Part 1
Ting Tong! Ting Tong!Berkali-kali mereka menekan loceng rumah Doojoon, tetapi tiada siapa yang membuka pintu tersebut. Mereka mula memandang sesama sendiri.
" Cuba lagi. " suruh Hyunmin. Jiae mengeluh. Dia menekan loceng buat entah berapa kali. Peluh sudah merenik di dahi mereka semua. Cuaca di situ agak panas.
Pin! Pin!Mereka memandang ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang berani membunyikan hon kepada mereka. Mereka bukannya menganggu laluan kereta pun disitu. Seseorang keluar dari kereta mewah itu dengan pakaian sekolahnya. Kelihatan ada seorang perempuan di sebelah pemandu.
" Yaa, boaneungeoya? " soal Junhong kepada mereka semua.
" Junhong-ah, Eunji tak ada ke? " soal Eunbi.
" Huh? Diaorang tak ada dekat dalam ke? " soalan berbalik soalan.
" Nae? " Eunbi menjadi pelik apabila Junhong mengungkapkan ayat 'diaorang'.
" Tak pe. Aku masukkan kereta dulu. " kata Junhong. Mereka hanya mengangguk faham. Junhong masuk semula ke dalam kereta mewahnya. Dengan alat kawalan yang berada di dalam keretanya, pintu pagar dapat dibuka dengan sendiri. Junhong masuk ke dalam garaj kereta untuk memarkir kereta diikuti dengan yang lain. Junhong dan seorang perempuan itu keluar dari kereta. Suhoon terkedu seketika melihat perempuan yang bersama dengan Junhong itu Perempuan itu juga terkedu melihat Suhoon tetapi dikawal riak wajahnya supaya tiada siapa perasan.
" Jomlah masuk. " ajak Junhong. Junhong membuka pintu. Sejurus dia membuka pintu Junhong dan lain-lain terkejut dengan apa yang berada di depan mata mereka. Mereka terkedu. Kelihatan Doojoon ingin mencium Eunji. Junhong menerpa ke arah Doojoon lalu menumbuk muka Doojoon. Doojoon tercampak ke tepi akibat tumbukan Junhong itu. Junhong menerpa ke arah Eunji pula. Dengan automatik Eunji memeluk Junhong dengan kuat. Air matanya sudah mengalir di pipi. Doojoon mengesat bibirnya. Mujur tidak berdarah. Hyunmin dan Suhoon pula membantu Doojoon bangun. Eunbi yang menyaksikan kejadian itu berasa tercabar. Dia meninggalkan pakaian Eunji disitu lalu berlari keluar rumah.
" Eunbi-ah! " Jiae menjerit memanggil Eunbi. Jiae mengejar Eunbi. Eunji yang mendengar nama kakaknya dipanggil cepat-cepat dia memandang ke arah pintu. Kelihatan Jiae sedang mengejar Eunbi.
" Unnie! " jerit Eunji lalu mengikuti Jiae mengejar Eunbi.
Part 2
Eunbi terus berlari sambil dikejar oleh Eunji dan Jiae. Eunji merentap tangan unnienya. Tetapi tamparan yang singgah di pipi mulusnya. Jiae terkejut melihat tindakan Eunbi terhadap dongsaengnya sendiri. Berpaling muka Eunji apabila ditampar oleh Eunbi. Eunji menahan perit dipipinya yang mula kemerahan akibat ditampar. Dia rela ditampar didera dan sebagainya kerana dia tahu itu salah dia sendiri. Tapi tak ke Eunji tahu bahawa tamparan itu bermaksud Eunji telah pun merampas sesuatu dari Eunbi?
" Pabooya! Kau gila ke?! Sebab benda ni kau nak tampar adik kau?! " marah Jiae. Dia tahu kenapa Eunbi menampar dongsaengnya sendiri. Eunbi yang berada depan mereka bukan Eunbi yang sebelum ni.
" Biarlah Jiae. Memang salah aku. " kata Eunji. Jiae hanya menjeling Eunji yang masih bodoh tak tahu apa yang dimaksudkan Eunbi sendiri. Eunji cuba merangkul tangan Eunbi tetapi ditepis kasar oleh Eunbi.
" Unnie, mianei. Salah Eunji. " rayu Eunji. Eunbi merenung Eunji dengan pandangan yang marah.
" Aku tak sangka kau murah macam ni. Pastu kau berlakon macam kau yang kena. " tuduh Eunbi melulu.
" Ane! " Eunbi tersenyum sinis apabila Eunji menafikan.
" Dahlah Eunji. Aku dah malas nak tengok muka kau dah. Dari kecik sampai besar tak habis-habis nak menyusahkan aku je! Kakak kau sendiri! " selesai Eunbi berkata-kata, dia terus meninggalkan Eunji yang terkedu dengan kata-kata unnienya sendiri. Eunji terduduk. Adakah dia terlalu menyusahkan keluarga dia sendiri? Jiae melutut mengadap Eunji. Dia memeluk Eunji untuk menenangkab Eunji.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]
FanfictionSinopsis :- Perkahwinan mereka telah dirancang. Masing-masing terjebak dengan perangkap yang telah diciptakan. Pengorbanan perlu dilakukan untuk orang yang tersayang. Mampukah Eunji berkorban untuk kakak kembarnya, Eunbi? Mampukah Junhong melepaskan...