Bab 8 - Jannah & Fareez

2.4K 57 1
                                    

Aku mahu makan malam di hotel

Sepatuku hanyalah dari Chanel

Mahu lebih bagus darimu.

Tumpukan perhatianmu kepadaku

Lihatlah baju menyarung tubuhku

Prada, Gucci, Louis Vuitton dan Miu Miu

Ku perlukan semua itu.

Material yang menggembirakan aku

Material oh lihatlah diriku

Material pasti semua cemburu

Material

Mahu berkahwin dengan orang kaya

Yang boleh belikan aku apa saja

Mahu lebih bergaya darimu

Wang ringgit dan dollar itu bukan isu

Bibir terus mengalunkan lagu Material nyanyian Yuna dengan perasaan teruja. Sesuai sangat lagu tersebut untuknya. Beg kertas yang dibawanya terus diletakkan ke atas meja.

Mahu berkahwin dengan orang kaya

Yang boleh belikan aku apa saja

Mahu lebih bergaya darimu

Wang ringgit dan dollar itu bukan isu

Rangkap tersebut diulang lagi. Berkali-kali. Kemudian dia tersenyum. Lebar. Melankolik sangat lirik lagu itu dengan dirinya.

"Amboi... seronok nampak." Tegur Zulaika dengan tangan bercekak di pinggang. Beg-beg kertas yang elok terletak di atas meja dikerling. Rezeki orang cantik. Setiap kali berjumpa 'boyfriend' nya pasti ada sahaja barang yang akan di bawa pulang. Itulah Nur Jannah.

"Of course." Balasnya dengan sengih lebar. Mahu tak seronok bila dapat apa yang diinginkan. Walaupun ianya hanyalah sekadar untuk kepuasan.

"Siapa pula yang bagi kali ni?" Zulaika terus duduk. Beg kertas berwarna hitam yang tertulis Gucci diluarnya itu dicapai. Isi di dalamnya dijengah.

"Zafrul." Nur Jannah membalas selamba. Rambut dicekak dengan sepit dan tubuhnya disandarkan ke sofa.

"Untunglah..." seloroh Zulaika dengan cemikan.

Sengih Nur Jannah menjadi semakin lebar. "Mana-mana yang kau nak kau ambillah. Kalau kau nak beg tangan tu pun kau buatlah hak milik kekal. Beg tangan aku pun dah banyak. Heels pun masih ada yang tak pakai." Pelawanya. Memang selalunya begitulah. Bukan semua dia kaut untuk dirinya tetapi akan diberikan kepada Zulaika juga. Lagipun sudah beria-ia Zafrul mahu belanja masakan dia menolaknya.

"Betul ke? Barang mahal ni." Bulat mata Zulaika memandang sahabatnya. Beg tangan Gucci yang sedang dipegangnya ketika itu ditunjukkan kepada Nur Jannah. Kemudian, beg kertas yang tertulis Pandora dikerling pula.

"Ambil ajelah." Kepala terus disandarkan ke kepala sofa. Letih. Apa tidaknya, balik kerja terus bertemu Zafrul. Mulanya hanya untuk minum petang bersama tetapi melarat-larat sampai ke pusat membeli belah pula.  

"Nur, Pandora tu kau tak nak ke?" Zulaika pamer sengih. Hendak minta terang-terangan malu pula. Tetapi sudah lama sangat dia mengidam hendak memakai gelang tangan jenama tersebut tetapi untuk orang yang gajinya tidak seberapa seperti dia, manalah mampu untuk memiliki gelang semahal itu.

"Iya, ambil ajelah. Kau ni macam tak biasa. Kalau aku suruh kau pilih tu ambil ajelah. Yang mana aku nak tentu aku dah ketepikan." Bebel Nur Jannah bersama jelingan. Sudahlah dia penat, Zulaika banyak cakap pula. Tarik balik pelawaannya tadi baru tahu.

DIA BUKAN BIDADARIWhere stories live. Discover now