SEBULAN berlalu, Eunji masih belum berjumpa dengan pendermanya. Dia hanya begantung pada ubat-ubatan yang disediakan oleh Doktor Lee. Kini twins mereka pun sudah berumur sebulan lebih. Twins yang diberi nama Yoon Sungjae dan Yoon Sohyun pemberi semangat untuk Eunji terus hidup.
"Eunji-ah, termenungkan apa tu?" soal Junhong. Waktu itu, Eunji dan Junhong keluar bersama-sama kerana Doojoon sibuk dengan kerjanya.
"Ane. Just terpikir, kalau twins nie tak ada aku tak rasa yang aku akan hidup macam sekarang ni." kata Eunji. Junhong mencuit pipi Sungjae yang berada di salam babycoat. Sungjae bergerak sedikit kerana terasa ada yang menganggu tidurnya.
"Tidur aje budak kenit ni. Hishh. Ikut perangai omma dialah ni." bebel Junhong.
"Mulut baik-baik sikit eh." arah Eunji. Junhong ketawa kecil.
"Sejak jadi omma budak ni kerjanya nak sentap aje. Sohyun ikut perangai kau baru kau tau." kata Junhong. Eunji memberi jelingan maut kepada Junhong. Makin galak Junhong ketawa.
"Eunji-ah." panggil Junhong.
"Em." balas Eunji.
"Merajuk ke?" soal Junhong.
"Aniyo." jawab Eunji. Dia sedang menepuk-nepuk Sungjae yang sedang tidur. Sohyun pula sedang bermain dengan mainannya.
"Aku nak tanya ni."
"Mwo?" soal Eunji.
"Kalaulah kau jumpa dengan penderma tu kau nak buat apa?" soal Junhong. Eunji berhenti menepuk Sungjae lalu memandang Junhong.
"Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat dia and aku akan tolong family dia." jawab Eunji ikhlas.
"Boleh tahan baik jugak kau eh."
"Aku memang baik. Kau aje yang tak tau." balas Eunji.
"Kalau aku penderma tu?" Eunji memandang Junhong semula.
"Yah! Apa benda yang kau merepek ni?" marah Eunji.
"Aku cakap aje." balas Junhong. Eunji hanya memekakkan telinganya."OMMA. Kami dah balik." Eunji masuk kedalam rumah sambil menggendong twinsnya manakala Junhong meletakkan babycoat di bilik stor.
"Eo, Eunji-ah. Eodiga?" soal Puan Haekyung lalu mengambil Sohyun daripada Eunji.
"Jalan-jalan dengan Junhong. Bawak twins ni." balas Eunji.
"Ouh. Tadi omma kamu telefon." beritahu Puan Haekyung.
"Omma call? Wae?" soal Eunji.
"Dia kata ada orang yang sanggup derma jantung dia kat kamu." beritahu Puan Haekyung. Junhong yang baru masuk ke rumah, terkedu mendengar berita yang disampaikan oleh Puan Haekyung. Dia tersenyum sendirian lalu naik ke bilik.
"Chinchayo?! Nugu?" soal Eunji.
"Molla. Omma kata orang tu rahsiakan siapa dia."
"Kesiannya." Eunji berasa simpati.
"Eo, bila pembedahan?" soal Eunji.
"Doktor kata maybe lagi dua minggu dari sekarang." beritahu Puan Haekyung. Tiba-tiba Sungjae merengek.
"Waeyo Sungjae-ah. Shh, shh." pujuk Eunji.
"Dia nak susu tu kot." kata Puan Haekyung.
"Em, Eunji susukan dia dululah."
"Yelah. Sohyun biar dengan omma aje." kata Puan Haekyung. Eunji mengangguk lalu naik ke biliknya.TELEFON Eunji berdering minta untuk diangkat. Eunji bangun daripada pembaringannya lalu meletakkan bantal peluk disisi Sungjae supaya tidak jatuh. Eunji mencapai telefon bimbitnya lalu menekan ikon hijau.
"Nae, yeobeoseyo." ucap Eunji.
"Eunji-ah, bila nak hangout lagi?" soal Jiae.
