Bab 13

1.1K 46 0
                                    

ZARA meneliti jadual Road Show Hartanah Millenium Properties yang sudah diluluskan oleh lembaga pengarah. Kini dia perlu membahagikan tugas antara para eksekutifnya.

"Laura, you nak zon mana?" Zara memberikan kebebasan kepada stafnya untuk memilih.

"Saya nak zon selatan. Boleh singgah Kota Singa." Teruja Laura membuat pilihan.

"Okey." Zara tersenyum melihat reaksi Laura. "Shopping lah tu."

"Eh, macam tak biasa," balas Laura ceria.

"Kifley?" Zara memandang kumbang nan seekor dalam kumpulan mereka.

"Zon utara. Boleh jenguk bakal mentua." Dia tergelak nakal.

"Amboi, amboi! Gatal pula budak ni." Salimah menepis bahu Kifley. "Baru berkawan dah declare nak jenguk mentua konon!"

Zara turut tersenyum melihat adegan usik-mengusik. Dia memandang jadual yang terpampang pada skrin besar. Tinggal lagi dua zon: barat dan timur.

"Saya pilih zon barat, Cik Zara. Anak-anak tengah periksa masa tu. Tak boleh nak tinggalkan." Belum sempat Zara menyatakan pilihannya, Salimah terlebih dahulu memintas.

"Okey." Dengan berat hati terpaksa Zara memilih zon timur, Kuantan. Tubuhnya mula rasa bagai hendak demam. Sudah lama dia meninggalkan dan mengelakkan diri untuk ke bandar itu. Tetapi nampaknya kali ini dia terpaksa ke sana demi tugas.

"Hari ni kita nak teliti satu per satu tugas yang akan dibuat." Zara memulakan mesyuarat mereka pagi itu.

Masing-masing memandang ke skrin, bersedia dengan pen dan buku nota. Perbincangan diteruskan sehingga tengah hari.

ZARA memandang jam digital pada komputer bimbitnya. Sudah 12.30 tengah hari. Masih banyak perkara belum dihalusi. Jika mesyuarat itu tidak diteruskan, esok pasti terpaksa disambung lagi.

"Apa kata kita makan di sini saja? Pesan piza. Kalau kita tak habiskan mesyuarat hari ni, esok kena mesyuarat lagi." Zara meminta pendapat ahli kumpulannya.

"Boleh saja." Kifley sudah meraba perutnya.

Yang lain juga turut mengangguk, bersetuju. Zara menggamit Fairuz, pembantu amnya supaya masuk ke dalam bilik perbincangan berdinding kaca itu.

"Pesan piza. Tanya mereka nak makan apa." Zara memberikan arahan sebelum dia keluar menuju ke tandas.

"Cepat ambil pesanan aku." Kifley segera mengarahkan.

Fairuz mencebik. Dia sudah bersedia dengan pen dan buku nota. "Nak pesan apa?"

"Extravaganzza large, cheesy double decker with extra mushroom and cheese, spicy chicken wings and breadstix." Kifley menyatakan pesanannya.

"Eh? Pesan untuk kau sorang saja?" Salimah menegur.

"Nanti kalau aku pesan untuk semua, tak demokrasi pula. Lain orang, lain seleranya," balas Kifley selamba.

"Fai, I nak veggie galore hand toss. You okey tak?" Laura mencuit Salimah.

"Okey saja. Tapi nak tambah seafood delight, regular. Yang veggie tadi pun regular juga. Tambah spicy chicken wings satu lagi. Tak cukup satu set. Si Kifley bela hantu raya." Sempat Salimah mengusik. "Kau nak apa, Fai?"

"Chicken lasagna sajalah. Saya pesan Sprite sekali." Fairuz mencatat. Ketika itu Zara melangkah masuk. "Cik Zara nak pesan apa? Dalam senarai dah ada extravaganzza, veggie galore, seafood delight, chicken wings dan breadstix."

"Saya nak spageti bolognese." Zara memesan. Telefon bimbit di atas meja berbunyi. Segera Zara mendapatkannya. Nama Rezman berkelip-kelip. Entah mengapa berat sungguh hati Zara hendak mengangkat panggilan itu. Sekiranya tidak diangkat, sudah pasti Rezman mengadu kepada Ryan.

"Helo." Terpaksa juga Zara menjawab. Dia masuk ke dalam biliknya untuk lebih privasi.

"Jom makan," pinta Rezman. Seperti arahan pun ada juga.

"Maaf. Aku dah pesan piza. Ada perbincangan di pejabat. Malas nak keluar. Kami makan ramai-ramai." Mujur ada alasan kukuh yang boleh diberi.

"Dengan Ryan sekali?" Rezman sudah mula curiga.

"Taklah. Dengan staf aku saja." Zara kurang senang dengan syak wasangka yang dilemparkan oleh Rezman. Mengapa dia perlu cemburu kepada Ryan, sahabatnya sendiri? Mengapa pula Rezman mesti cemburu? Dia dan lelaki itu belum ada apa-apa hubungan yang intim. Zara benar-benar rasa bagai terpaksa.

"Malam ni ikut aku keluar." Nampaknya Rezman tetap berusaha untuk bertemu dengan Zara.

"Maaf. Aku nak kemas barang. Sabtu ni aku nak pindah rumah." Sekali lagi Zara menolak. Alasannya juga munasabah.

"Kau pindah hari Sabtu? Siapa tolong angkat barang?"

"Upah mover saja," balas Zara acuh tak acuh. "Kenapa? Nak tolong angkat barang?" Sengaja dia menduga. Manalah tahu kalau-kalau dugaannya selama ini silap.

"Dah ada mover, buat apa susah-susah. Buat penat aje."

Tersenyum Zara mendengar jawapan Rezman. Memang tepat dugaannya. Rezman bukan jenis lelaki yang ringan tulang. Maka masuklah nama Rezman ke dalam senarai Typical Malay Man yang dikumpulkan oleh Zara.

"Aku pun tak mahu susahkan sesiapa termasuk kau." Dengan kata lain, Zara tidak mahu Rezman turut menyibuk sewaktu dia berpindah rumah nanti.

"Okeylah. Nanti bila senang, kita jumpa." Nada suara Rezman kedengaran seperti hampa kerana niatnya tidak kesampaian.

"Okey." Dengan perasaan lega, Zara meletakkan telefon. Dadanya terasa lapang.

6�uq�=�

Tolong Pikat Hatinya [PUBLISHED]Where stories live. Discover now