Cahaya Kasihmu (Bab32)

680 22 0
                                    

Ellyssa Ardina berjalan dalam hujan.Dia tidak tahu kemana dia harus tuju di saat ini.Duit yang dibawa sudah habis gara2 menaiki teksi kerana ingin lari dari Amar Arshad Sudah lenguh kakinya berjalan mencari tempat untuk berteduh.Tapi tidak jumpa2.

Kilat sambung menyambung menakutkan gadis itu.Matanya kuyu,tubuhnya menggigil,bajunya basah lencun dek hujan.

PIN!!

Bunyi hon dari arah belakang menyentakkan Ellyssa Ardina.Gadis itu berhenti berjalan.Seseoramg keluar dari kereta bersama payung sambil berlari2 anak ke Ellyssa Ardina.

"Awak buat apa hujan2 macam ni?? Mari..kita berteduh dalam kereta dulu."kata seorang gadis muda yang cantik.Ellyssa Ardina memandangnya lama.Berkira2 ingin naik kereta itu.

"Jangan risau.Saya takde niat jahat.Lagipon awak kan perempuan.Antibodi lemah dari lelaki.Senang demam.Jom." gadis itu menarik Ellyssa Ardina masuk kedalam kereta.Ellyssa Ardina mengucapkan terima kasih.

"Huh! Letih betul kalau time2 drive hujan lebat.Susah nak nampak jalan.Anyway,nama saya Doktor Anissa." Dia memberi tangan untuk bersalaman.Ellyssa Ardina menyambutnya.

"Ellyssa Ardina."

"Awak buat apa jalan sorang2 kat dalam hujan?? Kereta rosak??" Soal Doktor Anissa.Aircond dinaikkan suhu agar tidak terlalu sejuk.

"Err..err..err.. saya tak tahu."

Doktor Anissa mengerutkan dahi.Pelik betul.Bangun2 tidur terus ada dalam hujan ke apa??

"Takpelah..biar saya hantar awak balik.Rumah awak kat mana??" Soal Doktor Anissa.Ellyssa Ardina teringat akan sesuatu.Kunci rumah pusaka arwah ibunya yang selalu dibawa bersama dicari.Namun tidak jumpa,mungkin tertinggal.Ahh..rasanya lebih baik jika dia balik ke situ.Amar Arshad mungkin tidak terfikir untuk mencarinya di situ.Tanpa sedar,air mata mengalir.Nak ataupun tidak,dia harus berhadapan dengan jantan tak guna tu.Penipu betul!!!

"Kenapa awak curang?" Soalnya sendirian tetapi perlahan.Doktor Anissa dapat menangkap kata2 Ellyssa Ardina.

"Siapa curang??" Soal Doktor Anissa.Bahu Ellyssa Ardina diusap lembut.Ellyssa Ardina menatap doktor Anissa.

"Suami saya."jawabnya perlahan.

"Sabarnya." Kata doktor itu.Ellyssa Ardina mengangguk

"Saya nak balik,tapi saya marah dengan dia.Saya takut..." esakan Ellyssa Ardina makin menjadi.Doktor Anissa lantas memeluknya.Seolah2 dapat merasai perasaan gadis itu.

"Saya masih belum berkahwin.Tapi,lebih baik awak bawa bertenang..cerita masalah awak kat saya.Insha Allah saya bantu."ucap Doktor Anissa.Hujan yang turun mulai reda sedikit demi sedikit.Ellyssa Ardina menggeleng.

"Saya tak nak cerita kat sape2 masalah rumahtangga saya.Terima kasih sebab doktor sudi berikan tempat teduh buat sementara." Jawab gadis.Mukanya pucat.Kesejukan mungkin.Pintu kereta dibuka.Namun sempat ditahan oleh Doktor Anissa.

"Biar saya hantar awak balik.Muka awak dah pucat.Hujan pon masih ada lagi." Ujar Doktor Anissa.Ellyssa Ardina menggeleng.

"Takpe...saya tak suka menyusahkan orang.Doktor baliklah.Sekali lagi,terima kasih." Ellyssa Ardina tersenyum.Doktor Anissa mengeluh.Kad yang tertulis nama dan alamat hospital tempat dia bekerja dikeluarkan.

"Nah.Ini kad saya.Awak boleh telefon kalau ada masalah atau nak minta tolong apa2 pon.Saya percaya awak orang yang baik Ellyssa Ardina.Saya juga mendoakan rumah tangga awak kembali aman."kad itu diserahkan.Ellyssa Ardina menyambut dengan senyuman tawar.

