Bab 4 - Diintai

3.5K 119 1
                                    

"Hari dah gelaplah. Macam nak hujan aje." Zulaika mendongakkan kepalanya ke dada langit. Awan hitam yang sedang berarak ketika itu dipandang.

"Mendung tak bererti hujanlah Ika. Ella dan Deddy Dores pun ada nyanyi lagu tu kan?" Nur Jannah buang tawa. Leher yang masih berpeluh dilap perlahan-lahan.

Zulaika mencemik. "Aku cakap yang betullah. Ella dengan Deddy Dores apa tahu? Dia orang cuma tolong nyanyi aje. Yang tulis lirik pun orang lain." Bidasnya pula.

Tawa Nur Jannah menjadi semakin kuat. Boleh pula itu yang dijawab sahabatnya itu.

"Jomlah kita balik. Kalau tiba-tiba hujan turun tak ke niaya kita. Sudahlah teksi jauh." Zulaika semakin risau. Kawasan sekeliling taman Tasik Perdana itu dipandang. Ramai pengunjung dilihatnya sudah mula angkat kaki. Kepalanya ditoleh ke sebelah. Nur Jannah yang sedang santai duduk di atas rumput sambil mengeringkan peluh di tangannya dipandang lagi. Riak selamba sahabatnya itu memang menyakitkan hati.

"Relaklah babe. Confirm tak hujan." Nur Jannah mengiakan.

"Sejak bila kau jadi ahli kaji cuaca?" Nur Jannah dijeling.

"Sejak beberapa minit yang lepas." Selorohnya dan tawa meletus lagi.

"Kau ni kan, sengaja nak cari gaduh dengan aku. Eh! Cepatlah jom kita balik." Zulaika terus berdiri. Malas hendak dilayan senget sahabatnya itu.

"Eh! Kau serius ke nak balik ni?" melihat Zulaika sudah mula angkat kaki, Nur Jannah terpinga-pinga. Ada ke patut Zulaika meninggalkan dia keseorangan di situ?

"Ya, aku nak balik. Kau tak nak balik kau tunggulah dekat sini sampai malam." Bebel Zulaika geram. Kaki diayun semakin laju.

Melihat Zulaika sudah mula menjauh, Nur Jannah bingkas bangun. Kepalanya digelengkan. "Weiii..tunggulah aku!" jeritnya agak lantang. Kaki mula melangkah.

"Cepat sikit!" laungan Nur Jannah dibalas dengan laungan.

Nur Jannah mendengus. Langkah diayun sedikit laju. Terasa rintik-rintik air sudah mula jatuh membasahi mukanya, kepalanya didonggakkan memandang langit. Hujan! Desisnya. Sungguh kelaut ramalan cuacanya tadi. Baru sahaja dia ingin buka langkah untuk berlari, dia terdengarkan sesuatu. Langkah terhenti dan kepala mencari arah suara yang didengarinya tadi.

"Ika!" jeritnya memanggil Zulaika yang sudah berteduh di bawah sebuah pondok kecil yang tidak jauh dari situ.

"Apa laginya Nur? Cepatlah!" jerit Ika agak keras.

"Ada anak kucing dekat sini. Kesiannya nanti kena hujan." Laungnya.

"Ya Allah, biarkan ajelah. Nanti kau yang basah." Marah Zulaika pula.

Nur Jannah buang pandang ke arah lima ekor anak kucing yang sedang mengiau tidak jauh dari tempatnya berdiri. Kepala didongakkan memandang langit lagi. Air hujan sudah semakin laju menitik ke wajahnya.

"Nur...hujan dah mula nak lebatlah." Jerit Zulaika agak geram. Tangan sudah dipelukkan ke tubuh kerana kesejukan.

"Kau tunggu situ aku nak letak anak kucing ni dekat tempat teduh. Kesian. Mati nanti." Pandangan dibuangkan ke sekeliling untuk mencari tempat yang sesuai diletakkan anak-anak kucing tersebut. Terpandangkan sebuah kerusi kayu yang tempat duduknya dilapis papan penuh, dua ekor anak kucing diambil dan dibawa ke kerusi tersebut. Tuala kecil yang digunakan untuk mengelap peluhnya tadi dibentangkan di atas rumput sebelum anak kucing tersebut diletakkan di situ. Dia berdiri semula dan tiga ekor anak kucing tadi diambil pula. Dahi yang sudah mulai basah dengan air hujan dikesat dengan belakang tangan.

"Nurrrr...cepatlah. Aku dah sejuk ni!" jeritan Zulaika yang sayup-sayup kedengaran kerana bunyi air hujan itu dibiarkan sahaja. Sebaik meletakkan baki tiga ekor anak kucing tersebut, dia bangun semula. Pandangan dibuangkan ke arah kedai makan tidak jauh dari situ. Tidak menunggu dia terus berlari menuju ke kedai tersebut.

"Ya Allah, Nurrrrr..apa lagi yang kau nak buat tu?" laung Zulaika bersama gelengan. Nur Jannah tidak tahu rasa sejuk ke?

Tidak menghiraukan jeritan Zulaika, langkah kakinya dibuka semakin luas dan dia terus berlari.

