"Nama dia Syed Azrai Mikael Bin Tan Sri Syed Jalal."
Suara Jenny kedengaran di telinganya sedang mata leka memandang sesusuk tubuh tegap yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat duduknya. Giler handsome!
"Umur dia, 30 tahun, Pengarah syarikat hartanah terbesar di Malaysia."
Suara Jenny kedengaran lagi. Setelah lama terdiam.
"Dah kahwin?" Muka dipalingkan ke sebelah. Jenny yang sedang memerhati 'suspek' di hadapan mereka dipandang. Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi teruja hendak tahu lebih lanjut tentang 'suspek' yang disebutkan.
Jenny turut menoleh memandang sahabatnya. "Siapa?" soalnya polos. Tubuh ditegakkan.
"Lelaki itulah." Muncung ditalakan ke arah 'suspek' itu kembali.
"Single and available." Yakin Jenny membalas.
"Are you sure lelaki yang hebat macam tu masih belum berpunya?" kening dijungkitkan memandang Jenny semula. Macam tidak percaya sahaja dengan kata-kata Jenny tadi. "Playboy Jannah. Girls are always around him." Tingkah Jenny bersama cemikan.
"Hurmmm...kaki perempuan." Sinisnya pula. Gelas di atas meja dicapai dan air fresh orange dihirup perlahan. Dari ekor mata lelaki yang diperkatakan oleh Jenny tadi dikerling. Berkulit sawo matang, tinggi, tegap, berkarisma, kacak dan yang penting...BERDUIT! Gelaknya dalam hati.
"Ya lorr....orang banyak duit maaa... sepuluh keturunan pun belum tentu habis. Entah-entah tidur pun atas duit." Jenny buang tawa. Gelihati dengan kata-kata sendiri tetapi siapa tahu kan? Orang yang tak berduit banyak macam dia memanglah tak akan merasa ada duit berkepok-kepok macam orang kaya. Gaji pun setakat dua ribu lima ratus sahaja sebulan. Hanya cukup-cukup makan sahaja bak kata orang. Nasib baik tinggal dengan nenek yang banyak rumah sewa. Sesekali terdesak boleh juga dia minta neneknya membantu.
Nur Jannah turut tergelak. Jenny ingat orang kaya jakun sangat ke tengok duit banyak-banyak? Entah-entah mereka tak hairan pun. Kalau orang macam mereka mungkinlah. Silap haribulan dilonggokkan duit sepuluh ribu depan mata pun boleh pengsan tak bangun-bangun.
"Kau tahu tak Jannah.." Jenny bersuara kembali. Tubuhnya disandarkan ke kerusi pula.
Kening dijungkit. Tangan dipelukkan ke tubuh. "Tahu apa?"
"Syed Azrai tu dulu ada skandal dengan pelakon suam-suam kuku yang baru kahwin tu. Ala, yang sibuk digosipkan budak-buda dekat office tu." Jenny cuba mengingatkan. "Kalau kau nak tahu, diusungnya perempuan tu ke sana ke mari sampai bercuti ke luar Negara pun bersama-sama, akhirnya perempuan tu kena dump. Bodoh kan? Nak rasa kesian pun aku tak sampai hati. Itulah, kejarkan RM sangat." Jenny menyambung ceritanya dengan gaya meluat di wajahnya.
Nur Jannah menggeleng. Amoi sorang ni tak padan, sampai ke gossip artis pun dia tahu. Ingat suka tengok wayang melayu aje rupanya kisah artis-artis melayu pun dia ambil port juga. "Gossip aje kot." Telahnya.
"No, its true Jannah. Kawan kepada kawan aku kenal perempuan tu. Hancur dah perempuan tu dikerjakan. Dah jemu dia tinggalkan. Nasib baik ada lelaki lain yang nak ke dia." Beria Jenny bercerita.
