Bab 10 - Ternoda

1.1K 32 4
                                    



Zahin direnung. Tajam. Cawan latte di atas meja dicapai semula dan dihirup sehingga habis. Hati sudah mula membahang geram.

"I nak balik." Tekannya keras. Rasanya sudah beberapa kali dia mengulang kata-kata yang sama tetapi riak Zahin tetap begitu. Bersahaja malah langsung tidak mengendahkan kata-katanya.

Zahin tersenyum. Seakan tidak terkesan dengan kata-kata Nur Jannah sedari tadi.

"You dengar tak I cakap I nak balik!" Nur Jannah mengulang kata-katanya semula. Kalau mereka hanya berada ditempat-tempat biasa sudah lama dia pergi sahaja dari situ tetapi dia berada di Bukit Tinggi sekarang! Sejak tadi dia sudah mula menyesal kerana mengikut Zahin petang tadi. Sangkanya mereka hanya akan minum di café-café biasa tetapi dia dibawa ke situ tanpa kerelaannya. Tak guna punya jantan! Jeritnya dalam hati.

Zahin palingkan wajah dan pelayan yang duduk tidak jauh dari situ dipandang. Tangan terus diangkat dan digoyang-goyangkan.

"Bill please." Ucapnya sebaik pelayan tersebut menghampiri meja mereka. Pelayan itu akur dan pergi ke kaunter bayaran sebelum kembali ke meja mereka semula.

"Bill sir." Buku kecil di tangan diletakkan ke atas meja.

Sebaik melihat jumlah bill yang tertera di dalam resit yang diberikan, Zahin terus mengeluarkan note lima puluh ringgit sebanyak tiga keping dan diletakkan ke dalam buku kecil di atas meja. "You can take the balance." Dia terus berdiri. Nur Jannah dihampiri dan tangan gadis itu diraih.

"Lepaslah." Jerit Nur Jannah perlahan. Tangannya cuba ditarik tetapi semakin kuat pula tangannya dicengkam.

"Jom." Ajak Zahin agak keras. Tangan Nur Jannah ditarik.

Dalam keadaan rela terpaksa, Nur Jannah terus bangun dan langkah lelaki itu diekori.

"Zahin, kita nak ke mana ni?" Soal Nur Jannah agak cuak apabila Zahin terus berjalan masuk hotel Colmar Tropicale di pusat peranginan tersebut.

"Kita akan menginap di sini." Selamba Zahin bersuara.

"No!" jerit Nur Jannah sedikit keras dan tangannya ditarik agak kasar. Kali ini dia benar-benar takut. Dengan siapa dia harus meminta tolong kalau terjadi sesuatu sedangkan dia tidak kenal sesiapa pun di situ.

"I don't care you suka atau tidak. We'll stay here for tonight!" suara Zahin sudah mula berubah rentak. Tegas dan dalam. Tangan Nur Jannah dicengkam semakin kuat.

"Sakitlah Zahin!"

Zahin palingkan wajah dan Nur Jannah ditarik semakin rapat ke arahnya. "Kalau you tak nak sakit, behave!" bisiknya dalam nada mengugut.

Nur Jannah terus terdiam. Sungguh dia takut dan hati sudah mula berdetak semakin cemas memikirkan nasib dirinya. Ya Allah, lindungilah aku. Doanya tidak henti-henti sedari tadi. Di saat itu juga wajah abah dan mak datang silih berganti di kepalanya. Ketika itu juga timbul rasa menyesal dengan sikapnya yang terlalu mengejar kemewahan tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima.

Melihat Nur Jannah yang sudah mula mendengar kata, Zahin terus berjalan ke kaunter. Selesai urusan mendaftar masuk dan menerima kunci, dia terus menarik tangan Nur Jannah untuk beredar.

"Zahin, I tak ada baju lain nak pakai." Nur Jannah memberi alasan. Suara sudah mula bergetar menahan rasa. Debaran di dada semakin menggila. Otak pula ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri dari situ.

"You tak perlukan baju lain sayang. Sebab...aktiviti kita malam ni tak perlukan semua tu." Zahin mula berbisik nakal. Matanya dikenyitkan. Tubuh Nur Jannah semakin ditarik rapat ke arahnya sebelum pinggang gadis itu dirangkul.

DIA BUKAN BIDADARIWhere stories live. Discover now