"Ada nasi putih dan ikan goreng tak?" tanyanya sebaik masuk ke dalam kedai. Tubuh yang sudah basah itu dikibas-dengan tangan. Rambut yang sudah kecut terkena air itu diraup.

"Ada. Nak berapa bungkus?" tanya mak cik kedai tersebut.

"Nasi dua bungkus dan ikan dua ekor." Balasnya. "Mak cik, saya nak beli pinggan sekali. Satu aje."

"Huh?"

"Saya nak beli pinggan makan satu."

Mak cik kedai tersebut terdiam.

"Saya nak bagi anak-anak kucing dekat sana tu makan. Kalau letak dalam bekas polisterin ni nanti takut terbang dipukul angin." Terangnya.

Mak cik kedai itu mengangguk. Nasi putih dan ikan goreng dibungkus. Pinggan diambil dan diletakkan di dalam plastik tersebut.

"Berapa?"

"Lima ringgit."

Nur Jannah terdiam. Lima ringgit sahaja? Tak mungkin pinggan tersebut tidak dikira. Mak cik kedai itu dipandang semula. "Pinggan ni?"

"Tak apa mak cik bagi aje."

"Ya Allah, terima kasih mak cik. Semoga Allah membalas budi baik mak cik." ucapnya tulus. Tak sangka masih ada lagi manusia yang berhati mulia begitu.

"Ala, perkara kecil aje tu. Kamu nak ke sana ada payung tak?" tanya mak cik itu pula. Pandangannya dibuangkan keluar. Melihat hujan yang semakin menderu turun, timbul pula rasa kasihan di hatinya.

Nur Jannah menggeleng.

"Ha, tunggu sekejap mak cik ambilkan payung. Hujan dah semakin lebat dah tu."

"Terima kasih." Ucapnya dengan senyum lebar. Kalau ikutkan hatinya memang dia akan meredah sahaja hujan yang semakin lebat itu. Alang-alang dah basah, biarkan. Hujan air, bukannya hujan batu. Fikirnya.

"Nah, ambil aje payung ni. Tak payah pulangkan balik." Ucap mak cik itu sambil menghulurkan payung berwarna biru kepada gadis di hadapannya itu.

Hulurannya mak cik tersebut disambut dengan senyuman. Senyuman yang tidak seperti selalu kerana bibirnya sudah mula bergetar kerana kesejukan.

"Terima kasih banyak mak cik." ucapnya dan terus berlalu pergi. Dalam keadaan tanah yang sudah mula becak itu, langkahnya menjadi semakin perlahan dan berhati-hati. Bimbang terjatuh pula. Sebaik menghampiri anak-anak kucing yang sedang kesejukan itu, kepalanya digeleng. Kasihan, memang dia kasihan sangat-sangat tetapi kalau dia bawa balik siapa pula yang mahu menjaga?

"Ini makanan kau. Makanlah." Nasi yang sudah digaulkan dengan isi ikan itu diletakkan di hadapan anak-anak kucing tersebut. "Nabi dah kata, rezeki harus dikongsi jadi hari ni aku kongsikan rezeki aku dengan korang sebab semalam aku baru aje dapat gaji. Korang makanlah. Jangan gaduh-gaduh tau." Ucapnya. "Duduk aje dekat sini sampai hujan reda. Tuala ni boleh panaskan badan korang." Sambungnya lagi. Kepala setiap seekor anak kucing itu dielus-elus perlahan. Rasa tidak sampai hati pula hendak ditinggalkan.

"Aku nak pergi dah ni. Korang jaga diri baik-baik. Ingat, jangan keluar. Nanti basah." Pesannya lagi seolah-olah kucing-kucing tersebut boleh memahami setiap patah katanya. Usai meninggalkan pesanan, dia terus bangun. Pandangan dibuangkan ke arah anak-anak kucing tersebut sebelum dia melangkah pergi dari situ dengan berat hati. Sorry kucing, aku tak mampu nak buat lebih dari itu. Desis hatinya sayu.

"Jom. Aku ada payung ni." ajaknya sebaik Zulaika dihampiri. Tubuh yang sudah mula menggigil kesejukan itu dipeluk dengan sebelah tangannya. Mahu tak sejuk, sudah basah kuyup dia di situ.

"Kau tak pulangkan ke payung tu?"

"Tak payah. Mak cik tu bagi aje. Dah jomlah aku dah sejuk ni." ajaknya lagi.

"Baru tahu sejuk. Aku dah menggigil dekat sini tunggu kau." bebel Zulaika geram.

"Dah..dah tak payah nak membebel. Jom!" langkah mula di atur untuk terus pergi dari situ. Tetapi sebelum itu sempat juga kepalanya dipalingkan memandang ke arah anak-anak kucing yang sedang leka menikmati makanan mereka. Dan dalam dia tidak sedar rupanya ada sepasang mata yang cukup leka memerhati apa yang dia lakukan sedari tadi.



Author note : untuk membeli karya ini sila klik external link di bawah ;) 

DIA BUKAN BIDADARIWhere stories live. Discover now