Cahaya Kasihmu(Bab19)

646 19 0
                                    

    Ellyssa Ardina tersedar apabila tangan seseorang melingkari pinggangnya.Merona merah mukanya apabila wajah Amar Arshad hanya 1 inci dari wajahnya.Wajah lelaki itu nampak polos sekali.

     Ellyssa Ardina cuba melepaskan pelukan Amar Arshad tetapi tidak berhasil.Pinggangnya seperti dikunci.

     "Awak..." bisiknya perlahan di telinga lelaki itu.Amar Arshad masih berdengkur halus.

     " awak...." kejutnya lagi sambil menepuk bahu Amar Arshad perlahan.

    "Hmmm..." Amar Arshad mengeratkan lagi pelukan.Mamai.

    " Bangunlah...sakit pinggang saya." Kata Ellyssa Ardina.Tangan Amar Arshad ditarik.

     Terpisat2 Amar Arshad bangun.Cahaya mentari yang terang dari arah tingkap menyilaukan pemandangan.

    Lelaki itu menggosok matanya.Sebelum mencerlung memandang Ellyssa Ardina.Tubuh wanita itu ditolak hingga hampir jatuh.

     " Kau sengaja eh goda aku semalam???? Sibuk peluk2 aku bagai.Kau ingat aku tergoda?? Jangan haraplah!!!!!" Marahnya pantas berdiri dari katil.Wajah Ellyssa Ardina  dipandang tajam.Wanita itu terkejut.

     " Awak yang peluk saya..bukan saya peluk awak...Awak goda saya dengan cerita hantu mengarut awak tu.Siapa suruh awak takutkan saya??siapa???" Soal Ellyssa Ardina membalas pandangan dengan Amar Arshad.Katil berada di tengah2 antara mereka.

     " Kau goda aku.Tak nak mengaku.Datang malam2 peluk lengan aku.Siapa salah sekarang ni???siapa??" Amar Arshad masih tidak mahu kalah.Ellyssa Ardina mengetap bibir.Memang dia salah kerana mengetuk pintu bilik lelaki itu.Memang!!!! Tetapi dia takut!!!!

    " penatlah berdebat dengan awak ni!!!! Subuh saya pon terlepas." Jawab Ellyssa Ardina terus berlalu keluar.Dibiarkan mulut Amar Arshad membebel.

     Amar Arshad menutup rapat pintu bilik.Sebelum ketawa sambil berguling2 di atas katil.

     Sebenarnya semalam dia hanya ingin minum air kerana kehausan.Tiba2 terlihat Ellyssa Ardina mengigil ketakutan.Sengaja membuat wanita itu terkejut hingga pengsan.

     Amar Arshad ketawa sepuas puasnya sebelum masuk ke bilik air.

--------------------------------------------------------

  Ellyssa Ardina menyediakan sarapan roti  kaya dan air kopi panas.Memandangkan belum belanja barang keperluan dapur.Wajah dimuncungkan.Geram.

    Amar Arshad yang baru keluar dari lif menapak ke meja makan.Dahinya kerut seribu.

    "Ni aje???" Soal lelaki itu sebelum melabuhkan punggung di kerusi makan.Ellyssa Ardina mengangguk sebelum pergi ke sinki.Ingin mencuci piring kotor yang telah digunakan.Lelaki itu tidak dilayan

    Amar Arshad memerhati Ellyssa Ardina sebelum mengeluarkan beberapa keping not RM100 dari beg dompet.

    " Ellyssa...kau pergilah beli barang dapur.Tak selera aku nak makan roti ni tengok muka masam kau tu.Dahlah aku pergi dulu."kepingan not itu dtinggalkan di atas meja makan sebelum berlalu ke pintu utama.Ellyssa Ardina tergamam.

    ' Ya Allah..bersalahnya aku sebab bermasam muka dengan suami.'muka diraup perlahan.Pantas dia menuju ke pintu utama.Dilihat kereta Amar Arshad sudah keluar dari garaj.

     Ellyssa Ardina mengeluh.

     Duit yang berjumlah RM500 itu dipandang.

    " awak, saya minta maaf." Ucapnya kesal.

    Piring berisi roti kaya itu dibuang ke dalam tong sampah.Air kopi turut dibuang.

--------------------------------------------
Pasaraya GIANT itu dipandang.Sampai juga dengan bantuan teksi tadi.

    Troli disorong masuk ke dalam.Melilau matanya mencari barang keperluan dapur yang ingin dicari.

     Ellyssa Ardina terpandang bahan2 membuat kek sebelum bibirnya mengukir senyum.Tangannya pantas mencapai barang keperluan membuat kek sebelum ke ruangan seterusnya.

Bersambung...

# vote
#comment
    

     

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now