heiii apa pasal muka kamu ni pucat sangat? Mana serinya????” pok pek pok pek mulut mak andam tu bercakap. Dia menarik Eunji untuk duduk di depan meja makeup. Lalu mula merias muka Eunji. Eunji tercengang seketika melihat mukanya yang tiada cacat celanya setelah dimakeupkan oleh maknyah.
Muka aku dah tak pucatlah. Kata hati Eunji lalu tersenyum.
“Haa lawa kan? Tangan aku ni memang ada bakat. Tengok muka kamu. Dah lawakan? Huishhh lawonya lah pengantin baru ni. Eh! Siap cepat!” arah maknyah itu. Dia mula memakaikan crown diatas kepala Eunji. Eunji kelihatan cantik sangat. Hilang sudah muka pucatnya.

DOOJOON mengeluh. Dia memandang dirinya didepan cermin. Dengan kemeja putih dan sluar slack hitam. Dia yakin! Dia takkan lepaskan Eunji. Eunji cinta hatinya yang tulus! Dia akan tinggalkan dunia playboynya. Berkahwin pada usia muda bukanlah kehendaknya sebenarnya. Tapi dia tak nak lepaskan kekasih hatinya. Tak ada sesiapa yang boleh rampas Eunji darinya.
“Bro!” tegur Junhong. Doojoon memandang ke belakang. Lalu memberikan senyuman manis. Mereka sudah berbaik. Hasil bantuan Hyunmin dan Suhoon. Junhong merapati Doojoon lalu memeluknya.
“Mian.” ucap Junhong. Doojoon tersenyum.
“Kwenchana. Aku yang sepatutnya mintak maaf kat kau. Aku dah rampas cinta hati kau. Aku herdik kau. Sedangkan kaulah yang selalu ada disisi aku bila aku susah.” luah Doojoon. Mereka merungkaikan pelukan. Junhong menepuk bahu Doojoon.
“Tak ada apalah. Aku tak nak kita bergaduh hanya sebab perempuan. Mungkin jodoh aku dengan orang lain. Eunji hak kau sekarang ni. Jaga dia elok-elok. Jangan persiakan dia.” pesan Junhong. Doojoon hanya mengangguk.

MEREKA bertolak ke gereja untuk menyempurnakan majlis. Majlis bermula dengan Eunji dan Encik Seokhyun masuk ke dalam. Eunji memegang erat lengan appanya. Encik Seokhyun menepuk tangan anaknya. Eunji sekadar tersenyum hambar. Eunji kelihatan sungguh cantik dengan sepersalinan baju pengantin itu. Doojoon terpegun melihat gadis kesayangannya. Tidak lepas mata memandang Eunji. Sampai sahaja di depan mata, Encik Seokhyun membisikkan sesuatu kepada Doojoon. Doojoon tersedar lalu menghulurkan tangannya ke arah Eunji. Eunji mencapai tangan Doojoon. Eunji memejamkan matanya berharap perkahwinan ini adalah mimpi ngerinya.

KAMI dah bersetuju nak kahwinkan Eunji dengan Doojoon. Perkahwinan kamu akan dilangsungkan sebulan dari sekarang.” Gelap. Ya, gelap terasa dunianya. Berkahwin dengan orang yang dia benci. Orang yang hampir memusnahkan hidupnya. Dia melihat Eunbi yang duduk berhadapan dengannya di sebelah Puan Haena. Eunbi merenungnya tajam sampaikan nak terkeluar biji mata.
“Jinjja? Woah, daebak. Eunbi setuju. Harap dia berbahagialah dengan pilihan kita semua ni.” kata Eunbi dengan senyuman sinis dan renungan matanya terhadap Eunji. Eunji bangun dengan tiba-tiba.
“Aniyaa!! Eunji tak setuju! Eunji tak nak kahwin dengan Doojoon!” jerit Eunji lalu berlari naik ke atas. Encik Seokhyun dan Puan Haena bangun tetapi ditegah oleh Eunbi.
“Kwenchana, biar Eunbi yang pujuk dia.” Encik Seokhyun dan Puan Haena hanya mengangguk. Eunbi naik ke atas lalu berdiri di depan pintu Eunji. Dia tersenyum sinis lalu berlalu ke biliknya.

PANGGG!!! Satu tamparan tepat mengena pipi Doojoon. Waktu itu kelas masih lagi tak ada orang. Hanya ada mereka berdua sahaja.
“Yah! Kau dah kenapa haa??!” soal Doojoon. Bergerak-gerak rahangnya.
“Puaslah hati kau kan?! Kahwin dengan aku! Musnahkan hidup aku! Buat aku dengan kakak kembar aku bermusuhan lagi kan??!!” jerit Eunji. Doojoon tercengang melihat air mata Eunji.
“A-aku tak bermaksud…” Eunji menaikkan tapak tangannya ke muka Doojoon.
“Enough. Kalau ini apa yang kau nak. Okey fine. Aku akan ikut rentak kau.” kata Eunji. Eunji keluar dari kelas. Sewaktu Eunji keluar dari kelas, dia terserempak dengan Woo twins dan Suhoon. Eunji meninggalkan mereka. Jiae mengejar Eunji manakala Hyunmin dan Suhoon memandang kearah Doojoon yang hanya memandang ke arah lantai.

The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]Where stories live. Discover now