Langkah diayun laju dengan muka yang cemberut. Gibran ditinggalkan tanpa sebarang kata. Panggilan Gibran juga dibiarkan bagai angin lalu. Lantakkan dia! Getusnya.
"Dear..." panggil Gibran lagi sebaik langkah gadis itu berjaya disaingi.
Dengan riak yang masih beku seperti tadi, kaki terus diayun. Panggilan Gibran masih tidak diendahkan.
"I'm sorry.." Gibran bersuara lagi cuba memujuk. Tangan didepangkan untuk menghalang langkah gadis itu.
Nur Jannah masih beriak selamba. Biar Gibran rasa!
"Dearrrr.." panggilnya lagi dan lengan Nur Jannah terus diraih.
Nur Jannah mendengus dan kaki terus berhenti melangkah. Tangannya ditarik agak kasar dari terus dipegang oleh lelaki itu.
"I'm so sorry.." luah Gibran kesal. Redup matanya memandang Nur Jannah di hadapan. Lebih kepada memohon simpati.
Dengan riak beku, tangan dipelukkan ke tubuh dan mata tajam membalas pandangan lelaki itu.
"I tahu I salah dan I janji tak akan buat lagi." Tangan diangkat ke atas seolah orang sedang berikrar.
"I tak suka dengan apa yang you buat tadi." Balas Nur Jannah tegas. Gibran ingat dia perempuan tak tahu malu sehingga dengan selamba pipinya dikucup sesuka hati di hadapan khalayak ramai? Oh please! Prinsip dia mudah, kalau lelaki yang didampingi cuba bertindak diluar batasan, dia akan terus say goodbye! Biarpun Gibran anak seorang tokoh korporat yang kaya raya, dia langsung tak hairan!
"Yes, I know dan I tak akan buat lagi." Janjinya lagi. Bersungguh-sungguh.
Nur Jannah terdiam. Sengaja dia buat jual mahal. Dia mahu lelaki itu tahu, biarpun dia 'begitu' tetapi dia bukan senang untuk menggadai maruah diri. Memanglah dia mengintai anak orang kaya tapi kalau jenis hampeh macam gitu nak buat apa. Buang karan aje.
"Dear...please..." Gibran masih merayu dengan wajah minta belas kasihan.
Nur Jannah tersenyum tetapi senyumnya itu hanya disimpan di dalam hati. Dia tahu Gibran pasti penasaran sekarang. Rasakan! Desisnya. Itu baru bunga-bunga protes belum lagi dia betul-betul memprotes.
"Dear..." air muka Gibran semakin kalut. Bimbang dia andai Nur Jannah terus meninggalkan dia begitu sahaja.
"Janji you tak akan buat macam tu lagi kalau tidak kita putus!" Tegasnya.
Gibran angkat tangan ke atas. "Promise...I tak akan buat lagi. Please forgive me."
"Okey, I pegang kata-kata you."
"Yes, you can trust me." Gibran berjanji. Bersungguh-sungguh. "Come, we have a drink first." Ajaknya apabila Nur Jannah sudah mula berlembut. Mengenali Nur Jannah dia tahu bukan senang memujuk gadis itu. Nampak sahaja lembut tetapi keras hatinya. Kadang-kadang dipujuk dengan wang ringgit pun gadis itu langsung tidak hairan.
Dengan wajak selamba Nur Jannah mengangguk. Kenalah berlembut sebab barang-barang yang baru dibelinya ada di tangan Gibran! Gila nak tolak semua tu? Nur Jannah belum bodoh lagilah. Langkah Gibran diekori.
"I hantar you balik hari ni ya." Pujuk Gibran lembut.
Nur Jannah menggeleng. Itu salah satu perkara yang akan dia tolak mentah-mentah. Setakat ini belum ada seorang pun dari kekasih-kekasih gelapnya yang tahu dimana tempat tinggalnya. Pertemuan mereka selalunya pada waktu siang atau petang sahaja. Tidak pernah lewat sehingga ke malam. Itu syarat-syarat yang telah dia berikan. Malah mereka juga tidak perlu tahu dimana tempat tinggal dan pejabatnya. Titik!
