Episode 7

133 6 0
                                    

Part 1

Selepas mandi Eunji tidak boleh melelapkan matanya. Dia mengantuk tetapi tidak boleh tidur. Acaner tu ? Akhirnya , setelah bergolek sana sini, Eunji memgambil majalah di tepi katilnya.

"Erghh ! Bosan !" marah Eunji . Dia memandang sekeliling , tetapi kosong di dalam biliknya . Tiba-tiba pintunya dirempuh .

"Kau dah kenapa jerit-jerit ni ? Gila ?" soal Eunbi.

"Sedap-sedap je kata orang gila . Saeng bosanlah !" rungut Eunji .

"Kot ye pun bosan tak payahlah nak terjerit-jerit macam langsuir. Tu lutut tu dah cuci belum ?" walaupun kata-kata Eunbi itu berunsur sindiran tetapi masih ada nada kerisauan. Eunji hanya tersengih. Eunbi mengeluh. Memang dia dah agak dah mesti Eunji tak nak cuci. Bukannya dia tak tahu perangai dongsaeng dia yang satu tu.

"Mana ubatnya ? Unnie cuci ." volunteer Eunbi . Kalau bukan Eunbi yang sukarela nak cuci , siapa lagi yang nak cuci ? Eunji mengambil ubat didalam almari katil lalu diberikan kepada Eunbi . Mulalah sesi membersihkan luka .

Part 2

Bunyi bising didapur membuatkan twins itu terjaga . Eunbi perlahan-lahan bangun lalu mengosok-gosok matanya . Dia melihat adiknya yang masih tidur . Eunbi melihat adiknya tidur di kepala katil dalam keadaan duduk . Eunbi tergelak melihat keadaan Eunji yang tidur ternganga sambil kepalanya terdongak keatas . Tapi dia tak sedar pulak yang dia tidur peluk kaki adik dia . Buat bantal peluk . Haha . Bunyi bising didapur membuatkan Eunji terkejut lalu bangun dari tidurnya . Eunbi yang tengah termenung terkejut melihat Eunji .

"Yaa ! Kapjage !" marah Eunbi . Eunji masih mamai jadi dia tak ambil port sangat pasal kemarahan kakak dia tu .

"Apa yang bising-bising tu ?" tanya Eunji yang masih mamai . Dia menggaru-garu kepalanya yang serabut tu .

"Molla ." jawab Eunbi sambil menjongketkan bahunya .

"Ngantuknyaaa !" rungut Eunji . Dia berkira-kira mahu merebahkan semula badannya tetapi dengan pantas Eunbi menarik tangannya semula .

"Dah , tak da nak tidur tidur balik . Omma dah baliklah tu . Kaja , kita pergi tengok ." ajak si unnie . Dengan malas plus mamai , Eunji turun dari katilnya membuntuti langkah Eunbi . Eunbi menjenguk didapur . Kelihatan omma mereka sedang 'berperang' di dapur .

"Omma , boaneungeoya ?" soal si anak sulung . Puan Hae Na yang sedang mencari barang di dalam almari terperanjat melihat anak-anaknya .

"Eo , eorini ? Eobseoyo . Omma ingat nak masak . Mian , omma kacau kamu tidur ." pinta Puan Hae Na .

"Kwenchana ." kata si anak sulung . Eunbi mendekati Puan Hae Na untuk membantunya manakala Eunji menuju ke arah meja dapur . Dia melentokkan kepalanya di situ . Tidak sampai beberapa minit , Eunji sudah pun ketiduran .

"Ada apa apa yang Eunbi boleh tolong ?" volunteer Eunbi . Kalau bab memasak Eunbi number one ! Tapi kalau bab mencari gaduh Eunji number one ! Haha .

"Tolong omma potongkan daging tu ." arah Puan Hae Na . Eunbi membasuh tangannya lalu mengambil pisau kemudian mulalah sesi memotong . Puan Hae Na melihat anak bongsunya yang sudah pun tertidur . Dia tersengih sendiri .

"Kaki adik tu macam mana ?" soal Puan Hae Na .

"Taulah ma . Tadi balik lepas main tadi , kaki dia luka . Jun Hong pesan tadi suruh cuci luka Eunji ." beritahu Eunbi . Puan Hae Na mengeluh .

"Susah betul omma nak cakap dekat adik kamu ni . Perangai dia lain macam . Ikut perangai appa kamulah ni . Nak sangat anak lelaki alih alih dia jadikan Eunji lelaki pulak . Eigshhh !" bebel Puan Hae Na sambil mencuci sayur. Eunbi hanya memekakkan telinganya. Dia malas mahu membela sesiapa.

The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]Where stories live. Discover now