Cahaya Kasihmu(Bab8)

779 20 0
                                    

Sudah 20 minit Ellyssa Ardina dan Amar Arshad duduk di ruang menunggu lapangan terbang KLIA.

"Nama penuh kau apa??" Amar Arshad memulakan bicara.Dilihat wanita disebelahnya hanya termenung sedari tadi.Soalan ditanya tidak dijawap.

Amar Arshad menepuk paha Ellyssa Ardina perlahan.

"Hah???kenapa encik??"soal Ellyssa Ardina.Janggal pula rasanya duduk bersama lelaki ini.

"Kau termenung apa?? Aq tanya kau,nama penuh kau apa?? Tu pon susah nak jawap." Jawab Amar Arshad sedikit keras.Ellyssa Ardina menjelingnya tajam.

"Ellyssa Ardina binti Zulkarnain.Puas hati??"

"Umur???keluarga??" Soal Amar Arshad lagi.Ellyssa Ardina mengerutkan dahi.

"Sekarang baru nak tanya??" Soalan Amar Arshad dijawab dengan soalan juga.

"Just answer it!!"marah Amar Arshad perlahan memandangkan ramai orang di lapangan terbang ketika itu.

"Umur saya 23 tahun.Anak yatim piatu.Encik???" Ellyssa Ardina juga ingin tahu identiti lelaki itu selain mengetahui yang Amar Arshad merupakan anak Tan Sri Mokhtar .

" Nama aq Amar Arshad bin Tan Sri Mokhtar.Umur aq?? 27 tahun and i'm getting married with such a beautiful woman but totally not in my list.CEO syarikat Mega Holdings Sdn.Bhd.Thats all about me.Your future husband." Jawabnya sambil menghadiahkan senyuman nakal ke arah Ellyssa Ardina.

Ellyssa Ardina mencebik.Menyesal dia tanya tadi.Nampak sangat riak berlagak lelaki itu.

Amar Arshad melambai ke arah satu pasangan dari jauh.

" Thats my mom n dad.Let me introduce you to them." Lengan Ellyssa Ardina ditarik perlahan

Ellyssa Ardina menurut.Senyuman manis diukir.

" Hello mama, papa." Kata Amar Arshad seraya menyalami kedua dua orang tuanya.Ellyssa Ardina turut sama.

"Amar,Siapa ni???mama tak pernah jumpa pon.Introduce her to us." Puan Sri Azizah mengusap wajah Ellyssa Ardina.

'Lawa' desis hatinya.

"My future wife mama.Jom kita balik dulu, n then i will explain more." Jawab Amar Arshad sambil menolong Tan Sri Mokhtar menarik beg bagasi.

"Alhamdullilah.Tak lama lagi mama dapat menantu.Jom.Aunty nak jalan dengan kamu."Puan Sri Azizah menarik tangan Ellyssa Ardina mengikutinya .

"Mama kamu over excited nampaknya."kata Tan Sri Mokhtar .Amar Arshad hanya mampu ketawa.

---------------------------------------------

"Ellyssa,nilah rumah aunty dengan uncle.Masuklah." pelawa Puan Sri Azizah.Rancak mereka berbual di dalam kereta tadi.

Ellyssa Ardina mengangguk.Dipandang sekeliling banglo tiga tingkat itu.Nampak mewah.

" Mak Jah, buat air.Kita ada tetamu." Kata Puan Sri Azizah seraya duduk di sofa empuk berwana kuning keemasan.

" Aunty, takpe..saya tak haus lagi." Jawab Ellyssa Ardina.Punggung turut dilabuhkan di sebelah Puan Sri Azizah.Dilihat Amar Arshad masih di luar berbual bersama Tan Sri Mokhtar.

" Its okay Ellyssa."

Ellyssa Ardina hanya menggangguk.Tolak nanti terasa pula.Dia memerhati setiap bingkai gambar yang tergantung di dalam rumah itu.

" Bila Ellyssa dan Amar rancang nak kahwin?Aunty rasa kamu dan dia baru berkenalan tak sampai 2 minggu."

Ellyssa Ardina terdiam.Otaknya pantas memproses ayat untuk menutup rasa curiga yang hadir.

" Ellyssa pon tak tahu.Maybe kita dah lama berkenalan kat kafe kot." Jawab Ellyssa Ardina perlahan.

" Owh."

Amar Arshad masuk ke dalam rumah.Dilihat Ellyssa Ardina sedang berbual denga Puan Sri Azizah.Sesekali wanita itu tersenyum gembira.

"Rancak berbual.Tak ajak Amar pon." Amar Arshad pura2 merajuk.

" sorrylah encik..eh maksud saya Amar,mama awak dia ajak saya berbual." Ellyssa Ardina sedar bahawa Amar Arshad memandangnya tajam ketika dia menyebut perkataan ' encik' tadi.

" Ni puan, airnya" kata Mak Jah.Air oren di dalam jug dituang ke dalam gelas.

" Takpa biar saya tolong." Pelawa Ellyssa Ardina sambil mengambil jug dari tangan wanita separuh abad itu.

Bersambung....
----------------------------------------------------

532 words.Ok penat type.Saya publish dulu, ada masa nanti saya sambun k..Hope enjoy

# vote
# comment
#ellyssadirnamararshad


Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now