TUJUH bulan sudah berlalu dan Eunji masih bernafas. Kadang-kadang lelahnya semakin teruk. Keadaannya pula semakin lama semakin lemah tapi dia cuba untuk kuat di depan keluarganya. Boleh dikatakan setiap bulan Eunji pergi berjumpa dengan Doktor Lee untuk pemeriksaan lanjut serta kandungannya. Kini genap kandungan Eunji sembilan bulan. Tunggu masa saja untuk bersalin.
Tiba satu malam, Eunji berasa sakit dibawah ari-arinya. Dia bangun lalu menekan perutnya.
"Oppa, oppa." kejut Eunji. Sesekali dia mengaduh kesakitan.
"Oppa!" Eunji menguatkan suaranya sedikit. Doojoon terpisat-pisat bangun.
"Wae changi?" soal Doojoon dengan mamai.
"Oppa, appo!" rintih Eunji. Doojoon membesarkan matanya.
"M.. mwo?! Eo.. eottokhae?!" Doojoon gelabah.
"Jap, jap." Doojoon mengambil beg pakaian Eunji yang memang dah disediakan.
"Err, pastu amik ape? Haa! Kunci kereta. Err.. pastu.." Eunji ketawa kecil melihat Doojoon gelabah.
"Wae changi gelak?" soal Doojoon pelik. Haihh, bini aku ni main-main ke. Sakit-sakit pun boleh gelak.
"Oppa buat lawaklah. Janganlah gelabah sangat." kata Eunji.
"Whatever. Dah, palli." Doojoon membangunkan Eunji dari duduknya. Dia memimpin Eunji berjalan. Kelihatan air ketuban telah pun pecah.
"Oppa!" Eunji terkejut.
"Nae! Arayo. Ppalli!" arah Doojoon.
"Yah. Apa bising-bising ni." tegur Eunbi dalam keadaan mamai. Oleh kerana bilik mereka bersebelahan, Eunbi terdengar jeritan Eunji dan Doojoon.
"Eo! Eunbi-ah! Tolong panaskan enjin kereta. Emergency ni!" arah Doojoon.
"Waee?" soal Eunbi meleret.
"Eunji nak bersalin!!" teriak Eunji dan Doojoon sama-sama. Eunbi terkejut beruk.
"M.. mwo?!" Eunbi kelam kabut mengambil kunci kereta daripada Doojoon lalu berlari turun ke bawah menghidupkan kereta. Doojoon terus memimpin Eunji untuk turun kebawah. Tak lama kemudian, Eunbi naik atas balik.
"Kau nak buat apa naik atas?" soal Doojoon.
"Nak amik cardigan, dompet dengan handphone." kata Eunbi.
"Yah! Kita dah lambatlah!" marah Doojoon.
"Eleh. Kau pun pimpin Eunji terkedek-kedek."
"Yahhh!!! Appo!!" jerit Eunji.
"Ah. Ye, ye." Doojoon terus memimpin Eunji ke kereta. Tiba di ruang tamu pula mereka bertembung dengan Encik Seokhyun dan Puan Haena. Mungkin kerana jeritan mereka telahpun membangun seluruh rakyat jelata rumah ini.
"Doojoon-ah, Eunji-ah, waegurae?" soal Puan Haena.
"Omma, appa. Eunji dah nak beranak and omma, appa kitorang kena cepat. Nanti Eunji terberanak kat sini." kata Doojoon. Encik Seokhyun dan Puan Haena terkejut beruk.
"Mwo?! Nae, nae. Palli, palli." Ketika itu baru Eunbi turun dan bergerak bersama mereka. Eunbi memandu bagaikan di litar F1 menuju ke hospital.DOOJOON dan Eunji berada di dalam labour room. Eunbi pula hanya menunggu di ruang menunggu. Keluarga Doojoon telahpun dia khabarkan. Mungkin sekejap lagi kedua-dua belah keluarga sampai. Eunbi hanya duduk di kerusi yang disediakan.
"Eunbi-ah." Eunbi berpaling melihat orang yang memanggil namanya.
