"Reez, kau buat apa sekarang? Dah mula kerja?" Mata tertala ke arah Fareez yang sedang leka mengunyah kentang goreng di mulut. Rasanya sudah hampir dua bulan mereka tidak bertemu lebih-lebih lagi sejak Fareez buat keputusan untuk menetap terus dengan neneknya dikampung. Tiba-tiba muncul di KL ni pun entah apa sebabnya. Kalau disebabkan kerja memang tidak mungkinlah sebab setahunya sahabatnya itu sudah bertahun menjadi penganggur terhormat.
"Tak buat apa-apa. Buat bodoh aje." jawab Fareez selamba. Tawa kecil dilepaskan. Air sirap limau di atas meja dicapai dan dihirup.
"Ciss!" Borhan mendengus. Kotak rokok di atas meja dicapai dan dibalingkan ke arah Fareez yang sedang tergelak di hadapannya.
"Main kasar nampak?" Bedil Fareez apabila kotak rokok tersebut terkena dahinya. Perlahan-lahan dahinya digosok.
Borhan tersengih. "Sorry.." ucapnya sebelum pandangan dibuangkan ke arah Syed Azrai yang sedang termenung di sebelahnya.
"Ha, kau dah kenapa Ray? Dari tadi aku tengok semacam aje muka tu." Tegur Borhan sambil tangan Syed Azrai disenggol.
Syed Azrai tersentak. "Apahal?" kalut dia bertanya. Borhan dan Fareez dipandang silih berganti.
Fareez tergelak. Gelihati melihat riak kalut sahabatnya itu.
"Kau tu kenapa? Sejak kau duduk sampailah sekarang, asyik termenung aje. Apa yang kau nampak dalam air tu sampai tak berkelip mata kau mandang ke situ?" Gelas Syed Azrai dicapai dan dibelek-belek.
"Kau nampak apa Bob?" sengaja Fareez mengusik. Bibir sudah mula lebar dengan senyuman.
"Aku nampak awek tak pakai baju dalam air ni tengah berenang. Patut beria-ia kawan kita tenung air tu. Ada free show rupanya." Borhan terus ketawa.
Fareez ikut ketawa. Mengekek-ngekek. Gelihati mendegar kata-kata Borhan tadi. Bengong punya kawan.
Syed Azrai mendengus. Gelas di tangan Borhan dicapai dan diletakkan semula ke atas meja. Hampir tertumpah air fresh orange tersebut dibuatnya. "Lawak sangatlah tu?" marahnya. Borhan dijeling.
"Opssttt...ada orang marah." Borhan terus tutup mulut. Dengan Syed Azrai jangan salah bergurau. Naya dia nanti.
"Kau kenapa?" Fareez terus bertanya. Dengan suara yang sudah berubah rentak. Serius tetapi dengan nada yang terkawal. Pandangannya dilabuhkan ke wajah sahabatnya itu dan tubuhnya disandarkan ke dinding kerusi.
Syed Azrai melepaskan keluhan kecil. Kotak rokok di atas meja dicapai dan sebatang rokok dikeluarkan. Sebaik rokok tersebut terletak elok dibalik dua bibirnya, pemetik api dipetik dan ditalakan ke arah hujung rokok.
Fareez dan Borhan hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh Syed Azrai ketika itu. Kalau sudah begitulah riak sahabatnya, mereka pasti ada sesuatu yang telah berlaku.
Asap rokok dihembus dan duduknya dibetulkan. "Ada sorang perempuan ni..." kata-katanya terhenti.
"Aku dah agak dah mesti ada kaitan dengan perempuan.." cepat sahaja Borhan memintas. Kalau sudah namanya kaki perempuan, masalah yang datang pun semuanya sebab perempuan.
Syed Azrai mendengus. Borhan dijeling lagi. Lebih tajam dari tadi.
"Kau ni Bob, cuba dengar dulu apa yang Ray nak cerita." Marah Fareez bersama gelengan.
Borhan tersengih dan tangannya diangkat. Akur dengan kesilapan diri.
"Kenapa dengan perempuan tu?" melihat Syed Azrai yang seperti sudah tidak berminat hendak bercerita, Fareez bertanya. Dia pun hendak menyibuk juga.
"Entah...aku tak faham betul dengan dia." Nafas dihela. Rokok yang hampir separuh dihisap itu terus dilenyekkan ke dalam astray.
"Maksud kau dengan tak faham tu apa?" berkerut dahi Fareez memandang sahabatnya itu.
"Okey, aku nak tanya kau berdua. Pernah tak selama ni ada perempuan yang tak suka keluar dengan aku?" Fareez dan Borhan dipandang.
Kedua-duanya menggeleng.
"Ada tak perempuan yang tak nak beri nombor telefon mereka setiap kali aku minta?"
Fareez dan Borhan menggeleng lagi.
"Dan pernah tak ada perempuan yang sengaja mengelak dari aku?"
Jawapannya tetap sama. Fareez dan Borhan menggeleng lagi.
"Itu yang aku hairan. Perempuan yang sorang ni peliklah. Masa aku nak hantar dia balik, dia tolak. Aku minta nombor telefon dia, dia tak beri. Aku beri nombor telefon aku tapi masalahnya sampai sekarang dia tak call aku lagi." ceritanya. Bersungguh-sungguh.
"Dia sengaja nak jual mahallah tu." Telah Borhan. "Perempuan tu cantik tak?" tanyanya pula.
"Kau ni Bob, kalau tak cantik kawan kita tak adalah jadi macam ni." giat Fareez dengan sengih nakal.
Borhan mengangguk mengiakan. Betul sangat tu. Desisnya.
"Relax lah... nanti-nanti dia call lah tu. Dia sibuk agaknya." Borhan cuba memujuk.
"Dah berhari-hari dah Bob." Keluh Syed Azrai pula.
"Kalau dah suka sangat cubalah cari dia. Takkan kau tak tahu office dia dekat mana?" Fareez memberi cadangan. Tak mungkin Syed Azrai bertemu perempuan itu di tepi jalan.
Syed Azrai terdiam. Cuba mengingati sesuatu. Lama dia begitu sebelum akhirnya dia tersenyum. Kenapa dia tidak pernah terfikir untuk bertanya pekerja ibu saudaranya tentang Nur Jannah. Hendak bertanya sendiri dengan Puan Sofi, memang tidaklah. Kena leter dia nanti.
"Tiba-tiba kau senyum tu dah kenapa?" Dahi Borhan terus berkerut seribu. Pelik betul orang kalau dah angau ni. Fikirnya.
"Nanti aku cari dia. Thanks Reez untuk idea bernas kau tu." Syed Azrai terus bangun. Dalam kepala sudah mula memikirkan sesuatu.
"Kau nak kemana pulak tu?" Fareez terus menyoal. Tadi Syed Azrai juga yang beria-ia mengajak mereka ke situ sekarang dia hendak pergi begitu sahaja?
"Nak ke butik auntie aku. Ada hal sikit." Balasnya dan tidak menunggu dia terus pergi dari situ.
Borhan dan Fareez hanya memerhati bersama gelengan. Berat!
Author Note : Untuk membeli karya ini boleh klik external link di bawah ;)
YOU ARE READING
DIA BUKAN BIDADARI
General FictionNur Jannah Zahra, dia cantik, berpelajaran, bijak bergaya, berpenampilan menarik dan pandai menggoda tetapi sayangnya dia hanyalah seorang anak kampung yang hidupnya serba sederhana. Ingin lari dari kehidupan yang menyesakkan dia mula menggoda anak...