Bab 5 - Merah Muka

3.4K 117 7
                                    

Tubuh direbahkan lesu ke atas kerusi di hadapan  meja solek. Wajah yang masih elok dengan solekan itu dipandang. Wajah itu nampak berbeza. Seperti bukan dia. Benarlah seperti kata Deen tadi, dia akan jadi gadis yang paling cantik di dunia. Bibir menguntum senyum. Apa sangatlah dengan kecantikannya jika dibandingkan dengan gadis-gadis lain di dunia ini. Kecantikan yang ada itupun kecantikan palsu kerana solekan. Bukan kecantikan yang sebenar. Telahnya. 

Jam tangan yang diletakkan di atas meja solek tadi diambil dan dikerling. Waktu ketika itu sudah hampir ke pukul enam petang. Sepantas kilat dia bergegas bangun. Kalau dia tidak keluar sekarang, tentu agak susah untuk dia mendapatkan teksi nanti. Kalau terlalu lewat, dia pun takut juga. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Di saat itu jugalah pesanan-pesanan abah terngiang-ngiang di telinga.

"Duduk tempat orang jaga diri baik-baik kakak. Nak berkawan pun carilah kawan yang baik-baik."

Allah, tiba-tiba terasa rindu sangat dengan abah. Rasanya sudah hampir dua bulan dia tidak menjengah mak dan abah di kampung. Entah apa khabar abah agaknya. Sejak dia tidak sihat tempoh hari memang dia tidak pernah menghubungi orang tuanya di kampung. Bukan dia lupa tapi dia tidak mahu abah susah hati dengan keadaannya.

"Dapat duit hasil dari photoshoot ni, kakak akan balik abah." Bisiknya seakan berjanji. Dan tanpa berlengah lagi, gelang perhiasan yang melilit pergelangan tangannya terus di buka dan diletakkan ke dalam bekasnya, Rantai yang terletak kemas di leher terus dicapai. Baru sahaja dia ingin meloloskan rantai tersebut dari kepala, terdengar pintu dibuka. Kepala terus ditolehkan memandang pintu. Terpandangkan Syed Azrai di muka pintu, Nur Jannah tergamam.

Syed Azrai turut tergamam. Pandangannya terus dibuangkan ke sekeliling. "Sorry, I ingat auntie I ada di sini." Ucapnya teragak-agak. Tombol pintu yang masih dipegang terus dilepaskan.

Dengan riak kaku seperti tadi, Nur Jannah terus mematikan diri. Hanya matanya sahaja yang tidak berkalih memandang lelaki itu.

Tidak selesa diperhatikan begitu, Syed Azrai berdeham. "Ermm...since my auntie tak ada dekat sini,  I keluar dulu and you can continue your work." Ucapnya.

Tidak membalas kata-kata lelaki itu, Nur Jannah berpaling memandang cermin semula. Rantai yang sedang dipegangnya terus diangkat ke atas dan entah macam mana, rantai tersebut tersangkut pada rambutnya. Ah sudah! Bisiknya. Rantai tersebut cuba ditarik tetapi tetap juga tidak berjaya. Macam mana ni? gumamnya pula. Nak minta tolong siapa? Deen pula sudah lama balik. Rambutnya disentuh untuk  mencari punca dimana rantai tersebut tersangkut.

"Biar I tolong."

Terdengar dekat suara Syed Azrai di telinganya, Nur Jannah tergamam. Sepantas kilat tubuhnya dipusingkan ke belakang. Terpandangkan Syed Azrai yang sedang berdiri hanya beberapa langkah di hadapannya kini, degupan jantungnya sudah mula berubah rentak.

"Rantai tu tersangkut dekat klip rambut you. Mari I bantu kalau tidak mesti you tak boleh keluarkan rantai tu." Syed Azrai bersuara menawarkan diri untuk membantu. Sedari tadi dia hanya melihat sahaja gadis itu terkial-kial mahu melepaskan rantai tersebut di sebalik muka pintu.

"Tak apa, biar I buat sendiri." Tolak Nur Jannah lembut. Hati sudah mula berdebar. Tiba-tiba dia rasa takut pula berada di situ.  Berdua dengan lelaki itu. Walaupun hati nakalnya sudah mula mengajarkan perkara yang bukan-bukan tetapi entah kenapa dia tidak sanggup untuk melakukannya. Ingat Jannah, perempuan yang jual mahal itukan lagi tinggi nilainya. Bisiknya mengingatkan diri sendiri.

