Cahaya Kasihmu(Bab18)

667 19 0
                                    

    Ellyssa Ardina termenung di dalam bilik seorang diri.Kertas tugasan rumah diberi Amar Arshad dipandang.Terpaksa terperap di dalam rumah setiap hari.Kerja???

    Amar Arshad menyuruh Ellyssa Ardina berhenti kerja.Kesian Maslina pagi tadi ketika dia menghantar surat berhenti kerja.Hendak ataupun tidak, dia terpaksa.Tiada alasan lain lagi untuk tetap bekerja di kafe.

    Pintu bilik diketuk dari luar.Ellyssa Ardina tersedar dari lamunan yang panjang.Pantas tombol pintu dipulas.

     Amar Arshad dipandang.Lelaki itu hanya memakai t shirt berwarna putih dan tracksuit hitam.Hensem....

      "Jom keluar makan.Aku laparlah." Ajak Amar Arshad.Wajahnya kelihatan serius.

      "Saya masih kenyang.Awak pergilah." Jawabnya perlahan.Tiada mood mahu makan.

      Amar Arshad mendengus marah.

     " Suka hatilah.Tapi kalau ada hantu kacau kau malam2 macam ni,aku tak tahu.Tahu2lah.Rumah ni dah lama kosong...Hmmmm..."kata Amar arshad sebelum berkira kira mahu pergi.Meremang bulu roma Ellyssa Ardina dibuatnya.Betul juga kata lelaki itu,rumah besar yang sudah lama kosong biasanya ada hantu.

     " Yelah.Tunggu sekejap.Saya siap." Jawab wanita itu perlahan sambil menarik tangan Amar Arshad masuk ke bilik.

     "Kau dah kenapa nak suruh aku masuk bilik pulak??? Ada ke makanan kat sini??" Soal Amar Arshad pelik.Punggung dilabuhkan di atas katil Ellyssa Ardina.

     " Saya takutlah.Kita kan suami isteri.Apa salahnya kan???" Ellyssa Ardina pantas menutup mulut.Hai mulut,suka sangat kau cakap melepas.

     Amar Arshad mendekati Ellyssa Ardina.

      "Betul jugak..apa salahnya kan..." wajah didekatkan dengan wanita itu. Senyuman nakal terbit di bibir lelaki itu.Ellyssa Ardina menapak ke belakang.

     " Tak ...maksud saya, Bukan suami isteri tu..Maksud saya suami isteri yang ada dalam ketakutan." Wajah Amar Arshad ditolak  jauh.Pantas dia berlari masuk ke bilik air.Tudung sarung dicapai rakus.

     " Tahu kau takut!!!!! Ajak aku lagi...padan muka!!!!!" Jerit Amar Arshad dari luar.Ellyssa Ardina hanya diam di dalam bilik air.Setelah semuanya siap.Cepat2 dia keluar dari bilik.Amar arshad dibiarkan.Tak pandang pon.

     Lelaki itu mengikut dari belakang.Pinggang Ellyssa Ardina dicuit.Wanita itu menjerit ketakutan.

     "Awak!!!!!! Kalau tidur nanti hantu kacau awak saya tak nak tolong."kata Ellyssa Ardina mahu menangis.

    "Entah2 kau yang datang cari aku.Menangis2 minta tolong."jawab Amar Arshad megejek .Perut lif dimasuki mereka berdua.

    " T.....tak s...sa...ya ta...k t...akut pon." Ellyssa Ardina cuak.Gerun juga nanti takut2 kata2nya termakan sendiri.

    " Yelah...Start esok kan kau mula bersihkan rumah aku.Hantu2 kat sini mesti mesra dengan kau."Amar Arshad cuba menakut2 kan Ellyssa Ardina.Wajah wanita itu sudah pucat.Tawa ditahan didalam hati.

     Ellyssa Ardina kehilangan kata.Speechless.

--------------------------------------------------

    Puan Sri Azizah dan Tan sri Mokhtar berehat di ruang tamu.

