Cahaya Kasihmu(Bab25)

662 21 0
                                    

     Amar Arshad menikmati hidangan di restoran briyani seorang diri.Lunch katakan....(huhuhuhuhu)

     " Hai Amar," sapa seseorang di hadapan meja yang diduduki Amar Arshad.

       Lelaki itu pantas mengelap bibirnya yang sedikit comot.Wajah didongakkan.Terpaku seketika melihat Doktor Anissa di hadapannya.Wanita itu tersenyum manis.

      "Hai..Have a seat..sorrylah i tadi tengah makan..Lapar sangat.." jawab Amar Arshad sambil tersengih.

      Kerusi ditarik di hadapan Amar Arshad.Doktor Anissa ketawa kecil.

     " You masih sama macam dulu..tak berubah banyak.Anyway, you sorang je ke?? Your wife??" Soal wanita itu.Bibir masih menguntum senyum.Amar Arshad terdiam.

        "She..er..Suri rumah...I tak bagi dia kerja.So...dia just duduk rumah n uruskan everything about house."Jawab Amar Arshad jujur.Hilang selera makannya melihat doktor itu banyak soal.

        Doktor Anissa menggeleng.

      "Wow! She was very lucky to have you in her life.Dah ada perancangan nak ada anak??"kata Doktor Anissa seperti merayu.

         " Ada rezeki mungkin.Why are you asking me that question???" Soal Amar arshad pula.Doktor Anissa hanya tersenyum.

         " i dont know....Amar,sejujurnya i masih sayang kat u.I cant accept that you already married.Kita kahwin Amar,i dah tak sanggup  kehilangan u lagi.Kita ulang semula memori indah kita dulu, please Amar.." rayu Doktor Anissa sambil cuba mencapai tangan Amar Arshad tetapi pantas lelaki itu menepis.Dahi Amar Arshad berkerut seribu.Tidak percaya dengan kata2 yang didengarinya sebentar tadi.

       "Apa u merepek ni?? !!Kahwin?? I dah kahwin lah.I already told you that  we must forget our memories.So, please okay..Anissa you dah ada life you and i have my own.Respect boleh tak??!!!!" Marah Amar Arshad.Nampak sahaja baik dengan bertudung.Tapi kaki merayu jugak.

      Duit not RM50 di letak di atas kaunter sebelum berlalu pergi.Doktor Anissa menangis.Meja makan itu ditumbuk sekuat2nya.Bibir diketap menahan esak.

     'Aku cintakan kau sejak dari dulu Amar.'

-----------------------------------------------

     Amar Arshad meramas rambutnya kasar.Kereta dipandu pulang ke rumah.Serabut fikirannya masa kini.

     Sesampai di rumah,kasut dicampak sahaja di tepi pintu sebelum memasuki pintu utama rumah banglo tiga tingkat itu.Matanya melilau mencari bayang seseorabng.

     Ellyssa Ardina.

     Puas dapur, kolam renang,tempat menyuci dan seterika pakaian dicari namun tiada bayang langsung.

     "Ellyssa!!!! Kau kat mana??!!!" Jerit Amar Arshad kuat.Biar kasi dengar.

    Tangga dinaiki satu persatu sehingga ke bilik tidur Ellyssa Ardina.Amar Arshad memulas tombol pintu itu perlahan.

     Dilihat Ellyssa Ardina yang  tidur sambil memeluk tafsir al quran.Tersentuh hatinya.Perlahan langkah dituju ke arah wanita itu.

      Tafsir Al quran itu ditarik lembut.Kemudian bantal diperbetulkan sebelum perlahan2 membaringkan wanita itu sempurna.

      Gerakan Amar Arshad mengejutkan Ellyssa Ardina dari lena.

     Kerana terlalu terkejut, tubuh lelaki iti ditolak kuat sebelum berlari ke sisi katil.

      " Aduh!!!Ellyssa kau ni dah kenapa???" Soal Amar Arshad sambil mengurut punggungnya yang kebas akibat jatuh terduduk tadi.

     " Awak tu lah..kenapa tak kejut jer saya.Saya ingatkan ada orang nak buat benda tak baik kat saya.Salah awaklah." Bebel Ellyssa Ardina perlahan.Tangan lelaki itu dutarik ke atas katil.

