Bab 3 - Pertemuan Pertama

3.7K 107 3
                                    

"Dah jom. Dari tadi kita membebel aje. Kalau Encik Hashim tahu ni mesti kena sound sia-sia. Kata lima belas minit aje tapi sekarang sepuluh minit dah berlalu." Jenny semakin melajukan langkah.

Nur Jannah tergelak dan mengekor langkah sahabatnya itu. Sedang laju menghayun langkah tiba-tiba dia terdengar Jenny menjerit. Kepala terus ditolehkan ke sebelah. "Jen!" Jenny yang sudah jatuh terduduk itu dihampiri. "Ya Allah." ucapnya cemas. Tangan Jenny diraih dan dibantu untuk bangun.

"Heiii...lain kali jalan tu tengoklah kiri kanan. Jangan main redah aje!"

Terdengar Jenny dimarahi begitu, hati Nur Jannah terus panas tiba-tiba. Lelaki itu memang sengaja cari nahas! Marahnya. Dia terus berdiri dan tubuh dipusingkan untuk menghadap lelaki tersebut tetapi sebaik terpandangkan lelaki itu, dia terpaku dan mulut terus terkunci.

"Jannah.." Panggil Jenny sebaik dia elok berdiri. Tangan sahabatnya itu diraih dan ditarik rapat ke arahnya. Bimbang juga dia andai berlaku bergaduhan di situ. Nur Jannah bukannya boleh kira. Datang angin ribut dia tak pasal-pasal kecoh nanti.

"Maaf encik, saya tak sengaja." Kepala terus ditolehkan memandang lelaki yang dilanggarnya tadi dan dia turut tergamam. Patutlah Nur Jannah boleh terpaku begitu. Syed Azrai Mikael rupanya. Kecilnya dunia.

"Nasib baik handphone aku ni tak jatuh kalau tidak, kau pun tak mampu nak ganti." Marah Syed Azrai agak kasar. I Phone 6 di tangannya ditunjukkan ke arah Jenny dengan wajah bengis.

Nur Jannah hanya mematikan diri ditempatnya. Tiba-tiba dia jadi manusia yang tidak tahu membela sahabat sendiri. Wajah lelaki yang sudah berubah kemerahan kerana terlalu marah itu dipandang tak berkelip. Jelas kelihatan pergerakan rahang diwajah lelaki itu bergerak-gerak menahan marah membebelkan Jenny.

"I'm sorry encik. Saya betul-betul tak sengaja." Jenny masih tidak henti-henti memohon maaf. Melihat wajah bengis lelaki itu, semakin kecut perutnya. Tetapi kalau sudah memang salahnya kenalah mengaku.

"Kenapa ni?" terdengar suara seorang perempuan menegur mereka, laju Jenny dan Nur Jannah palingkan wajah.

"Ray, what happen?" soal perempuan itu lagi. Syed Azrai dipandang pula.

"Nothing, just a small accident." Balas Syed Azrai jengkel. Telefon bimbit di tangannya terus dimasukkan ke dalam poket seluar slack yang dipakainya. Perempuan yang melanggarnya tadi dijeling tajam menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

"Kalau tak ada apa-apa mari kita pergi." Perempuan itu bersuara lagi. Bahu Syed Azrai ditepuk perlahan. Wajahnya dipalingkan ke arah dua orang gadis di hadapan. Wajah salah seorang gadis itu diamati dan sebaik teringatkan sesuatu, dia terus menegur.

"Ermmm... kalau tak silap I, you ni kawan Ika kan?" soal perempuan itu dengan dahi berkerut. Jari ditudingkan ke arah Nur Jannah.

Nur Jannah terdiam. Pandangan perempuan itu dibalas dengan kerutan.

"Nur Jannah kan?" soal perempuan itu lagi.

Tidak menjawab, Nur Jannah anggukkan kepala. Perlahan. Dalam kepala ligat memikir siapa gerangannya perempuan itu.

"I, Puan Sofi. Klien Ika. Ingat lagi tak?" bersungguh dia bertanya.

Teringatkan itu, keluhan kecil dilepaskan. "Ya Allah, Puan Sofi. Maaf, saya tak perasan." Balasnya teragak-agak. Malu pun ya juga. Macam manalah dia boleh tak ingat. Terserempak dengan Syed Azrai boleh terlupa segalanya.

"It's okay." Puan Sofi pamer senyum segaris. "Kerja di sini ke?" soalnya ramah.

Nur Jannah mengangguk. "Pejabat saya dekat atas sana." Balasnya berbasi-basi. Jari ditunjukkan ke atas.

"Oh!" Puan Sofi membalas sepatah.

