Bab 18

1.9K 47 0
                                    

"NAMA dia Tuan Shahid. Bilik dah tempah. The Legacy. Pukul 9.00 malam ni. Jangan lewat!"

Pesanan Sabene masih terngiang-ngiang di telinga Ilsa tatkala dia berdiri di hadapan executive suite. Jiwanya bercelaru, hatinya kacau. Rasa bagai ingin melarikan diri dari situ sepantas kilat. Namun jika dia bertindak begitu, wang yang sudah dibayar, perlu dipulangkan.

Ilsa lekas-lekas mengingatkan dirinya. Dia lakukan itu semua demi masa depan Hanny. Jika bukan dia yang berdiri di situ, adakah dia sanggup membiarkan Hanny menggantikan tempatnya? Tidak mungkin!

Dengan teragak-agak, Ilsa menggunakan kunci yang diberikan oleh Sabene untuk memasuki bilik itu. Kakinya melangkah gementar ke dalam bilik yang dingin. Dia melihat ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat Tuan Shahid, orang yang sanggup membida sebegitu banyak untuk dirinya.

Telinga mendengar pintu bilik terbuka di sebelah kiri. Dengan penuh debaran, dia menoleh. Seorang lelaki keluar dari bilik tidur utama. Lelaki itu hanya memakai pijama sambil mengepit paip di bibirnya. Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam saku pijama berkain satin itu.

Walaupun usianya menghampiri 60 tahun, Tuan Shahid tetap kelihatan segak, persis Sean Connery yang punya aura tersendiri sebagai hero lanjut usia. Dia tersenyum memandang Ilsa yang nampak gugup.

"Saya percaya kamu ke sini kerana menjalankan 'tugas'. Ayuh... jangan tercegat di situ. Saya tak punya banyak masa."

Gemuruh darah Ilsa mendengar bicara si tua yang berselera 'besar' itu. 'Ya TUHAN! Apa yang telah aku lakukan?'

ZARA memegang kepalanya yang terasa berat dan berpusing-pusing seperti gasing. Sungguhpun keadaan dirinya kurang baik, dia masih ingat apa yang berlaku. Dengan cemas dia menggagahi diri untuk bangun. Matanya dibuka luas-luas sambil melawan kegelapan yang cuba menguasai dirinya. Apa yang sudah berlaku? Sudahkah....

Zara membelek dirinya. Dia masih lengkap berpakaian. Cuma dia sedang berada di atas katil. Kelibat Rezman langsung tidak kelihatan di mana-mana. Sudah berapa lama dia tidak sedarkan diri? Tanpa mahu memastikannya, Zara bangkit perlahan-lahan. Dia mencapai beg tangannya yang terdampar di atas lantai. Isinya yang berselerakan, dimasukkan tergesa-gesa.

Zara menghampiri pintu sambil berpaut pada dinding. Kakinya masih kurang mampu menampung berat tubuhnya. Kepalanya masih pusing dan berat. Pintu dibuka. Zara melangkah keluar mencari lif.

Pintu lif terbuka. Namun belum sempat kakinya melangkah masuk, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya.

"Ilsa!"

Zara hanya sempat mendengar lelaki itu melaungkan namanya sebelum dia rebah menyembah lantai sekali lagi.

LANGKAH kaki Ryan yang diatur panjang-panjang terhenti. Riak cemas di wajahnya bertukar curiga secara mendadak. Sudah berpuluh-puluh kali dia menelefon Zara selepas kejadian talian terputus setengah jam lalu. Suara Zara kedengaran begitu cemas. Berpandukan maklumat yang diperoleh daripada Salimah, Zara dikatakan telah pergi ke Hotel Boulevard kerana ada temu janji di sana. Hati Ryan tidak sedap. Siapa lagi yang suka bertemu janji dengan Zara kalau bukan Rezman?

Adakah Rezman sudah bertindak bodoh dan menurut hawa nafsu? Ryan harap telahannya meleset. Seandainya Rezman melakukannya, Ryan tiada pilihan melainkan membelakangkan sahabat baik yang banyak berkorban untuk dirinya itu.

Namun yang disangka, nampaknya jauh meleset. Bukan Rezman yang ditemuinya bersama Zara. Sebaliknya seorang lelaki yang tidak dia kenali sedang memapah Zara masuk ke dalam kereta yang berhenti di pekarangan hotel.

Serta-merta kata-kata Rezman mengenai kenaifan Zara yang boleh dipersoalkan, muncul di benak Ryan. Siapa lelaki itu? Dan kenapa Zara kelihatan seperti tidak bermaya? Perlukah dia bimbang? Dalam keadaan teragak-agak, Ryan hanya memandang BMW 3 Series berwarna perak itu melintasinya dan berlalu pergi ditelan kepekatan malam yang semakin larut. Yang nyata, plat kereta berkenaan bukan plat Kuala Lumpur ataupun Selangor. Sebaliknya ia plat Pahang. Apa yang Ryan tahu, berdasarkan maklumat yang terdapat dalam fail peribadinya, tempat kelahiran Zara adalah di Kuantan. Mungkin lelaki itu saudaranya. Abangnya mungkin.

Puas sudah Ryan berteka-teki sendirian tanpa menemui jawapan yang boleh menyedapkan hatinya. Sepanjang malam itu, setelah pulang dari Mid Valley, fikiran Ryan dihantui oleh peristiwa itu. Hatinya benar-benar terganggu. Seketika, wajah Nurjia berjaya lenyap dari kotak fikirannya.

u�u2�:�

Tolong Pikat Hatinya [PUBLISHED]Where stories live. Discover now