      " Kau tidur lena sangat.Ni aku nak tanya, semua kerja dah siap ke sampai tidur bukan main sedap lagi??" Soal Amar Arshad sambil pura2 marah.Ellyssa Ardina mencebik.

      "Saya nak baca Tafsir tadi..tapi terlelap pula.Yang awak balik awal sangat ni kenapa?? Kalau nak makan...saya belum masak lagi.Awak nak makan ke??"

      Amar Arshad menggeleng.Tali leher dilonggarkan kemudian badan direbahkan di atas katil empuk Ellyssa Ardina.

      " Dah solat ke belum?? Kalau belum..solat dulu baru tidur." Ellyssa Ardina menepuk pipi Amar Arshad.

      "Dah...sebelum makan nasi briyani tadi dah solat kat surau." Jawab Amar Arshad.Mata dipejam semula.Ellyssa Ardina mengangguk.Baru sahaja ingin bagun dari katil,tangannya ditarik oleh Amar Arshad.

       " lepaslah..saya nak masak makan malam ni.."adu Ellyssa Ardina sambil cuba meleraikan tangan mereka.

     "Tidur jelah dulu...Hari ni kita makan luar..Kau masak bukannya sedap sangat pon.." jawab Amar Arshad sambil ketawa kecil.Ellyssa Ardina mencubit pinggang lelaki itu.Bukan main cakap tak sedap, nanti dia juga licinkan.Amar Arshad mengaduh sakit.
Serentak itu tubuh Ellyssa Ardina ditarik dalam pelukan.

      Wanita itu terpaku.

       "Err..awak.."

       "Shhh..." bisik Amar Arshad di telinga Ellyssa Ardina.Wanita itu terdiam.

       Badan mereka berdua menghadap siling bilik namun tangan Ellyssa Ardina masih dalam pelukan Amar Arshad.

      " Tadi ada sorang perempuan ni ajak aku kahwin.Aku nak tanya kau, aku ni handsome sangat ke sampai perempuan melamar ????" Soal Amar Arshad perlahan.Ellyssa Ardina menjongket bahu.

      " Awak memang handsome...Awak nak kahwin lain ke??" Jawab Ellyssa Ardina memandang redup siling.Air mata yang bergenang ditahan agar tidak jatuh.

      "Kau nak suruh aku kahwin lain ke???"

       Tanpa sempat ditahan,Esakan Ellyssa Ardina terlepas jua.Spontan Amar Ardhad bangun dari pembaringan.Tubuh wanita itu dipeluk kejap.

       " Saya tahu kita kahwin hanya kahwin 2 tahun tapi.. Saya juga tahu awak tak cintakan saya..Tapi tolonglah..saya belum sanggup bermadu." Pelukan Amar Arshad dibalas erat.Amar Arshad tersenyum.Dia selesa dalam dakapan gadis itu.

       "Ellyssa....aku just tanya jer...Yang kau emosi ni kenapa?? Cemburu ke??"soal Amar Arshad.Air mata Ellyssa Ardina diseka menggunakan jari.Wanita  itu menggeleng.Kepala ditoleh ke arah lain.

       "Ellyssa...look at here...Aku akan jaga kau sorang jer seumur hidup aku tau.Kita kan kawan.Dahlah tak nak nangis.Bukannya comel pon" usik Amar Arshad sambil mencuit hidung Ellyssa Ardina.

       " 2 tahun lagi..awak akan ceraikan saya..saya ta..."

       "Everything can change Ellyssa.. "potong Amar Arshad sambil menutup mulut Ellyssa Ardina.

      "Tapi awak yang cakap..." bibir Ellyssa Ardina dicium lembut.Ellyssa Ardina terpaku.Mata Amar Arshad dipandang.Jantungnya berdetak laju.

     " Takdir itu kita tak tahu Ellyssa."jawab Amar Arshad dengan senyuman.

       Lelaki itu bangun dari katil dan keluar dari bilik.Ellyssa Ardina tergamam.Bibirnya disentuh lembut.

      'Amar,kalaulah awak tahu cinta saya hanya buat awak sejak hari pertama pernikahan kita...boleh ke awak terima saya???' Air mata Ellyssa Ardina menitis keluar.Bantal ditekup ke muka.

 -------------------------------------------------
#vote
#comment
      

 

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now