"Molla. Kau kat mana ni?" soal Eunji pula.
"Aku kat rumah omma dengan appa kau ni. Saja lepak dengan Eunbi kejap." kata Jiae lalu mengerling kearah Eunbi yang membawa dulang air.
"Ouh. Tetiba aje. Kau tak ada kerja ke?" soal Eunji.
"Tak ada apa. Saja melawat Eunji dengan... Ahh! Yah! Appo!" kata Jiae tiba-tiba. Eunbi mencubitnya supaya tidak memberitahu tentang kehadiran Tyka disini.
"Yahh. Waeyo?" soal Eunji pelik.
"Eobseoyo. Haha." ketawa Jiae.
"Okaylah. Bye. Aku letak dulu."
"Yah! Yah! Jiae-ah!" Jiae mematikan panggilan.
"Aishh! Budak nikan." keluh Eunji. Dia mengambil tuala lalu masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.DOOJOON baru selesai membersihkan dirinya setelah pulang dari kerja. Kini dia bekerja dengan appanya. Eunji pula berada didapur menolong Puan Haekyung memasak.
"Aigoo, anak appa." kata Doojoon lalu baring disisi Sungjae dan Sohyun. Sungjae masih lena.
"Haishh. Anak appa yang sorang ni. Tidur aje. Ikut omma dialah ni. Hei, hei. Sungjae-ah, ireona." Sungjae bergerak sedikit kerana tidurnya diganggu. Perlahan-lahan matanya terbuka lalu memandang Doojoon. Tangan Sohyun pula menepuk muka Sungjae, mungkin marah dekat abang dia sebab tak main dengan dia.
"Hei, Sohyun-ah. Kenapa pukul oppa macam tu." marah Doojoon. Sohyun hanya berbunyi, mungkin ingin mengadu dekat appanya yang oppanya asyik tidur dari petang tadi. Sungjae pula berbunyi melawan kata-kata adik kembarnya.
"Ye, ye. Appa dengar. Jom, appa bawak korang turun bawah." ajak Doojoon lalu mengendong anak kembarnya. Kelihatan Encik Dongshik berada dibawah sedang menonton berita. Doojoon meletakkan anak kembarnya di babycoat.
"Eo, Doojoon-ah." sapa Encik Dongshik.
"Aigoo, cucu-cucu atok." Encik Dongshik bangun lalu mendekati babycoat cucu-cucunya. Sungjae dan Sohyun tersenyum melihat Encik Dongshik. Encik Dongshik mengagah-agah cucu-cucunya.
"Comelnya cucu-cucu atok ni." puji Encik Dongshik. Doojoon hanya ketawa melihat appanya bermain dengan anak kembarnya.EUNJI baru selesai mencuci mukanya. Kelihatan Doojoon sedang bercakap dengan seseorang melalui telefonnya. Dia membuka laci meja makeupnya lalu mengambil ubat. Dia memakan beberapa keping ubat. Doojoon datang memegang bahunya dari belakang.
"Dah makan ubat?" soal Doojoon. Eunji mengangguk memandang Doojoon yang berada di pantulan cermin.
"Good girl."
"Twins dah tidur?" soal Eunji.
"Dah. Sekarang masa untuk kita pulak tidur. Kaja." ajak Doojoon.
"Nae. Eo, siapa yang call tadi?" soal Eunji.
"Hyunmin. Dia ajak lepak nanti." bagitahu Doojoon.
"Ouh. Jiae pun sama. Petang tadi dia ada dekat rumah omma dengan appa."
"Haishh. Ada-ada ajelah si kembar ni. Better kita tidur. Oppa penatlah." kata Doojoon.
"Ye, ye." akur Eunji. Eunji menutup lampu utama.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Beginning of Love , The Ending of Love [COMPLETED]
FanfictionSinopsis :- Perkahwinan mereka telah dirancang. Masing-masing terjebak dengan perangkap yang telah diciptakan. Pengorbanan perlu dilakukan untuk orang yang tersayang. Mampukah Eunji berkorban untuk kakak kembarnya, Eunbi? Mampukah Junhong melepaskan...