Cahaya Kasihmu(Bab12)

686 24 1
                                    

Tasha duduk berhadapan dengan Amar Arshad.Wajah lelaki itu ditenung merayu simpati.

" Sayang, i tau i salah...but please give me another chance.I tak tau apa masalah you sampai kita putus.You sayangkan I kan???" Lengan Amar Arshad ditarik rapat ke arahnya

"Lepaslah!!!!" Amar Arshad cuba melepaskan pegangan namun tidak berjaya.

" I DAH KAHWIN!!!! Puas hati u?? You jangan ingat I ni bodoh tau Tasha.You pura2 sayangkan I n then you curang dengan I.Perempuam jenis apa u ni hah?? Perempuan jenis apa!!!!!!!!" Jerkah Amar Arshad seraya menolak tubuh Tasha ke tepi.Tasha mengadu sakit.

" Apa you cakap ni Amar???I curang?? Nonsenselah..You kenal I dari kita belajar kat United Kingdom lagi kan??? Bila masa I curang?? YOU TU CURANG DENGAN I!!!! YOU!!!" Pipi Amar Arshad dilempang kuat.

Terasa pijar sebentar.Sedap?? Sangat...

"Zila...call our security guard!!!! Halau perempuan gila ni !!!" Jerit Amar Arshad.Semua pekerja Amar Arshad diam membisu.Hanya mendengar pergaduhan bos mereka bersama wanita seksi itu.

" B....baik saya panggil sekarang." Bibir PA Amar Arshad terketar2 membalas.

" Kalau u nak tahu??? Perempuan yang jadi bini i sekarang ni lebih baik dari u tau. I hope sangat u datang wedding i nanti." Kata Amar Arshad sinis sebelum melihat Tasha dibawa keluar oleh 2 orang pengawal.Pipinya yang terasa kebas diusap.

" Perempuan tak guna!"

---------------------------------------------

Ellyssa Ardina melepaskan penat setelah seharian bekerja.Jam di dinding dikerling.Pukul 6.30 petang.

Dia harus mengemaskan pakaian yang ingin dibawa ke rumah keluarga suaminya.

" Mengantuknya" sagap( kata lain menguap) Ellyssa Ardina.Sofa lama itu direbahkan badan untuk seketika tidak sedar sudah lena.

4 jam kemudian...

" Ya Allah!!!!" Kelam kabut Ellyssa Ardina bangun dari pembaringan.Dilihat di dalam rumah itu gelap tanpa diterangi apa.Pantas jam dikerling.

" 10.30!!!! Mati aku kali ni!!!!!" Telefon dicapai lalu di dail nombor Pak Mail jirannya yang juga merupakan pemandu teksi.

Pakaian yang ingin dibawa tidak difikirkan lagi.Yang penting, amarah Amar Arshad tidak meletus.Boleh ke????

Kelibat teksi dihadapan rumah dipandang.Pintu rumah dikunci sebelum berlari ke arah tempat penumpang.Lagi cepat lagi bagus.

" Tolong cepat sikit Pak Mail." Kata Ellyssa Ardina resah.

-------------------------------------------------------

Amar Arshad mundar mandir di dalam bilik.

" Nak telefon ke tak nak.Nak telefon ke tak nak.Nak telefon ke tak nak." Sekejap2 dia pandang ke arah telefon bimbit di atas meja kerja.

Setelah penat berdiri, dia duduk di atas katil.Mendengus geram.

" Assalammualaikum" Ellyssa Ardina memberi salam sambil mengetuk pintu bilik.Rumah itu sudah sunyi.Mungkin sudah lewat malam.Nasib Mak Jah ada untuk membuka pintu kalau tidak...tidak tahulah nasibnya.

Amar Arshad pantas membuka pintu bilik.Terpancul wajah Ellyssa Ardina.Wanita itu memberi senyuman tawar.Tanpa membuang masa...Amar arshad terus menarik Ellyssa Ardina ke dalam bilik yang diterangi lampu tidur.

" Kau pergi mana hah???? Kau tahu tak dah pukul berapa ni.Tahu tak??" Soal Amar Arshad sambil menolak tubuh Ellyssa Ardina ke sofa.

