MELIHAT isi surat yang diterima, automatik keluhan berat terlepas dari bibirnya. Hati tiba-tiba saja terasa belah bahagi sebaik sahaja selesai membaca surat tersebut.
Huh, nampaknya mimpi ngerinya sudah menjadi kenyataan.
"Surat apa ni?" soal teman serumahnya sambil mengambil surat yang Syafiena campak ke atas meja.
Syafiena hanya diam sambil menghempaskan tubuh di atas sofa. Dia malas nak jawab kerana jawapan itu hanya akan menyesakkan dadanya sahaja.
"Jemputan ke majlis reunion SMK Jalan Chempaka." Dina membaca perlahan.
Seketika kemudian, matanya terbeliak.
"Wow, bestnya reunion dengan kawan sekolah! Kenapa perlu buat muka macam tu? Kau dapat jumpa kawan-kawan kau apa."
"Hmm... itu kata kau, tapi bagi aku, sekolah tu macam neraka!" balas Syafiena sambil menjulingkan matanya ke atas.
"Hmm? Kenapa? Mesti ada sebab ni. Apa yang membuatkan sekolah kau macam neraka sangat ni? Tell me, tell me. I'm all ears for you," kata Dina sambil tersengih teruja.
Selama dia duduk dengan Syafiena untuk dua tahun, tak banyak rahsia Syafiena yang dia tahu. Jadi, apa salahnya kalau dia ambil peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Syafiena, kan?
Syafiena mengeluh. Memikirkan seseorang yang berjaya menghuru-harakan hidupnya benar-benar memberi kesan kepada dirinya.
Malah, sampai sekarang dia masih bencikan manusia itu.
"Ada seorang lelaki ni... Aku benci dia sangat-sangat. Rasa macam nak bunuh dan hiris muka perasan maco dia tu. And yeah, he's my enemy."
"Enemy?" Dina angkat kening.
Tidak lama kemudian, senyuman terbentuk pada bibir tipisnya.
"Orang kata, kalau kita benci dekat orang tu, lama-lama kita akan jatuh cinta. Better don't, Fiena. Kau takkan tahu apa akan jadi kalau kau benci sangat dekat lelaki tu."
"Kalau itu orang yang kata, biar aku pula yang kata lain. Kalau kita benci dekat orang tu, lama-lama kita makin benci dan makin menyampah tengok muka orang tu."
Kata-kata Syafiena disambut dengan gelak ketawa oleh Dina.
"Okey, kita tengok sejauh mana kebenaran kata-kata kau tu."
Syafiena hanya angkat kening. Dia sebenarnya tak adalah serius sangat dengan kata-katanya tadi. Tapi biarlah, kalau Dina nak sangat dia buktikan, okey, dia akan buktikan!
Ini Syafiena Amnilah. I always win!
YOU ARE READING
[Sudah Terbit] Namun Kupunya Cinta
RomanceTajuk asal: The Runaway Groom KERANA dendam, manusia sanggup melakukan apa saja. Ezran Hakimi sangat membenci Syafiena Amni, teman tapi mesranya sewaktu zaman persekolahan. Selagi dia tak melihat Syafiena Amni jatuh tersungkur di kakinya, selagi itu...