Cahaya Kasihmu(Bab 38)-Akhir

1K 14 3
                                    

"Selamat ulang perkahwinan yang ke 5 tahun papa!!!!!" Ucap Ellyssa Ardina,Amir Erdrus dan Aliah Erdina serentak sebaik sahaja Amar Arshad memasuki rumah.Lelaki itu ketawa gembira.Dipeluk erat mereka semua.Kek Secret Recipe yang dinyalakan lilin ditiup perlahan

"Thanks Sayang papa semua ni.." Amar Arshad mencium pipi anak anaknya.

"Mama takde ke?" Soal Ellyssa Ardina sebaik Amar Arshad mencium anak2 mereka.Amar Arshad menggeleng perlahan.

"Buat apa nak cium mama?? Mama tiap2 malam dapat kiss.Ye kan sayang?" Soal Amar Arshad kepada Amir dan Aliah.Mereka berdua hanya mengangguk.

"Hisshh...papa ni..kedekutlah.Esok..mama keluar dari rumah." kata Ellyssa Ardina pura pura merajuk.Amar Arshad cepat memeluk isteri kesayangannya.

"Alaa..sayangni..Janganlah.." bisik Amar Arshad di telinga Ellyssa Ardina.Anak2 mereka sudah ketawa mengekek gekek.Ellyssa Ardina tersenyum manis.Satu kucupan dihadiahkan di pipi suaminya

"Happy anniversary abang.." kata Ellyssa Ardina.Amar Arshad tersenyum.Sungguh bahagia selama 5 tahun memikul tanggungjawab sebagai suami.Terlalu bahagia.

Ting!!!!Tong!!!

"Assalammualaikum!!!" Sapa seseorang di luar pagar.Amar Arshad memandang isterinya.

"Anissa dengan Luqman.Dia nak hantar kad jemputan.Abang pergilah buka pintu.Ellyssa pakai tudung jap." Ellyssa Ardina sempat mengenyitkan mata ke arah Amar Arshad.Lelaki itu ketawa kecil.

"Nakal mama ni tau!" Jerit Amar Arshad.

--------------------------------------------

"Lambatnya nak kahwin bro.Dah 5 tahun tahu tak?? Mak si Anissa tak marah ke?" Amar Arshad duduk berbual bersama Luqman manakala Anissa membantu Ellyssa Ardina memasak di dapur.

"Aku nak kitaorang betul2 kenal baru kahwin.Lagipun bagilah Anissa jadi doktor dulu.Kau tahulah.Awal2 jadi doktor mesti busy.Sekarang...dah stabil.Apa lagi?? Kita halal kan lahh" luqman menjawab.Air kopi dihirup.

"Sedap air kopi ni..Pandai bini kau buat...Haihh..tak sabar nak kahwin ni.Kemain air tangan orang dah kahwin ni.Bahagia jerr"Luqman menjeling Amar Arshad.

"Bini aku jer yang reti buat air kopi sesedap ni.Kalau dah kahwin,suruh si Anissa ambik petua kat bini aku." Amar Arshad menjawab.Setelah itu,mereka berdua ketawa.

"Amboi2..sedap mengenakan orang ye...Dah jom2 makan.Sedap harini Ellyssa masak tau." Pelawa Ellyssa Ardina.Luqman dan Amar Arshad mengangguk.

"Jom!!!!"

------------------------------------------------

"Akhirnya Anissa dengan Luqman dah nak kahwin kan??" Ellyssa Ardina memeluk erat suaminya di balkoni rumah.

"Ye sayang...5 tahun diaorang bercinta.Tapi still tak boleh challenge kita.Kita kahwin tak sampai 1 tahun kenal." Jawab Amar Arshad.Ubun2 isterinya dicium lembut.

"Abang..abang..tahu tak?? Disebabkan tak sampai 1 tahun kenal tulah..Rumahtangga kita hampir musnah.Abang asyik nak marah jer dulu..Bukan sayang Ellyssa pon.." Ellyssa berjalan memasuki bilik.Amar Arshad hanya membuntuti isterinya.

"Hishh sayang ni..Tukan dulu..sekarang,semuanya dah selesai.Dah ada 2 orang anak dah.Jangan diungkit kisah lalu sayang.."Amar Arshad mendakap erat isterinya yang sudah baring mengiring menghadap sliding door balkoni yang sudah ditutup oleh suaminya.

"Tapi..saya takut.." Ellyssa Ardina menyeka air matanya.Amar Arshad menarik Ellyssa Ardina menghadapnya.

"Jangan tinggalkan saya.." Ellyssa Ardina menangis tersedu2 di dalam dakapan Amar Arshad.

"Tak..abang takkan pernah tinggalkan sayang dan anak2.Thats my promise.Insyaallah." Jawab Amar Arshad sambil menyeka air mata isterinya

"Thank you papa." Ellyssa Ardina meletak tangan suaminya di atas perutnya yang kempis.Amar Arshad mengerutkan dahi.

"Im pregnant.."

-Tamat-

#vote
#comment

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now