Pintu kereta ditutup.Ellyssa Ardina kembali berjalan.Tubuhnya yang kesejukam tidak dipedulikan.Sesekali dia terbatuk dan bersin.Demam kemungkinan.

'Doktor Anissa..saya pasti kita akan berjumpa lagi satu hari nanti.' Ellyssa Ardina memandang ke langit.Sudah maghrib.

----------------------------------------------------

Amar Arshad meramas rambutnya yang kusut.Jiwanya kini tak tenang.Sudah lewat malam,namun kelibat sang isteri masih belum ada.Penumbuk digenggam.

"Tak guna punya Tasha!!!!" Pasu bunga orkid yang berada di balkoni biliknya dihempas ke lantai.

"Ellyssa...mana awak pergi sayang." Kata Amar Arshad sendirian.Matanya sudah bengkak akibat menangis.Ya,dia lemah macam perempuan.Dari siang tadi mencari Ellyssa Ardina,namun hampa.Keping2 gambar tu dah hancurkan kepercayaan isterinya.

Ting! Tong!!

Bunyi bell rumah membuatkan Amar Arshad pantas berlari ingin membuka pintu rumah.Butang lif ditekan berkali2.

Alangkah bersyukur dirinya,wajah yang dia amat risau telah muncul.Tapi sekejap,wajah itu nampak terlalu pucat.Bibir itu pula nampak menggeletar.

"Sayang okay?? " soal Amar Arshad.Ellyssa Ardina memandangnya.Pandangan gadis itu kabur.Pening saat ini.

"Jaaaagann kacauu sayaaa..Sayaaa nak rehattt" kata Ellyssa Ardina tersekat2.Tubuh tegap lelaki itu ditolak ke tepi.Dia ingin berehat.Kakinya lenguh.Kepalanya pusing.

"Ellyssa..biar abang tolong papah.Sayang demam ni." Kata Amar Arshad.Tubuh gadis itu ingin dipegang namun makin dicuba,makin menjauh.Ellyssa Ardina cuba mengelak dari disentuh olehnya?? Seriously??

Akhirnya Amar Arshad hanya membiarkan Ellyssa Ardina berjalan sendirian menaiki tangga.Dia awasi dari belakang.Tubuh gadis itu sedikit terhuyang hayang.

Sampai sahaja di bilik tidur mereka,Ellyssa Ardina terjelopok jatuh.Badannya lemah.

"Ya Allah!!! Jangan pengsan please...biar abang mandikan sayang okay?? Ni mesti sebab kena hujan tadi.Ellyssa pergi mana?? Ya Allah.." Amar Arshad mengendong Ellyssa Ardina.

"Kenapa awak tidur dengan perempuan lain Amar!? Saya tak sanggup hidup macam ni.Dalam penipuan." Ellyssa Ardina menangis dalam gendongan Amar Arshad.

"Saya akan explain segala2nya pada awak Ellyssa...Sekarang ni saya nak awak rehat.Badan ni panas sangat." Jawab lelaki itu.Tubuh Ellyssa Ardina diletakkan ke bath tub.Air panas dan air sejuk dicampur agar Ellyssa Ardina selesa.Gadis itu memberontak tapi Amar Arshad tetap memandikannya.

Sesudah memakaikan baju,Amar Arshad membaringkan Ellyssa Ardina di katil.Cool fever diambil dari laci.Memang disediakan.

"Amar.."

"Ya sayang..." jawab Amar Arshad.Matanya merenung Ellyssa Ardina.Tangan gadis itu digenggam erat.

"Saya nak.. kita beceraiii"

Amar Arshad terkedu.Sudah hilang akal ke isterinya?? Tangan itu ditolak kasar.Ellyssa Ardina menangis.

"Aku tak pernah tidur dengan perempuan lain selain kau Ellyssa.Kau yang pertama.Kenapa sampai becerai??? Aku tak sanggup!!!" Marah Amar Arshad.Tahap kesabarannya sudah pada maksimum.Baik dia keluar sebelum meletus kat sini.Mahu si isteri dipukul dalam keadaan tak sihat karang.Ellyssa Ardina baring mengiring membelakangi Amar Arshad.

Lelaki itu keluar dari bilik.Ellyssa Ardina menangis semakin kuat.Hatinya sakit!!! Sakit mengigati gambar itu!!! Jijik!!! Akhirnya dia tertidur dalam tangisan

----------- ------------------------------------------

#vote

#comment

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now