Prolog

9.1K 233 23
                                    

Senyum ditabur lepas. Manis malah rasanya lebih manis dari madu. Tubuh pula sudah meliuk lentuk agak manja cuma tidak bertukar menjadi kucing parsi yang suka bergesel-gesel minta perhatian. Zahin yang sedang leka memilih gelang emas di sebelahnya dipandang. Sebenarnya bukan Zahin yang dipandang tetapi gelang yang berderet-deret di hadapan Zahin yang menjadi perhatian. Lebih mengujakan apabila memikirkan salah satu dari gelang tersebut bakal tersarung dipergelangan tangannya. Itu belum lagi dia merengek-rengek manja. Rasanya tentu lebih dari satu anak tauke balak di sebelahnya itu sanggup belikan. Tetapi Nur Jannah Zahra tidak perlu jadi perempuan mengada kerana dia sendiri memang punya persona. Siapa yang memandang pasti tergoda. Perasan! Ya tahap perasannya memang sudah sampai tahap dewa! Gelaknya dalam hati.

"So dear, you nak yang mana?" Zahin buang pandang ke sebelah. Dua bentuk gelang tangan yang berada di kiri dan kanan tangannya ditunjukkan kepada Nur Jannah. "I think better you yang pilih sebab you yang akan pakai nanti."

Senyum riang hanya mampu dipamer di dalam hati sahaja sedangkan kalau boleh dia mahu bersorak gembira di situ. Satu lagi aset bernilai yang bakal tersimpan di dalam peti barang-barang perhiasannya.

"Mahallah you. Tak payah belilah kut." Tolaknya bersama gelengan sambil muka dicemikkan. Ehem! sebenarnya dia sengaja buat jual mahal. Alaa..dia tahu sangat, walau dia menolak beria macam mana pun Zahin pasti akan belikan juga. Tengoklah kalau tak percaya.

"Dear, gelang ni bukan mahal sangat pun. You lagi mahal dari barang-barang ni semua tau." Zahin mula bermanis mulut. Baginya perempuan-perempuan seperti Nur Jannah tiada apa yang diingini mereka kecuali ditaburkan dengan kemewahan. Dan dia pula bukannya bodoh untuk menilai apa yang gadis itu inginkan.

"Tapi sayang..."

"No dear, this is my present to you. " Zahin masih berkeras.

Nur Jannah senyum lagi tapi senyum yang disimpan dalam hati. Bukankah dia dah kata. Tolak macam mana pun rezeki memang milik dia. Kalau sudah masuk ke tempat-tempat macam itu memang WAJIB dia akan menerima sesuatu sebagai habuan. Bukan setakat Zahin tetapi 'boy friend' yang lain pun sama juga. Itu untungnya jadi seorang Nur Jannah Zahra!

"You yang paksa I tau.." mata dilirikkan manja.

Zahin tersenyum. "Pilihlah yang mana-mana you suka." Bisiknya. Tangan sudah melengkar di pinggang gadis tinggi lampai disebelahnya itu. Kemudian tubuh langsing itu ditarik rapat ke arahnya.

Terasa geli diperlakukan begitu, Nur Jannah tegakkan tubuh. Itu yang dia tidak suka. Bila diberikan sesuatu, tangan Zahin akan selalu terlajak parking. Gatal!

"I nak yang ni." Tangan Zahin yang sedang elok melengkar di pinggangnya ditarik dan gelang tangan tersebut diletakkan di tapak tangan lelaki itu. Dia memang sedikit 'mengoda' tetapi dia bukan jenis perempuan yang 'murah' untuk disentuh dengan sesuka hati.

"Good choice. I pun suka yang ni." Zahin kenyitkan mata. Walaupun tahu Nur Jannah sengaja menolak dari dipeluk tetapi dia tetap beriak selamba. Sabar...lama-lama dia akan dapat juga! Desisnya.

Nur Jannah meleret senyum. Lebar. Tentulah pilihan yang baik, hampir lima ribu harganya. Nasib kaulah Zahin. Bisiknya dalam hati. Lelaki yang bernama Zahin itu agak kacak orangnya, penampilan memang kemas. Tapi yang dia tidak berkenan dengan perangai lelaki itu cuma perangainya yang sedikit liar. Kadang-kadang jemarinya selalu tersasar ke tubuhnya. Puas jugalah dia hendak menepis setiap masa. Kalau diikutkan hatinya, lama lelaki yang bernama Zahin itu ditinggalkan tetapi apabila memikirkan lelaki itu 'berduit' dan sikap 'pemurahnya', diteruskan sahaja perhubungan yang tidak-tahu-hala itu. Biarlah dulu, apabila sikap Zahin sudah terlebih berani nanti dia blah sahajalah. Rasanya Zahin pun tentu tidak akan hairan kalau setakat perempuan macam dia. Duit yang sudah dilaburkan tidak akan buat lelaki itu jatuh miskin pun.

"Thank you sayang." Bisiknya manja.

Zahin hela nafas. Macam manalah hatinya tidak tergoda habis-habisan dengan Nur Jannah. Senyumnya saja bisa bikin hatinya jatuh bergelimpangan. Bicara manjanya selalu membuatkan nafsu jantannya, membara!

"I take this one." Gelang di tangannya dihulurkan kepada salesgirl di hadapannya. "You nak terus pakai ke?" pandangannya dibuang ke arah Nur Jannah pula.

Perlahan Nur Jannah gelengkan kepala. Kalau diikutkan hatinya memang dia hendak terus sahaja pakai. Bangga gila kut pakai barang mahal macam tu tetapi oleh kerana tidak mahu dikatakan berlebih-lebih dia terus geleng kepala. "Later." balasnya sepatah.

Zahin anggukkan kepala. "Wrap it nicely." Suruh Zahin pula sebaik mata terarah kepada salesgirl itu semula.

Melihat gelang yang berkilau-kilau apabila terkena cahaya lampu itu, hati Nur Jannah sudah rancak menyanyikan lagu kegemarannya.

Mahu berkahwin dengan orang kaya

Yang boleh belikan aku apa saja

Mahu lebih bergaya darimu

Wang ringgit dan dollar itu bukan isu

Sambil menyanyi, hati juga turut berkompang bukan main hebat lagi. Apa tidaknya, gelang emas berharga lima ribu ringgit bakal tersarung di pergelangan tangannya. Yuhuuu...bertuahnya kau Nur Jannah Zahra!

Tap here to start writing

DIA BUKAN BIDADARIWhere stories live. Discover now