    "Saya tengok amar tu suka sangat buli Ellyssa.Entah apa nak jadi dengan mereka tu.Saya pon tak faham." Bebl Puan Sri Azizah.

     " Orang baru kahwin memang macam tu.Gaduh2 sayang katakan.Sama macam kita dulu juga."Tan Sri Mokhtar ketawa.Puan Sri Azizah tersenyum malu.

     " Tapi,yelah memang bergaduh.Amar tu layan Ellyssa macam acuh tak acuh jer saya  tengok.Macam masih bujang pon ada saya tengok.Risau saya dibuatnya bila Ellyssa pindah rumah dengan si Amar tu.Habis agaknya budak tu dikerjakan.Tu kalau belum bini dia mengandung.Kalau dah...mahu si Ellyssa tu penat layan dia dan anak2." Bebel Puan Sri Azizah lagi.Tan Sri Mokhtar hanya mengeleng.

    " Hidup mereka.Biarlah.Awak ni patutnya risau pasal saya yang dah tua.Mari sini urut badan saya."rungut Tan Sri Mokhtar.

    Puan Sri Azizah mencebik.Mengada tau.Bahu suaminya diurut perlahan.Tan Sri Mokhtar tersenyum.

------------------------------------------------

Ellyssa Ardina tidak boleh melelapkan mata.Teringat kata2 Amar Arshad tadi.Air mata membasahi pipi.

      Bantal dan selimut diambil kemudian keluar dari bilik.Pintu Amar Arshad diketuk.Tiada respon.Bunyi petir yang kuat menakutkan Ellyssa Ardina.

      "Awak...bukalah...."rayunya.Pintu diketuk semakin kuat.Terasa derapan kaki seseorang dari belakang.Ellyssa Ardina menangis teresak2.Pintu bilik lelaki itu diketuk sekuat mungkin

    "Ba!!!!!!!" Amar Arshad membuat muka menakutkan di hadapan Ellyssa Ardina.Wanita itu menjerit sebelum rebah.

    Amar Arshad cuak.Pipi wanita itu ditepuk beberapa kali.Tiada respon.

     Pantas tubuh itu dicempungke dalam bilik lelaki itu.Ellyssa Ardina diletakkan di atas katil.Amar Arshad pantas mengambil semangkuk air dari tandas kemudian dipercik beberapa kali ke muka wanita itu.

     Ellyssa Ardina terjaga.

     "Kau okay tak???tiba2 pengsan?? " soalnya risau.Dah rasa bersalahlah tu.

     Ellyssa Ardina memeluk tubuh Amar Arshad.Menggigil tubuhnya.Tidak dipedulikan kemarahan lelaki itu yang akan diterima.Dia takut.Air mata berjuraian di pipi.

    "Shhhh....dah...aku ada..."pujuk Amar Arshad.Air mata wanita itu diseka.Habis bajunya basah.

     "Saya nampak hantu."kata Ellyssa Ardina sebelum kembali menangis.Amar Arshad ketawa kecil.

    " Tulah...aku dah cakap hantu suka kat kau.Tetap tak percaya.Tengok.Dia dah buat kau pengsan dah."jawab Amar Arshad identiti ' hantu' itu masih dirahsiakan.Senyuman ikhlas terbit di bibirnya.

     " Saya nak tidur dengan awak.Boleh tak???" Soal Ellyssa Ardina takut2.

     " Dengan aku??" Soal Amar Arshad meminta kepastian.Wanita itu mengangguk.

     " Kau tidurlah.Tapi satu hari jer.Esok kau tidur sorang." Bantal ditepuk buat wanita itu.Ellyssa Ardina megangguk  setuju.Lengan lelaki itu ditarik ke dalam pelukan.Anar Arshad tergamam.

    "Jangan tinggalkan saya.Saya takut."rayunya.Amar Arshad tidak jadi menarik tangannya dari pelukan wanita itu.Badan turut dibaringkan bersebelahan Ellyssa Ardina.Mereka tidur tanpa gangguan.

----------------------------------------
#vote
#comment

     

    

    

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now