" S...s...saya tertidur kat rumah t..t..adi...Sebabtu saya balik lambat sorry eh awak.." Lelaki itu sedang merenungnya tajam.Gerun juga.

" Oh..Kau balik lambat kau kata pergi rumahlah itulah inilah.Habistu aku kat sini macam apa??? Tunggul??? Pokok?? Suka hati kau jer minta maaf macam tu.Hari ni aku denda kau tido dalam tandas.Aku tak kira kau nak mati kejung ke mati katak ke whatever ke asalkan kau kena tido dalam tandas." Seraya itu, tangan Ellyssa Ardina ditolak ke dalam tandas kemudiannya dikunci dari luar.

Ellyssa Ardina menjerit.Lampu bilik air sudah dipadamkan.Menggigil badannya kerana ketakutan.Tidak pernah dia berada di tempat gelapa seorang diri.Air mata mengalir laju

"Awak....janganlah buat saya macam ni....saya takut...Awak bukalah...s...saya janji tak buat lagi...bukalah...." rayu Ellyssa Ardina teresak2.Amar Arshad yang berada di luar hanya tersenyum bahagia.Majalah lelaki dibaca tanpa mempedulikan rayuan Ellyssa Ardina.

" Kau duduk situ sampai esok pagi.Manatahu ada ular ,lipas, lipan yang sudi jadi kawan kau malam ni.Jangan risaulah nak tido mana2 bahagian kat situ.Tido jer...Paling besar pon Ular 'pelindung' kau." Amar Arshad berkata sambil membetulkan selimut.Majalah diselak bebberapa kali sebelum dia menutup lampu tidur.

" Awak!!!!!!" Ellyssa Ardina masih mengetuk pintu bilik air tanda merayu.

" Selamat Malam sayang...." kata Amar Arshad sebelum melelapkan mata.Telinga ditutup dengan earphone yang tidak dipasang lagu.

Ellyssa Ardina berhenti mengetuk.Dirinya terduduk di tepi bathtub.Lutut dipeluk erat.Esakan yang tidak berhenti dibiarkan.Lelaki tak guna!!!

" Awak...saya minta maaf" kata Ellyssa Ardina perlahan.Akhirnya dia terlelap dengan air mata.

Keesokan harinya....

Amar Arshad menguap.Tangannya dibuka seluasnya.Dia teringat akan sesuatu.Pantas kakinya berjalan ke arah bilik air yang tidak jauh dari katil.Ditekup telinga ke pintu.Senyap.

" Ellyssa...kau hidup lagi ke tak???"

Senyap.

Pintu bilik air dibuka.Dilihat tubuh Ellyssa Ardina menggigil menahan kesejukan.

" Ellyssa...bangun.."katanya sambil menampar2 pipi wanita itu.

" Ermm..." terpisat2 mata Ellyssa Ardina dibuka.Hampir melompat melihat Amar Arshad yang betul2 du hadapannya.Dicubit pipinya sendiri.

" Saya tak kena makan dengan ular ke??" Soal Ellyssa Ardina ' blur'.Amar Arshad ketawa kecil.Dahi wanita itu ditunjal perlahan.

" Sampai hati awak kan???" Ellyssa Ardina bangun.Terasa lenguh pula pinggangnya duduk terlalu lama.

" Aku nak kita pindah selepas kahwin.Kau ikut cakap aku eh." Tangan Ellyssa Ardina dipegang.

" Apa awak ni?? Tetiba jee.." berkerut2 dahi Ellyssa Ardina.Amar Arshad melepaskan tangannya kasar.

" Tak bagi sudah.Kau duduk jer dalam tandas sampai ada insan baik hati tolong kau.Aku nak breakfast.Dah bye." Jawab Amar Arshad sambil cuba menutup kembali pintu bilik air.

" okay2 saya minta maaf." Kata Ellyssa Ardina cuba menahan pintu dari ditutup.

Amar Arshad tersenyum.

" Good..."

Cahaya KasihmuWhere stories live. Discover now