"Kau ni kan, cerita kawan dari kawan kau tu belum tentu betul. Kadang-kadang isunya kecil aje tapi sengaja diperbesarkan sebab nak nampak gempak. Aku kalau tak nampak dengan mata kepala aku sendiri, aku tak percaya. Fact, orang-orang berduit ni memang agak 'nakal' sikit tapi kalau kena caranya tentu jadi lain kan?" balasnya bersungguh-sungguh juga. Entah kenapa dia pula yang beria-ia mempertahankan anak-anak orang kaya. Seolah-olah mereka itu semuanya orang baik-baik sahaja di matanya.
"Kau jangan main-main Jannah. Orang berduit ni cara mereka kejam. Masa dia nak dekat kau memang dia akan ikut cakap kau. Lebih-lebih lagi dengan orang cantik macam kau. Mereka akan beri apa sahaja yang kau nak tapi bila dia dah dapat, hai hai bye bye lah jawabnya." Nasihat Jenny pula.
"Dah tahu orang kaya macam tu buat apa kau cerita dengan aku tentang lelaki tu?"
"Sebab kau yang nak tahu." Cemikan Jenny menjadi semakin dalam.
Nur Jannah tersenyum. "Untuk mencapai cita-cita, kita kena berusaha Jen. Dapat atau tidak, itu belakang kira yang penting, kita dah buat yang terbaik." Kening dijungkitkan lagi dan bibir menguntum senyum lebar. Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Sudah alang-alang ada yang menepati 'sasaran' masakan dia akan melepaskan!
"Apa plan kau?" dahi Jenny sudah berkerut seribu. Sangkanya Nur Jannah hanya main-main tetapi tidak sangka pula sahabat baiknya itu serius.
Baju dijungkitkan dan muka dicemikkan. "Entah." Balasnya.
"Lupakan ajelah. Aku kenalkan kau dengan calon lain yang sesuai. Dia ni macam jahat sangatlah." Jenny sudah mula tidak senang duduk. Dia sebenarnya risau kalau Nur Jannah betul-betul mengotakan apa yang ingin dilakukannya. Bimbang andai Nur Jannah akan senasib dengan 'mangsa' Syed Azrai Mikael yang baru diceritakan tadi.
"Tak salah mencuba kan?" senyum di bibir Nur Jannah terukir lagi. Lelaki yang bernama Syed Azrai Mikael itu sudah menepati apa yang dia inginkan. Bukan setakat berharta tetapi juga ada rupa. Kalau banyak duit tapi muka macam pecah rumah pun tak guna. Yang nak tengok setiap hari mata dia juga.
"Are you serious Jannah?" bersungguh Jenny menyoal. Seolah tidak percaya.
Kepala dianggukkan. Yakin.
Laju Jenny gelengkan kepala. "Jadi apa-apa aku tak nak terlibat okey. Jangan kau salahkan aku pulak nanti." Bebelnya.
"Nothing will happen Jen. Kalau tiba-tiba keadaan menjadi tak terkawal, I'm off!" selamba Jannah lagi.
"Kau memang degil kan? Berani mati pun ya." Marah Jenny melepaskan geram.
Tawa Nur Jannah kedengaran lagi. "Dalam hidup kena berani Jen. Kalau kau takut, kau tak akan ke mana-mana. Duduklah ditakuk tu juga." Tegasnya.
Malas hendak berbalah lagi, Jenny terus mendiamkan diri. Selama setahun mengenali gadis yang bernama Nur Jannah Zahra itu, dia sudah cukup memahami bagaimana sikap gadis itu. Dalam lembut ada tegasnya dan dalam senyum ada dinginnya. Nampak gedik menggoda tetapi bukan senang untuk mendekatinya.
YOU ARE READING
DIA BUKAN BIDADARI
Fiction généraleNur Jannah Zahra, dia cantik, berpelajaran, bijak bergaya, berpenampilan menarik dan pandai menggoda tetapi sayangnya dia hanyalah seorang anak kampung yang hidupnya serba sederhana. Ingin lari dari kehidupan yang menyesakkan dia mula menggoda anak...