BAB 1

8.2K 106 21
                                    

    ​"Amirul... Amirul..." Panggil seorang wanita yang umurnya sudah mencecah setengah abad dari dapur yang sibuk menyediakan makan tengah hari. Walaupun dia merasakan lututnya seperti ada benda yang mencucuk-cucuk dan tidak boleh diubati lagi kata doktor, dia tetap mengagahi juga kudratnya yang masih ada untuk bergerak ke sana sini. Kalau tidak memaksa badannya yang hanya tinggal tulang dan kulit itu saja mencari wang, bagaimana keluarganya mahu makan? Macam mana dia nak menyaranya anaknya pergi sekolah? Tambah-tambah pulak anak sulongnya yang bernama Amirul ini bakal menjejakkan kaki ke menara gading tak lama lagi. Lagilah dia perlu berusaha kerasa dan gigih.Cukup dirinya mengerah sisa kudrat yang ada.Yang mampu paling tidak pun memberikan kebahagian pada orang lain.Selagi Tuhan mengurniakan roh dijasadnya selagi itu jasadnya akan membakti kepada yang dikasihi.

    Baginya, kejayaan anaknya itulah pengubat untuk segala kesakitan yang mula bersarang di dalam badannya. Sungguh dia tidak merasa sakit lagi apabila berjalan keliling kampung menjual kuih semata-mata mahu mencari duit lebih dan sebagainya. Malah, dia merasakan seperti satu nikmat pula apabila dapat memberikan rezeki yang halal kepada anak-anaknya.

    ​"Ye mak?" Jawab anak sulungnya. Ketika ini Amirul sedang melipat beberapa helai pakaian dan memasukkan ke dalam beg yang bakal dibawanya ke university kelak.

​    "Mari makan nasi dulu, mirul. Lepas ni sambung lah balik kemas barang tu." Laung emaknya dari dapur.

    ​"Lauk apa mak?" Tanya Amirul yang masih belum berganjak daripada tempatnya.

​    "Macam biasalah, Mirul. Tapi hari ni mak masak sepcial sikit Amirul. Cepat lah. Panggil adik-adik sekali." Kata emaknya gembira. Di dapur dia tersenyum sendirian apabila mendapat respon positif daripada anak-anaknya.

​    Sesungguhnya ketika ini, anak-anaknya lah menjadi penguatnya untuk hidup. Kalau bukan anak-anak sudah lama dia merasakan dia sudah tidak wujud lagi di bumi ini. Entah kenapa dia berasa bangga akan anak-anaknya.

    ​Tuhan itu Maha Adil. Tiada makhluk yang seadil Tuhan. Dia sudah tahu sejauh mana manusia itu mampu bertahan dengan ujian yang sengaja Dia turunkan. Dia tidak kejam. Dia uji sedikit namun masa-masa depan nikmatnya sungguh banyak tidak terkata. Seperti kehidupan mereka. Walaupun ujian betimpa-timpa namun Tuhan menganugerahkannya anak-anak yang cerdik dan bijaksana. Sebut saja anak Kak Som, seluruh pelusuk kampung itu mengenali Amirul dan adik-adiknya. Mana tidaknya. Kalau ada saja perhimpunan atau penyampaian hadiah di sekolah, kalau Amirul ataupun adik-adiknya yang lain tidak naik ke pentas, mesti ada sesuatu tak kena. Kiranya batang hidung Amirul itu wajib ada setiap kali sesi penyampaian hadiah di adakan.

    ​"Kejap mak..." Amirul meninggalkan pakaiannya dan terus mencari adik-adiknya yang sedang leka menyiapkan kerja sekolah dalam bilik masing-masing.

    ​"Syafiq... Husna.. Jom makan...mak dah panggil..." Katanya. Kedua-duanya langsung tidak membantah. Segera kedua-dua mereka menutup buku latihan dan memasukkan beberapa batang pen dan pemadam ke dalam bekas pensel. Setelah itu mereka membontoti abang mereka ke dapur.

    ​"Haaa... Duduk-duduk.... Jap mak nak amik lauk last sekali. Ni special untuk abang Amirul..." Kata emaknya yang senyumannya masih lagi belum lekang daripada pipi.

    ​"Eh, mak pandai sebut perkataan special laaa! Mana mak belajaq?" Tanya HUsna yang mulutnya paling becok dalam keluarga tersebut. Persoalan itu membuatkan semua yang berada di ruang yang serba sederhana itu terburai tawa mereka kecuali Amirul. Mukanya masih masam mencuka.

    ​"Ingat hampa ja terror bahasa omputih ni. Mak pon reti lah. Jangan nak peleceh mak sangatlah. Nanti sekali mak cakap omputih tak berhenti, tak tidoq malam hampa dok dengar mak beletiaq..." Mak Som jawab cuba seloroh. Lansgung doa tidak makan hati dengan perangai Husna. Sesunggunya perangai Husna itulah yang selalu menceriakan suasana.

KENCINGWhere stories live. Discover now