Cahaya Kasihmu (Bab10)

761 21 4
                                    


    "Balik aku kata!" Amar Arshad menarik tangan Ellyssa Ardina yang masih duduk di antara dua pusara.

     " Apa masalah awak ni??? Semalam awak juga yang benarkan saya pergi kubur ibu dan ayah.Tapi harini sibuk ajak saya balik.Sakit tau tak!! Lepaslah!!!" Ellyssa Ardina berdiri sambil meronta  ingin melepaskan diri dari Amar Arshad.

      "Memang aku bagi kau pergi kubur.Tapi dah 2 jam kau kat sini.Penat tahu tak aku tunggu." Jawab Amar Arshad geram sambil menarik lengan Ellyssa Ardina hingga ke kereta.

      Ellyssa Ardina menghela nafas panjang.Pagi tadi sibuk nak pergi..sekarang marah pula.

     " Awak ni kan...Memang saja nak sakitkan hati saya tau tak.Depan2 tanah perkuburan juga awak nak cari gaduh.Awak tak tahu malu ke ??!!" Ellyssa Ardina melepaskan amarah di tepi pintu kereta.

    Amar Arshad terkedu.Pertama kali wanita di hadapannya dilihat betul2 marah.

     " Aku just nak suruh kau balik.Itu pun susah ke???" Soal Amar Arshad perlahan.Dia tahu dia salah

    "Saya nak balik rumah  saya sekejap.Ambil barang.Awak baliklah dulu." Kata Ellyssa Ardina terus berlalu dari situ.Jalan kaki??? Dia dah biasa.
 
    "Aku nak jawab apa dengan mama kalau dia tanya??? Kau ni memanglah suka sangat buat keputusan sendiri. Tak pernah fikir pasal aku.Aku ni suami kau!! " Jerit Amar Arshad yang melihat Ellyssa Ardina yang semakin menjauh.

   Langkah Ellyssa Ardina terhenti .Ya dia tahu dia sudah menjadi isteri lelaki itu.Belum sampai seminggu lagi.Tapi, dia perlukan masa untuk menenangkan diri dengan sikap Amar Arshad yang kadang kala menyakitkan hati .

     Ellyssa Ardina berjalan semula ke arah Amar Arshad dengan muka masam.

    " Kau ni kan kalau patuh kat aku kan senang. Tak payah susah2 aku kena marah, tengking , benci kau macam sekarang ni . Walaupun kau benci aq  sangat ke..kau kena ingat aq ni suami kau.Syurga kau tu bawah tapak kaki aku ni." Wajah Ellyssa Ardina ditenung.Wanita itu hanya mendiamkan diri mungkin terkesan dengan kata katanya.

   " Hantar saya balik rumah saya." Jawabnya lalu masuk ke dalam kereta Audi milik Amar Arshad.

   Amar Arshad menjongketkan kening.

   " Rumah kau kat mana???"  Amar Arshad bertanya.Ellyssa Ardina hanya mendiamkan diri.

    ' Hina sangat ke perempuan macam aku ni???'

    "Hoi!!! Aku tanya kau termenung.Boleh jadi gila kalau cakap manusia macam kau ni tau." Tengking Amar Arshad geram.Wanita di sebelahnya dilihat masih diam.

   'Kenapa dia kahwin dengan aku?? Nak buat aq menderita ke???'

     Ellyssa Ardina masih termenung.Amar Arshad disebelahnya tidak dipedulikan.Banya
k soalan masih berlegar di fikiran.

    Amar Arshad mendengus kasar.Bahu wanita disebelahnya ditolak kuat.Tersentak Ellyssa Ardina dibuatnya.

     " Awak ni kenapa??" Soal Ellyssa Ardina berkerut.Bahunya diusap perlahan

    "Rumah kau kat mana??? Dah tiga kali aq ulang still tak jawab2" marah Amar Arshad.
  
     " Dekat Jalan..."

     Belum sempat ellyssa Ardina meneruskan bicara , telefon Amar Arshad berbunyi menandakan ada panggilan.

    "Hello mama..."

    " Amar kat mana??? Kawan2 mama yang tak dapat datang semalam semuanya tunggu Ellyssa tau.Diaorang teringin nak tengok  menantu mama.Balik cepat ye sayang."

    " Tapi mama...majlis resepsi kan lagi 1 minggu...Diaorang boleh tunggu kan.." Amar Arshad menjeling Ellyssa Ardina yang masih memandang perkuburan islam di hadapan kereta miliknya.Wanita itu kembali termenung.

    "Ala Amar...balik jelah..Kamu berdua pergi kubur je kan?? Kesian mereka ni.Dahlah Amar, mama busy layan kawan2 mama ni.Bye.Jangan lupa balik awal." Jawan Puan Sri Azizah setelah itu mematikan talian

     " Kita balik dulu.Kawan mama nak jumpa.Nanti malam aku hantar kau ambil barang." Amar Arshad memulakan pemanduan.

    Ellyssa Ardina mengangguk.Badannya dipusing ke kiri tingkap.

    Kata2 Amar Arshad tadi cukup membuat hatinya terluka.Air mata mengalir diseka.Tidak mahu lelaki itu perasan sama sekali.

---------------------------------------------------------
  
    " Kau layan kawan mama tu.Buktikan kat diaorang kita ni pasangan bahagia.Faham tak??" Soal Amar Arshad membisik di telinga Ellyssa Ardina.Elyssa Ardina mengangguk

     "Sudah sudahlah Amar...Bini kamu kat sini jer.Kami tahu jaga.Kamu pergilah kat papa sana." Kata Puan Sri Azizah seraya ketawa.Beberapa orang wanita yang duduk di sofa turut ketawa.

     Amar Arshad tersengih.

    " Bukan apa mama...Ellyssa ni nanti lupa kat Amar pulak.Baru 2 hari kahwin takut dah tersisih pulak.Oklah mama,aunty...Amar pergi luar jumpa papa dengan uncle lain." Senyuman diukir.Ingin memantapkan lakonan lah tu.

     Amar Arshad dan Ellyssa Ardina berpecah dua.Sibuk melayan kawan2 Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Azizah.

      Sesekali Amar Arshad mengerling ke arah Ellyssa Ardina.Wanita itu sibuk berbual. Amar Arshad turut tersenyum melihat tawa Ellyssa Ardina.

    ' Maafkan aku Ellyssa...aku tak mampu mencintai kau.' Desis hati Amar Arshad

--------------------------
Baru dua hari kahwin.Macam2 Amar Arshad kenakan Ellyssa Ardina. Sampai menangis pulak tu.

#vote
# comment

     

      

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now