"Omma." Eunbi terus memeluk Puan Haena. Makin banyak air matanya yang keluar.
"Shh. Kwenchana." pujuk Puan Haena.
"Eunbi-ah, Doojoon eodi?" soal Encik Dongshik. Eunbi melepaskan pelukannya lalu mengelap airmatanya.
"Doojoon kat dalam dengan Eunji. Lepas doktor bagitau tu, doktor suruh dia masuk sebab Eunji nak jumpa dia." beritahu Eunbi.
"Tak apalah. Kita tunggu. Semoga Eunji dengan anak dia selamat." kata Encik Seokhyun.EUNBI dan Doojoon menunggu Eunji di ruang menunggu. Doojoon sudah tidak sabar untuk menjadi seorang appa. Manakala Eunbi pula tak sabar nak jadi ahjumma. Tiba-tiba pintu labour room terbuka. Doojoon dan Eunbi bangun mendapatkan doktor.
"Doktor, macam mana dengan isteri saya?" soal Doojoon. Terpancar riak gusar pada muka Doktor Lee.
"Doktor. Adik saya macam mana doktor?" soal Eunbi pula.
"Awak suaminya?" soal Doktor Lee.
"Nae."
"Ikut saya." Doojoon memandang Eunbi disebelahnya begitu juga dengan Eunbi.
"Kau tunggu sini. Aku pergi jumpa doktor." kata Doojoon. Eunbi hanya mengangguk. Eunbi mula tak sedap hati. Bermacam-macam yang berada dipikirannya."SEBENARNYA perkara ni dah lama Eunji rahsiakan. Sejak dia form one. Tapi saya sendiri pun baru tahu baru-baru ni. Dia yang menyuruh saya untuk merahsiakan perkara ini." jelas Doktor Lee terlebih dahulu.
"Apa dia doktor?" soal Doojoon berdebar.
"Eunji sebenarnya mengidap penyakit jantung berlubang." kata Doktor Lee. Doojoon tercengang.
"Impossible doktor. Dia nampak sihat aje sebelum ni." nafi Doojoon.
"Eunji nampak sihat atas sebab sokongan ubat yang dia makan." kata Doktor Lee.
"Mwo? Eunji bergantung pada ubat selama ni?" Doktor Lee menganggukkan kepalanya.
"Sebenarnya penyakit dia dah ada sejak daripada form one lagi. Penyakit dia dah disembuhkan pada asalnya tapi penyakit dia mula menyerang kembali." cerita Doktor Lee. Perkara ini makin membuatkan Doojoon tercengang.
"Dia dapat diselamatkan ke doktor?" soal Doojoon dengan muka sayu. Doktor Lee mengeluh.
"Peratus untuk pesakit hidup amat tipis. Jikalau membuat pembedahan sekalipun belum tentu pesakit boleh hidup dengan normal. Ini kerana pesakit baru saja lepas bersalin." Doojoon meraupkan mukanya.
"Doktor, saya merayu. Selamatkanlah isteri saya walau macam mana pun. Dia nyawa saya doktor." rayu Doojoon.
"Saya akan cuba sedaya upaya saya."DOOJOON melangkah dengan penuh lesu mendekati Eunbi. Dia duduk di sebelah Eunbi.
"Eotte? Wae dengan Eunji?" soal Eunbi. Doojoon mengeluh.
"Doojoon-ah." panggil Eunbi. Doojoon meraup mukanya. Dia mengeluh. Dia diam seketika.
"Eunji disahkan mengidap penyakit jantung berlubang." Eunbi tercengang. Dia terdiam. Air matanya nengalir ke pipi. Lama-lama tangisannya menjadi esakan. Dia menangis sambil menyebut nama kembarnya, Jung Eunji.
YOU ARE READING
The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]
FanficSinopsis :- Perkahwinan mereka telah dirancang. Masing-masing terjebak dengan perangkap yang telah diciptakan. Pengorbanan perlu dilakukan untuk orang yang tersayang. Mampukah Eunji berkorban untuk kakak kembarnya, Eunbi? Mampukah Junhong melepaskan...