"I boleh balik sendiri." Tolaknya sambil menyuap kek coklat ke mulut.
"I tak sampai hati biarkan you balik naik teksi. Please, I hantar you." Pujuk Gibran lagi.
"No Gibb, I akan balik sendiri. Jangan desak I boleh tak?" Gibran direnung. Tajam. Sungguh lelaki ini jenis yang tidak reti bahasa. Aku tinggal baru tahu! Marahnya.
Gibran terdiam. Tubuh disandarkan ke kerusi dan tangan dipelukkan ke tubuh. Apa yang susah sangat untuk Nur Jannah membenarkannya menghantar dia balik? Apa yang rahsia sangat tentang tempat tinggal gadis itu? Ermmm...tiba-tiba otak mula terfikirkan sesuatu. Mengekor gadis itu untuk tahu segala-galanya? Atau mengupah seseorang untuk menyiasat tentang gadis itu? Gibran terus tersenyum. Kenapa sebelum ini dia tidak pernah terfikir tentang itu?
"Okay, fine." Balasnya perlahan sambil simpan senyum.
Nur Jannah menunduk memandang meja kembali. Kek coklat di dalam pinggan disuapkan ke mulut semula.
"Ehemmmm..."
Terdengar suara seseorang, Nur Jannah mendongak. Gibran turut menoleh ke sebelah.
"Hi Gibb."
Seorang gadis tinggi lampai tiba-tiba menegur Gibran. Tangannya dilambaikan dengan senyum lebar di bibir.
Gibran mendengus. Gadis itu dijeling.
"Girlfriend?" Tanya gadis itu pula sebaik pandangannya terarah kepada sesusuk tubuh di hadapan Gibran.
"Nur Jannah..." balas Gibran selamba.
"Jannah, let me introduce you, my sister. Naina." Sambungnya pula memperkenalkan adik perempuannya itu dengan riak yang masih seperti tadi.
Nur Jannah tersenyum dan tangan dihulurkan. "Jannah." Ucapnya sopan.
Salam Nur Jannah disambut. Bibir turut mengukir senyum. Kepalanya ditundukkan ke arah Gibran sebaik salamnya dilepaskan. "Not bad Gibb." Bisiknya rapat di telinga Gibran dengan senyuman. “So, I’ll make a move first. Enjoy yourself.” Tidak mahu menganggu, dia terus beredar dari situ. Lagipun dia tahu Gibran tidak suka dia berada di situ. Melihat air muka abang tirinya itu sahaja pun dia tahu. Gibran pun satu macamlah dia busy body sangat!
"Cantik adik you." Akhirnya itu yang terlontar dari bibir Nur Jannah sebaik kelibat Naina hilang dari pandangan.
Gibran tersengih. Jemari Nur Jannah digenggam. "Tak secantik you dear." Ucapnya dengan senyum lebar di bibir.
Tangannya ditarik dari terus digenggam. Suka ambil kesempatan betul! Bebelnya dalam hati. Namun marahnya tidak ditunjukkan tetapi senyum manis yang terukir di bibir. “You saja aje nak jaga hati I kan?” rengeknya dengan suara manja. Belakang tangan Gibran diusap-usap dengan hujung jarinya.
Perlahan-lahan Gibran lepaskan nafas. Mulalah lemah seluruh urat sarafnya diperlakukan begitu. Nur Jannah bukan jenis perempuan yang gedik mengada-ngada tetapi entah kenapa setiap perlakuannya, mencabar nafsu lelakinya.
“I’m dead serious dear.” Ucapnya bersungguh.
Nur Jannah tersenyum. Lebar. I tahu! Bisiknya bangga.
YOU ARE READING
DIA BUKAN BIDADARI
General FictionNur Jannah Zahra, dia cantik, berpelajaran, bijak bergaya, berpenampilan menarik dan pandai menggoda tetapi sayangnya dia hanyalah seorang anak kampung yang hidupnya serba sederhana. Ingin lari dari kehidupan yang menyesakkan dia mula menggoda anak...