cahaya kasihmu( bab7)

814 19 0
                                    

"Maslina...emmm..kau boleh tolong aq tak" soal Ellyssa Ardina sambil membancuh kopi milik pelanggan.

"Tolong apa Ellyssa???" soal Maslina pelik.Muka kawannya nampak stress beberapa hari ini.Tak tahu pula ada masalah ke tidak.

" Kau ada kawan lelaki single tak??" Bisik Ellyssa Ardina perlahan di telinga Maslina.

" Hah!!! Kau ni biar betul..kalau ye pon kau nak boyfr..."

Pantas mulut Maslina ditekup perlahan lalu ditarik mereka berdua ke bilik rehat.

" Kau ni Mas...aq bukannya nak lama pon.1 hari dah cukup.Sekarang ni kau cakap dengan aq betul2. Kau ada kawan lelaki single tak???" Mulut Maslina dilepaskan.Pantas Maslina menggeleng.

Terduduk Ellyssa Ardina melihat gelengan.Dia buntu.Dalam beberapa jam sahaja lagi Amar Arshad akan datang ke kafe dan ingin melihatnya bersama teman lelaki yang kononnya wujud.

Maslina duduk di sebelah kawan karibnya.Bahu Ellyssa Ardina diusap perlahan.Dia perasan ada air mata mengalir dari wanita di sebelahnya.

" Kau cerita apa masalah kau.Mana tahu aq boleh tolong.Janganlah sedih macam ni." Maslina memujuk.

" Aq buntu Mas.Aq...aq tak tahu mana nak cari lelaki untuk menyamar jadi boyfriend supaya aq tak terjebak dalam perkahwinan kontrak lelaki kaya tu ." Maslina dipeluk erat.

"Perkahwinan kontrak????apa maksud kau???" Soal maslina bingung.Bahu ellyssa Ardina ditolak menghadapnya.

" Aq kena bayar balik hutang encik Amar Arshad yang selalu datang ke kafe kita tu.Dia dah tolong aq langsaikan hutang.So, aq kenalah kahwin dengan dia."Air mata diseka perlahan.

"Bila dia nak jumpa kau???" Soal Maslina.

"Dia kata dalam hari ni.Tapi aq tak tahulah."

Tiba tiba pintu bilik rehat itu dikuak dari luar.

"Ellyssa ada pelanggan nak jumpa kau.Dia kata penting." Kata Suzanna yang merupakan pelayan kafe juga.

" Jap lagi aq keluar." Jawab Ellyssa Ardina ringkas.Mukanya kembali memerah mungkin sebab menangis.

Maslina hanya diam.

"Ellyssa...stay strong." Kata Maslina sambil mengusap tangan Ellyssa Ardina lembut.Ellyssa Ardina pantas mengangguk.Muka diraup.Senyuman diukir.

----------------------------------------------------

"Alone??" Soal Amar Arshad memecah kesunyian antara mereka.

"Encik..saya tak nak kahwin dengan encik.Walaupun saya tak dapat buktikan yang saya ada boyfriend dalam masa 3 hari,saya akan cuba untuk bayar hutang tu.I promise." Jelas Ellyssa Ardina panjang lebar.

" Jadi betullah kau menipu aq.Oh, I see." Jawab Amar Arshad sambil memandang tajam mata Ellyssa Ardina.

Ellyssa Ardina memunduk.

Kotak cincin didalam poket dikeluarkan lalu diletak di hadapan wanita itu.

"Just 2 years.Think about it." Kata Amar Arshad.Senyuman sinis diukir.

Nafas Ellyssa Ardina dihela perlahan.Wajah bersih Amar Arshad dipandang.Kotak cincin ditolak ke arah Amar Arshad.

"Saya setuju kahwin dengan encik.Saya harap 2 tahun cukup untuk saya langsaikan hutang." Jawabnya terus bangun dari kerusi diduduki.Ingin berlalu meninggalkan keputusan gila dibuatnya sebentar tadi.

"Nanti dulu.Esok aq ambik kau kat kafe ni pukul 9.00 pagi.Teman aq ambik mama and papa kat airport.Bolehlah aq kenalkan bakal menantu diaorang sekali." Amar Arshad memandang sekilas wanita dihadapannya.

" Saya kan kerja." Balas Ellyssa Ardina geram.

'Dia fikir aq ni kerja goyang kaki dalam kafe ke??ajak keluar sana sini suka hati.'

" I will tell her.And i am sure she will let you go with me.Settle right???" Amar Arshad membalas sinis.Kopi Latte dihirup perlahan.

Malas mahu layan.Ellyssa Ardina terus berlalu ingin meneruskan kerja.

"Jangan lupa!!!!kau tak datang esok siap kau." Jerit Amar Arshad kuat.Semua mata tertumpu ke arah Ellyssa Ardina.

Ellyssa Ardina mendengus geram.

--------------------------------------------------------
Ellyssa Ardina dah setuju tu...maybe dalam 1 or 2 bab lagi diorang akan kahwin.Stay waiting ok.

#vote
# comment

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now