Prolog

5.2K 87 0
                                    

MATA Zara mencerlung memandang rakan di hadapan dan kemudian beralih memandang ke skrin komputer.

"Kau nak suruh aku buat ni?" Zara masih teragak-agak untuk membuat keputusan.

"Yalah. Kata nak sangat guna duit. Ini cara yang paling cepat dan mudah." Temannya itu cuba meyakinkan.

"Cepat tu ya, tapi mudah tidak. Kalau aku terima cadangan kau, maknanya aku... aku jual maruah diri." Wajah Zara sayu. Kepalanya tertunduk. Air mata seperti mahu melimpah keluar.

"Kau rela dijual sebagai pelacur murahan? Sama saja kan, pengakhirannya? Kau tetap akan menjual maruah. Tapi kalau kau buat cara ni, hanya sekali saja. Lepas tu kau tak perlu buat lagi selama-lamanya!"

"Tapi... aku rasa keji. Sangat keji. Berdosa." Zara terfikirkan kesan perbuatan yang mungkin diambilnya itu.

"Jangan cakap fasal dosa dan pahala depan aku." Ayat kawannya dibiarkan tergantung.

"Kalau aku buat, semua orang boleh kenal aku." Zara tetap ragu-ragu.

Temannya mengeluh. "Apalah bodoh sangat kau ni. Aku kan perantis jurusolek artis yang terkenal tu. Aku boleh ubah wajah kau."

Zara termenung memikirkan cadangan temannya. Sudah tiada jalan lainkah? Perlukah dia menggadaikan maruah dirinya bagi menyelamatkan maruah orang lain? Berbaloikah pengorbanannya nanti?

"Apa yang kau fikir lagi? Lepas kau dapat duit tu, kau boleh pergi dari sini. Kau dah dapat tawaran belajar kan?"

Zara hanya mengangguk lemah. "Buatlah, kalau hanya ni saja jalan yang ada."

"Okey. Sebelum aku lancarkan bidaan ni, aku akan jelaskan sekali lagi macam mana ia berfungsi. Tawaran ni sebenarnya tak terbuka untuk semua orang. Hanya kepada beberapa rangkaian aku yang dipercayai. Jadi, tolong bertenang. Bukan satu dunia akan kenal kau macam kes si Alina Percea tu. Kita akan cuba dapatkan bidaan tertinggi. Lepas kita dapat pemenang bidaan, kau kena jalankan tugas kau." Temannya merenung tepat ke wajahnya. "Setuju?"

Lambat-lambat Zara mengangguk.

"Okey, kita mulakan.." Butang ENTER ditekan sekali gus menandakan 'jemputan' sudah pun dihantar melalui e-mel yang telah di inskripsi bagi melindungi identiti pembida berpotensi.

Zara jatuh terjelepok ke atas lantai. 'Ya TUHAN, apa yang dah aku lakukan?'

o

Tolong Pikat Hatinya [PUBLISHED]Where stories live. Discover now