"Okey." Riak Syed Azrai masih seperti tadi. Bersahaja. Tangannya diangkat mengalah.

Nur Jannah meneruskan apa yang terhenti tadi. Rambutnya diraba-raba semula. Sebaik tangannya menyentuh tempat rantai tersebut tersangkut, klip yang terletak kemas itu cuba dibuka. Gagal. Dicuba lagi dan masih juga gagal.

"I dah cakap, you tak akan dapat leraikan rantai yang tersangkut tu. Mari I tolong." Syed Azrai bersuara lagi. Tidak menunggu jawapan dari Nur Jannah, laju sahaja tangannya meleraikan rantai yang tersangkut pada klip rambut di kepala gadis itu. Perlahan dan berhati-hati. Selesai, rantai tersebut diserahkan kepada Nur Jannah semula.

Dengan wajah yang sudah seperti udang dibakar, huluran Syed Azrai disambut. Dengan riak tersipu-sipu. "Thanks." Ucapnya sepatah dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Kenapa tiba-tiba dia rasa malu dan berdebar?  Tenang Jannah...jangan tunjukkan sangat apa yang kau rasa sekarang! desis hatinya.

Melihat air muka Nur Jannah ketika itu, Syed Azrai simpan senyum. Dia pasti, gadis di hadapannya itu malu diperlakukan begitu tadi.

"I rasa lebih baik I keluar dulu so you boleh teruskan kerja you." Ucapnya. Langkah terus di atur untuk keluar. Sebaik sampai di muka pintu, dia berpaling semula. "What is your name?" soalnya dengan kening terjungkit.

"Huh?"

"Don't say that your name is huh?" Senyum di bibir Syed Azrai mula terukir. Manis.

Nur Jannah terdiam. Kening dikerutkan. Syed Azrai berlawak? Mana mungkin.

"Just joking." Tawa Syed Azrai mula kedengaran. Garau tetapi sedap sahaja bunyinya.

"Nama you?" sekali lagi Syed Azrai menyoal.

"Jannah...Nur Jannah  Zahra." Balasnya jujur.

"Hurm.. nice name. Sama macam tuan punya nama juga." Senyum terukir lagi. Lebih lebar dari tadi.

"So, what should I call you? Nur? Jannah? Or Zahra?"

"Jannah." Sepatah lagi Nur Jannah membalas. Entah kenapa lidahnya terasa kelu untuk berbicara dengan lelaki itu. Lelaki yang punya pesona yang sangat luar biasa. Wajah kacaknya, alunan suaranya, bahasa tubuhnya, malah tawanya juga kedengaran indah sahaja. Ya Allah, Jannah...apa yang bermain dalam kepala kau sekarang? Tak mungkin seorang Nur Jannah Zahra tiba-tiba jatuh cinta pandang pertama dengan 'suspek' yang cuba didekatinya? Kena ingat Jannah, dia 'playboy'. Tindakan mesti selaras dengan akal dan bukan perasaan. Pesannya mengingatkan diri sendiri. Syed Azrai dipandang lagi. Lelaki yang kacak dan berduit. Tidak hairanlah kalau lelaki itu menjadi kegilaan gadis-gadis sepertinya. Sedangkan hatinya juga sudah mula berentak tak sekata.

"Jannah...lovely." sebut Syed Azrai dengan nada suara yang seakan menggoda.

Nur Jannah hela nafas. Kalau terus-terusan lelaki itu berada di situ, tidak tahulah apa yang berlaku kepada dirinya. Harus tergoda barangkali.

"Maaf Encik,"

"Azrai...just call me Ray."

"Ermmm.. saya nak tukar baju. Boleh tak encik Ray keluar dulu?" suruhnya. Tegas sahaja nada suaranya.

Syed Azrai lepaskan tawa kecil. Perlahan-lahan kepalanya diangguk. "Sure." Ucapnya. "So, see you again... Jannah." mata dikenyitkan sebelum pintu ditutup rapat.

Terasa lemah lutut Nur Jannah diperlakukan begitu. Muka terasa berbahang lagi. Dadanya diusap. Ya Allah, benarlah seperti kata Jenny, lelaki ini bukan jenis sebarangan kaki perempuan. Hanya dengan bicara dan tindakan spontannya sahaja, hampir gugur jantung dibuatnya. 



Author Note : Untuk membeli karya ini sila klik external link di bawah ;) 

DIA BUKAN BIDADARIWhere stories live. Discover now