Cahaya Kasihmu(Bab14)

678 25 6
                                    

Amar Arshad duduk di kerusi pejabat.Angka jam yang sudah menganjak ke 11 malam langsung tidak dipedulikan.Plan2 di atas meja disemak satu persatu.

"SERABUT!!!!" jeritnya.Rambut ditarik2.Pen biru ditangan dicampak ke atas meja.

Telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk.Nama yang tertera adalah Ellyssa Isteriku.

Punat hijau ditekan.

" Hello"

" Awak kat mana???"

" Aku masih kat office lagi ni.. Apahal kau sibuk2 tanya ni??" Soal Amar Arshad dingin.

"Erm...nak minta tolong boleh tak awak???" Tanya Ellyssa Ardina lembut.

" Apa lagi kau ni??? Tolong2 tak habis2 tolong.Hah kau nak apa??" Tanyanya.

Ellyssa Ardina mengetap bibir.Malu pula rasanya.Lama dia berdiam diri.

" Hello..hello...pengsan ke apa ni??"

" Errr...Awak saya uzur hari ni.Saya punya ehem2 tu dah habis.Awak boleh tolong belikan tak???" Soal Ellyssa Ardina malu.Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia pergi ke kedai seorang diri.Namun akibat takut, terpaksalah meminta bantuan lelaki itu.

Dahi Amar Arshad berkerut sejenak.Kemudian dia tersenyum.

"Apa ehem2 kau tu?? Manalah aq tahu menahu pasal perempuan ni."Amar Arshad ketawa kecil.

"Ala...macam pampers tulah tapi kecik sikit.Takkan tak pernah tengok kat tv.Awak ni!" Marah Ellyssa Ardina.

Amar Arshad menahan ketawa.

" Dah besar pon pakai pampers ke?? Eiii...tak malu." Ejek Amar Arshad.

Ellyssa Ardina memuncung.

" Awak ni!! Dahlah tak nak belikan takpe.Ada lagilah kat rumah.Esok saya pergi sendiri." Jawab Ellyssa Ardina lantas mematikan talian.Pad jenama Libress e di tangan dipandang.

' Tinggal satu jer.Kalau minta orang perempuan dalam rumah ni semuanya dah monopos.Kalau bocor mati aq jawabnya.' Keluhnya perlahan

Amar Arshad hanya menggeleng.Sebenarnya dia tahu apa dimaksudkan Ellyssa Ardina.Cuma ingin mengenakan.Kepalanya yang serabut itu kembali tenang.

Mejanya dikemaskan supaya nampak teratur.Briefcase dicapai sebelum mematikan lampu pejabat.

-------------------------------------------------

"Lambat Amar balik harini???" Soal Puan Sri Azizah dari ruangan sofa.Hampir terlompat Amar Arshad dibuatnya.

" ishh mama ni.Kenapa tak tido lagi??? Kan dah pukul 12 ni." Jawabnya sebelum menyalam tangan wanita tua itu.

"Mama nak tengok cerita ni.Best pulak rasanya.Papa kamu baru masuk tido.Apa kat tangan kamu tu??" Soal Puan Sri Azizah sambil melihat ke arah beg plastik kuning.Amar Arshad hanya tersengih.

"Ellyssa punya.Katanya tak cukup." Beg plastik itu pantas disorokkan.

"Pandai ke kamu memilih???" Soal Puan Sri Azizah pelik.Amar Arshad tersengih.

"Amar suruh orang kaunter pilihkan. Itu pon sorok2 takut pekerja2 amar nampak" jawab Amar Arshad malu.Nasib baik wanita penjaga kaunter itu sudi memberikan pertolongan.Kalau tidak, mahu dia pakai topeng sambil memilih sendiri.

Puan Sri Azizah ketawa.

" Isteri kamu jugak.Amar ni asyik balik lewat jer kesian mama tengok si Ellyssa tu.Pergi kerja seorang, tidur seorang, balik kerja seorang.Kamu berilah dia perhatian sikit.Macam ni..apa kata mama n papa sponser tiket ke London untuk 4 hari after your wedding.Mana tahu kot2 sangkut rezeki anak ke kan." Bebel Puan Sri Azizah.

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now