Cahaya Kasihmu ( Bab21)

667 19 0
                                    

    Amar Arshad tersedar dari lena.Buku cerita bermotivasi yang berada di atas dada diletakkan di meja lampu tidur.Jam di dinding dikerling.Pukul 10 malam.Perutnya minta diisi.Dari tengahari tadi dia tertidur bersama Ellyssa Ardina.

      Dahi Ellyssa Ardina disentuh.Masih panas.Belum kebah dan bertambah panas.Amar Arshad menggaru kepala.

     " Ellyssa, kita pergi hospital.Kau demam panas ni.Jom"  ajak Amar Arshad sambil mengoyangkan bahu Ellyssa Ardina.

     Wanita itu menggeleng.Sudah terjaga namun matanya tidak dapat dibuka.Kepalanya rasa berat.

     " Kepala saya pening.Saya lapar." Kata Ellyssa Ardina seperti mahu menangis.Masakan tidak, dari pagi dia belum semlat makan apa2.Hendak mengejutkan Amar Arshad, lelaki itu sedang tidur

      Amar Arshad bersimpati.

       "Kita pergi hospital eh.Badan kau panas sangat.Kat sana aku belikan kau makanan."pujuk Amar Arshad lagi.Ellyssa Ardina tetap menggeleng.

      "Tak nak.Saya nak makan panadol.Esok baiklah." Jawabnya lemah.

      Amar Arshad bangun dari katil dengan muka marah.

     " Habistu kalau tak baik?? Siapa nak jaga kau??? Dah..tak payah nak mengada..Selagi kau tak pergi hospital, jangan harap aku layan lalar kau.Dah jom pergi." Air cond bilik dimatikan kemudian mengambil dompet dan handphone di meja solek bilik Ellyssa Ardina.Tubuh wanita iyu dicempung ke kereta.

     Ellyssa Ardina hanya mendiamkan diri.Tubuhnya rasa lemah.Mungkin kerana seharian tidur ditambah pula dengan suhu badan yang panas.

     Amar Arshad memecut laju keretanya ke Hospital Columbia Asia.Sambil itu mulutnya terkumat kamit memarahi Ellyssa Ardina.Macam mana boleh demam?? Kau main hujan ke?? Entah wanita itu dengar atau tidak.

     Akhirnya Ellyssa Ardina tertidur mendengar bebelan Amar arshad.

----------------------------------------------------
 
     " Ellyssa...bangun sayang,mama datang ni..." Puan Sri Azizah membisik di telinga Ellyssa Ardina.Terpisat2 Ellyssa Ardina bangun.

      Matanya memerhati segenap wad bilik.Amar Arshad duduk di sofa disediakan.Mukanya serius.Bawah matanya hitam.Tidak cukup tidur kerana menjaganya?? Tidak mungkin.

      "Amar telefon tadi, dia kata Ellyssa demam.Ni mama ada bawak sup ayam.Nak makan tak?? Tadi mama dan Amar dah makan." Soal Puan Sri Azizah ceria.Bekas makanan dikeluarkan dari beg plastik

     " papa mana??" Soal Ellyssa Ardina.Bekas makanan itu disambut.Aroma makanan itu betul2 memikat selera.

    "Papa kat rumah.Sekejap lagi dia datang.Mengantuk katanya." Jawab Puan Sri Azizah.Ellyssa Ardina senyum.Sup Ayam itu dihirup.

    " awak tak nak rasa??"matanya beralih pula ke Amar Arshad yang seperti ingin tidur.

     Lelaki itu pantas menggeleng.Dia berjalan ke arah katil Ellyssa Ardina.

     " makanlah...saya keluar sekejap." Jawabnya sebelum keluar dari wad itu.

    Hanya tinggal Ellyssa Ardina dan Puan Sri Azizah.

     " Baru beberapa hari kamu duduk berdua dengan Amar, macam2 berlaku.Lebih baik kamu ajak Amar tinggal di rumah mama dan papa." Pipi Ellyssa Ardina  dielus.
 
    "Mama...Kami berdua nak hidup berdikari.Biarlah dulu..Mungkin Ellyssamasih tak biasa kat rumah besar sorang2 masa Amar kerja." Tangan wanita itu diusap.Kuah sup itu dimakan dengan roti dibawa Puan Sri Azizah.Licin.

      Ellyssa Ardina teringat sesuatu.

     "Ma..betul ke Amar tak makan chocolate???" Soal Ellyssa Ardina.Puan Sri Azizah berkerut.

    "Amar tu hantu chocolate.Kamu tak tahu ke?? Dulu..masa kecil2 Amar selalu bedal kek chocolate yang mama buat.Itulah favourite dia Kenapa Ellyssa tanya??"

     Ellyssa Ardina menggeleng.

     Pintu wad dibuka dari luar Amar Arshad dengan dua batang aiskrim cornetto.Demamw bedal aiskrim.Elok sangat.

      "Ellyssa..mama balik dululah.Ada masa mama datang rumah.Bye sayang..take a rest..Amar, jaga isteri kamu baik2"kata Puan Sri Azizah.pasangan suami istetri itu menyalami tangannya.

        Amar Arshad menghantar Puan Sri Azizah ke luar blok hospital.Ellyssa Ardina mengukir senyum.

        ' pandai lelaki tu tipu aku.Kata tak suka makan kek chocolate.Takpe..kita tengok siapa habiskan kek kesukaan kau tu.' Katanya di dalam hati.Badan direbahkan ke katil.Ingin tidur.Balik tumah nanti takde chance dah.

#vote
#commment

     

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now