Episode 32

97 4 0
                                    

DOOJOON lena disisi Eunji. Sudah seminggu Eunji begitu. Sudah lama Eunji tidur berpanjangan. Kadang-kadang hanya air matanya saja yang jatuh ketika mendengar suara-suara yang melawatnya.
Doojoon terpisat-pisat bangun. Dia memandang Eunji lalu mengeluh. Eunji tetap tak bangun tapi dia sabar menanti.
"Changiya, ppali ireonaba." kata Doojoon. Tapi Eunji tetap kaku. Tak bergerak. Doojoon mengeluh lagi. Tiba-tiba salur penafasan Eunji tidak teratur. Dadanya berombak. Doojoon panik.
"Changi, changi." panggil Doojoon lalu menggoncangkan badan Eunji.
"Doktor! Nurse!" jerit Doojoon. Dia menekan butang kecemasan. Tidak lama selepas itu. Doktor Lee dan dua orang jururawat masuk ke dalam bilik Eunji.
"Encik sila tunggu diluar." arah jururawat itu. Doojoon akur lalu duduk di luar. Eunbi yang baru datang bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain terkejut melihat Doojoon menunggu diluar dengan muka gelisah. Eunbi menjadi takut. Dia mempercepatkan langkahnya.
"Doojoon-ah, waerae?" soal Eunbi.
"Eunji, molla." Doojoon meraupkan mukanya. Eunbi mula sebak. Dalam kepalanya bermacam-macam perkara yang bermain. Dia takut kehilangan kembarnya. Jiae menggosok belakang Eunbi untuk menenangkannya. Akhirnya setelah lima belas minit Doktor Lee keluar dengan riak wajah yang ceria.
"Doktor macam mana dengan isteri saya?" soal Doojoon.
"Kini, Eunji sudah melepasi waktu komanya. Mungkin dalam dua atau tiga hari dia akan sedar. Tapi keadaannya mungkin akan merosot. Jadi dia hanya perlu bergantung terhadap ubat sementara jumpa dengan penderma jantung." terang Doktor Lee. Doojoon dan Eunbi akhirnya lega. Mereka tersenyum.
"Boleh saya masuk?" soal Doojoon. Doktor Lee mengangguk. Doojoon masuk kedalam bilik Eunji.
"Saya pergi dulu." pinta Doktor Lee.
"Ye, ye. Kamsahamida." ucap Hyunmin.

"EUNBI-AH" panggil Puan Haena.
"Omma."
"Eotte?" soal Puan Haena lalu mendekati Eunji diatas katil. Dia mengusap ubun-ubun Eunji.
"Eunji dah lepas tahap koma dia. Mungkin dalam dua atau tiga hari dia akan sedar." beritahu Eunbi. Puan Haena tersenyum memandang Eunji.
"Ppali ireonaba. Omma rindu kamu." kata Puan Haena.
"Appa mana? Omma dengan appa je ke yang datang?" soal Eunbi.
"Ye. Appa dengan omma je yang datang. Nanti Junhong dengan family Doojoon datang. Appa ada kat luar dengan Doojoon." beritahu Puan Haena. Eunbi mengangguk faham.

DUA hari berlalu, Eunji masih tidak sedarkan diri. Doojoon menunggu dengan penuh sabar.
"Eunji-ah, ppali ireona." kata Doojoon. Dia mengenggam tangan Eunji. Tiba-tiba Eunji menggerakkan tangannya. Doojoon terkejut. Terus dia merapati kepala Eunji. Dia mengusap rambut Eunji.
"Eunji, ireona." kata Doojoon. Eunji membukakan matanya sedikit demi sedikit. Dia memandang Doojoon.
"Oppa." gumam Eunji. Eunji mengalirkan air matanya lalu tersenyum. Doojoon tersenyum. Eunji cuba untuk membuka salur pernafasannya.
"Andwae." larang Doojoon. Eunji tetap membukanya.
"Oppa, mian." kata Eunji perlahan. Doojoon hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Kwenchanayo." kata Doojoon. Eunji melelapkan matanya semula. Doojoon mencium ubun-ubun Eunji.

SUDAH seminggu Eunji berada di hospital. Doojoon menjaga Eunji dengan penuh kasih sayang dan prihatin.
"Oppa, anak kita macam mana?" soal Eunji. Waktu itu Doojoon sedang menyuap makanan kepada Eunji.
"Anak-anak kita sihat. Dah ada dekat rumah appa dengan omma oppa." kata Doojoon.
"Anak-anak?" soal Eunji pelik. Doojoon memandang Eunji.
"Wae anak-anak? Bukan anak kita sorang aje ke?" soal Eunji pelik. Doojoon ketawa kecil.
"Kita dapat twins sayang." beritahu Doojoon. Eunji terkejut.
"Chincha? Woah, daebak." teruja Eunji.
"Oppa, bila Eunji boleh balik? Eunji nak jumpa dengan twins kita." Doojoon ketawa kecil.
"As soon as possible sayang. Dah sekarang ni oppa nak Eunji makan." Doojoon menyuakan makanan kepada Eunji lalu Eunji makan dengan berselera.

SEMINGGU lebih Eunji berada di hospital kini dia boleh pulang ke rumah. Eunji terlalu teruja. Dia juga ada dibekalkan dengan beberapa keping ubat yang perlu dimakan sementara penderma ingin menderma jantung mereka.
"Oppa, dah siap." kata Eunji.
"Kaja." ajak Doojoon. Setelah bayaran bil hospital diselesaikan mereka menuju kearah kereta Doojoon. Doojoon menghidupkan enjin kereta kemudian memandu keluar dari perkarangan hospital.
"Twins ada kat mana?" soal Eunji.
"Twins ada dekat rumah omma Haena." kata Doojoon.
"Eo, dorang dah ada nama ke?" soal Eunji.
"Belum. Semua tunggu Eunji punya nama. Eunbilah yang paling excited sangat nak pilih nama."
"Ouh."
"Eunji dah ada nama ke?" soal Doojoon. Eunji menganggukkan kepalanya.
"Apa namanya?" soal Doojoon.
"Adalah." rahsia Eunji.
"Hamboii. Rahsia-rahsia dengan oppa pula. Tak apa, tak apa." Eunji hanya ketawa.

The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]Where stories live. Discover now