"Tak apalah Puan, biar kami pergi dulu. Nanti lambat kami masuk pejabat semula." Nur Jannah berbicara ramah. Sebenarnya dia rasa tidak selesa dengan keadaan itu. Apa tidaknya, lelaki yang berada di situ adalah Syed Azrai Mikael, 'anak dulang emas' yang diushar dengan Jenny tempohari. Entah kenapa, terus kelu lidahnya apabila berdepan dengan lelaki itu. Hari itu bukan main beria bila berdepan kecut pula perutnya. Tak sangka, sombong dan garang nak mampus lelaki itu rupanya.

"Jannah, ada tak Ika tanya you tentang tawaran I tu?" Puan Sofi menyambung bicara seolah tidak mahu perbualan mereka terhenti di situ.

Kepala dianggukkan. "Ada." Balasnya sepatah.

"So, macam mana?"

Kepala digaru pula. "Ermm.. biar saya fikir dulu sebab saya tak pandai nak jadi model." Balasnya teragak-agak.

"Tentang itu you jangan risau. Kami akan ajar you." Puan Sofi semakin bersungguh.

Nur Jannah berdeham pula. Tidak tahu jawapan yang bagaimana perlu diberinya. Bukan dia tidak sudi tetapi dia kekok hendak bergaya di hadapan kamera. Lebih tepat lagi, dia malu sebenarnya.

Melihat keadaan Nur Jannah yang sedang serba salah, Puan Sofi terus mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. "Ini kad I. You fikir dan bila you dah buat keputusan you call I. Tapi I betul-betul nak gunakan khidmat you sebab I rasa wajah you dan penampilan you sesuai dengan konsep rekaan terbaru I." pujuknya lagi.

Nur Jannah tersenyum. Payau. Memanglah bagus dapat cari duit lebih tetapi dia bukannya reti. Tak laku baju-baju puan Sofi nanti, tidakkah haru? "Ermm.. okey. Nanti apa-apa hal saya call Puan." Balasnya.

Puan Sofi mengangguk. "Okay, I'll wait for your call." Ucapnya bersungguh.

Tidak menjawab, Nur Jannah mengangguk sahaja.

"Okay Jannah, I think, I'll make a move first." Syed Azrai di sebelah dipandang. Melihat riak lelaki itu dia tahu Syed Azrai sudah rimas di situ terlalu lama.

Sekali lagi Nur Jannah mengangguk.

"See you again." Puan Sofi berbicara lagi. Nur Jannah hanya senyum sahaja.

"Come Azrai." Ajaknya dan lengan Syed Azrai ditepuk.

Syed Azrai mengangguk. Tidak memandang ke arah dua orang gadis di hadapannya itu, dia terus berlalu.

"Jangan lupa call I ya." Pesan Puan Sofi lagi sebelum berlalu.

Sekali lagi Nur Jannah mengangguk. Kad yang diberikan oleh puan Sofi tadi dikerling sekilas. Kepala diangkat dan langkah keduanya diperhati sehingga hilang dari pandangan.

"Amboi beria-ia makcik tu." Sampuk Jenny tiba-tiba. Sedari tadi dia hanya mendengar sahaja perbualan Nur Jannah dengan perempuan yang pada kiraannya hampir memasuki umur 40an itu. Nampak cantik dan bergaya. Mesti orang kaya. Telahnya.

Nur Jannah buang senyum. Kad nama puan Sofi tadi terus diselitkan dicelah telefon bimbitnya.

"Kenapa tak terima aje? Boleh jumpa dengan jejaka idaman kau." Giat Jenny pula. Bahu Nur Jannah disenggol.

Muka dicemikkan. "Kalau jumpa." Ucapnya dan dia terus buka langkah.

"Take a chance dear. Kalau tidak macam mana kau nak kenal-kenal dengan Syed Azrai Mikael tu." Hasut Jenny lagi.

"Sudah...sudah...kita pergi minum dulu. Kita dah lambat ni." cepat sahaja Nur Jannah mematikan bicara mereka tentang itu. Entah kenapa dia jadi tidak selesa berbicara perihal tersebut padahal sebelum ini dia yang beria-ia. Baru melihat perangai Syed Azrai yang 'sedikit' tadi, hatinya seakan takut untuk meneruskan apa yang dirancangkan sebelum itu. Apa tidaknya, setakat ini dia hanya berjaya mendampingi 'anak ikan bilis' belum lagi 'anak jerung' macam Syed Azrai.

Dengan tawa yang menghiasi bibir, Jenny menurut sahaja. Langkah Nur Jannah terus diekori.



Author Note : Untuk membeli karya ini sila klik external link di bawah ;) 

DIA BUKAN BIDADARIWhere stories live. Discover now