Beg tangannya dicapai dan wajah ditalakan ke arah cermin semula. Wajah yang sudah dibersihkan dan hanya berbedak nipis itu dipandang. Sambil membetulkan ikatan rambutnya, bibir dikemam untuk meratakan lip gloss di bibir. Puas hati dengan penampilannya ketika itu, dia terus melangkah keluar.
"Dah nak balik?"
Baru sahaja dia sampai ke ruang tengah butik tersebut, dia ditegur. Nur Jannah berpaling.
"You dah nak balik ke?" soal Syed Azrai lagi.
Nur Jannah terdiam. Terkedu melihat Syed Azrai masih di situ. Bukankah tadi lelaki itu kata dia ingin terus balik? Atau dia hanya kata ingin keluar? Hatinya tertanya-tanya sendiri.
"Apa kata I hantarkan you balik? Waktu pun dah petang ni." tawar Syed Azrai sopan. Nasib baik dia sempat bertanya serba sedikit mengenai gadis itu dengan ibu saudaranya tadi dan seperti yang diberitahu, Nur Jannah ke situ dengan menaiki teksi. Jadi, inilah masanya dia berlagak menjadi lelaki budiman.
"Hurmmm...bukan Encik Ray ada janji dengan puan Sofi?" Nur Jannah menyoal. Sengaja dia mengelak dari menjawab pertanyaan lelaki itu tadi.
"My auntie dah balik. Ada emergency." Bersahaja Syed Azrai membalas padahal dia yang menolak ajakan puan Sofi untuk minum bersama tadi. Konon ada hal yang hendak diuruskan tetapi selepas itu dia kembali ke butik semula.
"Oh.." hanya sepatah kata itu sahaja yang terkeluar dari bibir Nur Jannah. Pandangannya dibuangkan ke sekeliling. Kenapa butik itu kelihatan lengang? Hanya mereka berdua sahajakah yang berada di situ? Hati mula rasa tidak selesa dan berdebar. Ditempat yang tertutup rapat begitu, macam-macam boleh jadi. Lebih-lebih lagi apabila yang bersamanya adalah seorang 'playboy' hebat.
"Yana dan Jun ada di belakang sedang mengemas studio. Kalau merekalah yang you cari." Syed Azrai bersuara. Seolah mengerti dengan riak yang dipamerkan Nur Jannah ketika itu.
Dengan riak serba salah, kepalanya dianggukkan. Pandai sahaja Syed Azrai meneka.
"So, macam mana dengan pelawaan I?" tanyanya semula.
"Ermmm...tak apalah Encik Ray, saya balik naik teksi aje." Tolaknya lembut. Masih terus jual mahal.
"Dekat sini susah nak dapat teksi." Syed Azrai mula memancing.
Nur Jannah terdiam. Tak mungkin di kawasan sebesar Bukit Bintang ini sukar untuk mendapatkan teksi. Fikirnya.
"It's okay. I'll take a chance." Balasnya dengan senyuman. "Saya minta diri." Ucapnya lagi dan mula mengatur langkah untuk keluar.
Syed Azrai tersenyum. Ermm...jual mahal. Bisiknya dan tangan digosokkan ke dagu. Perempuan cantik begitu masakan dia akan membiarkan begitu sahaja. Tidak menunggu dia terus bangun dan turut keluar. Terpandangkan Nur Jannah tidak jauh dari situ, senyum diukir dan gadis itu terus dihampiri.
"I dah cakap, dekat sini memang susah nak cari teksi." bisiknya sebaik berdiri rapat di sebelah gadis itu.
Tersentak, Nur Jannah terus menoleh ke sebelah. Syed Azrai dipandang sekilas sebelum pandangannya dibuangkan ke arah lain.
"Sebelum ni mungkinlah tapi saya dah nampak ada satu di situ." Jari ditunjukkan ke arah sebuah teksi yang berada tidak jauh dari situ. Tangan terus diangkat dan dilambai-lambai memanggil teksi tersebut. Fuh! Nasib baik. Bisiknya.
Syed Azrai mendengus. Macam mana pula tiba-tiba boleh muncul teksi di situ? Bisiknya agak bengang.
"Tak takut ke balik naik teksi keseorangan pada waktu-waktu macam ni?" ucap Syed Azrai tiba-tiba. Sengaja hendak menakut-nakutkan gadis itu.
YOU ARE READING
DIA BUKAN BIDADARI
Aktuelle LiteraturNur Jannah Zahra, dia cantik, berpelajaran, bijak bergaya, berpenampilan menarik dan pandai menggoda tetapi sayangnya dia hanyalah seorang anak kampung yang hidupnya serba sederhana. Ingin lari dari kehidupan yang menyesakkan dia mula menggoda anak...