Cahaya Kasihmu ( Bab3)

1.3K 24 0
                                    

Pintu bilik pejabat ceo itu ditolak kasar. Wanita yang bernama Tasha itu membuat mimik muka mengada-gada. Badannya disandarkan di sisi Amar Arshad.

"Tasha, im working right now...kalau orang nampak, mati kita tau." Kata Amar Arshad.Badan Tasha ditolak ke tepi.

" Sayang! You yang janji dengan I semalam yang you nak bawa i shopping.Dah 2 jam i tunggu kat Pavillion tau.You ni!!" Tergedik2 Tasha menahan marah.

" Sorrylah..I sibuklah hari ni..nah u ambik credit card i ni you pergi shopping.Takpe i bayar semuanya."

" Betul ke??? Oh My God!!! Nilah buat i tak sabar nak kahwin dengan u..Thanks sayang" pipi Amar Arshad dicium sebelum berlalu pergi

Amar Arshad hanya menghantar Tasha dengan pandangan mata sahaja.Baju yang agak mengikut badan itu dipandang.Siapa tak tergoda wei!!!

Namun cepat2 dialihkan perhatian terhadap laptop kerja.Plan projek Damansara harus disiapkan secepat mungkin.Yang pasti sebelum papanya pulang dari London 1 minggu lagi.

'Bruk'

'Aduh perut ni laparlah pulak.' Gerutu hatinya.Jam di dinding dikerling.'Dah pukul 3 petang rupanya...patutlah aq lapar semacam.'

'Menyesal pulak aq tak ikut Tasha tadi.'

Kertas2 kerja dikemas secepat mungkin.Lapar sangat agaknya.

" Zila, I lunch sekejap eh...anything important..inform lepas I balik nanti." Kata Amar Arshad sambil menghadiahkam senyuman buat setiausahanya sehingga menampakkan lesung pipit miliknya.

Terpesona Zila melihatnya." Baik Tuan"

Kafe yang tertera nama Kafe Lious itu dipandang lama sebelum melangkah masuk.Amar Arshad akui dia memang cerewet bab makanan tapi entah kenapa hatinya terpahat terhadap kafe ini walaupun kadang kala masakannya kurang menepati cita rasa.

' Makan kat sini jelah jawabnya.' Kata hati Amar Arshad.Tangan kanan diangkat tinggi tanda memanggil pelayan di kafe itu.

Ellyssa Ardina bergegas mendapatkan lelaki di meja makan

' Eh jap! Ni bukan mamat yang langgar aq ke??? Sabar Lyssa sabar.Dalam kerja kita kena profesional.Tapi aq still tak puas hati dengan mamat ni.' Merah padam muka Ellyssa Ardina menahan marah.

"Hai encik, sorang je ke hari ni?? Girlfriend mana??" Saja ditanya soalan itu.Amar Arshad mengangkat muka.

"Aah..aq sorang hari ni.Kenapa??kau ada masalah??"senyuman sinis dilemparkan buat wanita dihadapannya.Perempuan itulah yang dimarahi oleh Tasha tempoh hari.Lawa juga..Bertudung hitam, berpakaian t-shirt lengan panjang ,putih pulak tu.Cuma tubuhnya agak gempal sikit.But comel.

" Saya tanya jer..Ingatkan masih tak puas hati nak marah saya.Encik nak makan apa??" Soalnya dingin

"Aq nak makan chicken chop.Air avacado blended." Katanya kemudian menatap skrin telefon pintar di tangannya.

" Avacado hari ni habis stok.Encik order yang lain." Jawabnya selamba.

"Aq tak kira.I want my avacado." Lelaki ni memang kurang diajar betul.

" Encik saya dah cakap yang air avacado dah habis.Encik tak faham ke" mata dibuka seluasnya tanda memprotes.

"I still want my avacado."jawabnya sambil menjegilkan bola matanya.Amboi, tak nak kalah.

"Encik!!! " suara dikuatkan sedikit.

" Kau nak marah aku?? Go ahead...Kau still tak kenal aq siapa kan? Biar aq kenalkan diri aq.Aku ni anak Tan Sri Mokhtar.Kau nampak tak bangunan tinggi tu.Itu semua milik aku.So, perempuan macam kau ni better duduk kat reban ayamlah."muka Amar Arshad kelihatan merah padam.

Bibir Ellyssa Ardina diketap geram. "Encik tunggu sekejap.Biar saya panggil boss saya."katanya sebelum berlalu pergi.Amar Arshad tersenyum jahat.

5 minit kemudian...

" Encik Arshad, maaflah buah avacado kami kehabisan stok.Mungkin encik boleh order yang lain." Kata puan Syamimi.

"Saya nak orange juice." Hampir terlopong Ellyssa Ardina mendengarnya.Kalau cakap dari tadi kan senang.Tak payah aq berhadapan dengan boss singa sebelah ni.

" Baik encik.Makanan akan disediakan sekejap lagi." Balas Ellyssa Ardina.Puan Syamimi menjelingnya tajam.

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now