Azim P.O.V
'Siapa pulak lah yang memekak mengganggu dekat stor petang - petang macam ni!! Aku nak tidur pun tak senanglah!! bengang aku.
Aku terus mengintai dari celah celah timbunan kayu bilik stor belakang sekolah. Aku lihat pergaduhan antara budak lelaki dan budak perempuan.
'Adus, couple lain gaduh jugak, tak de pulak yang terjerit - jerit macam ni, dekat stor sekolah lagi. Mengacau aku nak membuta aje. Eergghh'... Aku terus memerhati situasi yang berlaku di sini. Tiba - tiba, budak perempuan tersebut menangis dan dikurung di dalam stor ini setelah dibaling katak yang agak besar dan cicak yang sungguh gemuk.
Cop! Dikurung dalam stor? Maksudnya aku pun terkurung juga!!! Arghhh!! Tapi, budak perempuan tu tengah menangis, baik aku tunggu sampai dia okay sikit.
15 minit berlalu..
Bosannya tengok minah ni nangis, dah 15 minit dah. Tapi, tangisannya makin berkurangan. Siap berdoa lagi, aku terus menghampirinya.
"Dah habis nangis? Dah habis takut? Dah habis doa?" Soalku padanya dan dia kelihatan terkejut lalu pengsan.. Ouh no!!!!
Qaqa P.O.V
'Adeh, kat mana aku ni.. peningnya! tempat ni berhabuk gila! Apa yang jadi tadi??!!!' Monologku sambil memikirkan situasi ini. Tiba - tiba.. ada seorang lelaki menegurku.
"Weyh! Kau okay idok??" Ujar lelaki tersebut.
Aku terpandang dia dan dia sedang merenung aku. Oh no!! Katakan ini mimpi!!! Aku rasa ingin pitam..
Melihat aku yang ingin pitam semula, dia menjerit. "Weyh! Tak yah lah pengsan lagi!!!! Aku penatlah tunggu kau bangun!!!" Teriaknya kepadaku.
Aku terus tersedar yang ini sememangnya realiti!!! Aku di dalam bilik stor bengkel belakang sekolah terkurung bersama crush aku, Nadzim Azim Lee la!!! Aku tak tahu ini semua bala ke rahmat untuk aku sebab terkunci dalam bilik ni dengan dia. Aku rasa macam nak berterima kasih pula dekat si Firdaus tingtong sebab kurung aku dan memberi peluang untuk aku meluangkan masa bersama Azim yang terkunci di dalam bilik stor ni, hehehehe.
"Awak buat apa kat sini? Blok nie bukan stor untuk bengkel ke?" Soalku padanya. Suara kene ayu beb! Hahaha..
"Kau ni betul mengganggulah.. untuk pengetahuan kau cik whatever, ini port tidur aku waktu petang sebab aku malas balik rumah awal. Ada faham?? Balasnya kepadaku dengan nada sinis.
"Cik whatever? Weh! Nama aku Qaqa lah! Aku sekelas dengan kau dekat tiga tahun kot. Takkan kau tak cam aku.." ujarku seperti berjauh hati dengannya.
"Ouh, sekelas ek? I'm so sorry and I'm not interested to remember a girl like you because it's not important to me. Go to hell to what happen around me, because it's nothing. Nothing for me. Zero." Ujarnya dalam nada angkuh.
"Kau sebenarnya ada masalah ek? Aku tengok kau macam tak pedulikan orang lain je. Kau macam dalam dunia kau sendiri dan tak pedulikan orang lain. Aku tau kau baik, nak jadi kawan aku tak? Mana tau aku boleh tolong kau." Aku cuba memujuknya.
"Tak payah nak buat baik depan aku. Manusia semua sama je! Hipokrit! Argghh!!! Buat semak otak aku je. Buat apa kawan dengan kau? Kawan tu semuanya sama, lelaki perempuan sama je, suka ambil kesempatan, bermuka - muka, semua kawan tu annoying kau tau tak??!!!" Jeritnya padaku. Asal mamat ni, aku nak jadi kawan dia je, itupun sombong sangat."Maaf sebab 'terover' sampai nak jadi kawan bagai. Wrong time, silap aku jugak." Aku memohon maaf tapi dalam hati, sedih gila wei sebab lelaki yang kita suka jerit dan herdik dekat kita.
Setelah 30 minit berlalu..
'Haish, minah ni sentap lah pulak. Rasa bersalah lah pulak jerit kat dia tadi, niat dia kan baik sebab nak jadi kawan aku. Aku dah la memang x de kawan melainkan si Rasheed tu'. Monolog Azim sambil menjeling Qaqa di sisinya.
"Ok, look. Aku minta maaf sebab jerit dekat kau tadi. Jangan ambil hati tau. Aku sebenarnya fobia nak ada kawan. Sebab dulu aku ada kawan, tapi dia orang semua tu nak duit aku je, dan ambil kesempatan dekat aku. Lepas tu aku tak suka kawan dengan perempuan sebab bagi aku kau orang ni menyusahkan je. Menyemak pulak tu, gedik lagi. Lagipun mama aku je yang aku rasa okay dan baik. Lagipun Rasheed je kawan yang setia merangkap sepupu aku yang paling baik dan rapat dengan aku. Betul kau nak jadi kawan aku? Kalau kau sudi, aku sudi jadi kawan kau." luah Azim kepadaku untuk membetulkan keadaan dan menanyakan sesuatu yang berharga untuk aku lebih mengenalinya dengan lebih dekat.
Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. "Tadi kata yang kawan ni hipokritlah, ambil kesempatanlah, semuanya samalah. Sekarang kau minta maaf dan cakap sudi jadi kawan aku pula? Kau ni kelakarlah!" balasku sinis.
"Ok, listen. I'm deadly serious to be your friend and i'm sorry, kay?" Suaranya lembut bagai memujukku.
"Asal tetiba je nie?" Soalku sambil menunjukkan wajah pelik ke arahnya.
"Entah. Aku rasa macam selesa je dengan kau. Kau nak jadi kawan aku tak?" Ujarnya dengan muka penuh pengharapan.
Aku memutuskan untuk menjadi kawannya setelah melihat kesungguhan di wajahnya. "Okay, kita jadi kawan. Sekarang ni, macam mana nak keluar dari sini? Dah nak senja dowh, kang bapak aku bising." Ujarku padanya. Dia kelihatan tenang, aku hanya menunggu reaksi dan tindakan yang akan dilakukannya selepas ini.
Dia bergerak mengambil alatan lama di kawasan tempat tidur petangnya. Alat besi yang sudah kelihatan berkarat itu diseret dan dihentak dengan kuat beberapa kali ke arah pintu dan akhirnya pintu itu terbuka. Aku lihat dia mencampak alat besi tersebut di tepi pintu sebelum melangkah keluar bersamaku. Mataku sempat menangkap bangkai katak yang besar ditinggalkan bersamaku sebentar tadi sudah penyek. Baruku teringat selepas bangun dari pengsan, katak itu sudah tiada. '
'Mesti Azim yang bunuh katak ni tadi. Sayang juga dia dekat aku. Perasannya aku ni.' Kataku di dalam hati sambil kepalaku menggeleng kecil.
"Asal kau menggeleng tetibe ni?" Soalnya kepadaku dengan muka peliknya. Aku hanya mampu tersenyum dan memberikan isyarat tangan yang bermaksud tiada apa yang difikirkan. Aku dan dia pulang bersama - sama.
Akhirnya si Nadzim Azim Lee bin Iman Nadim Lee merangkap kawan baru aku pulang bersama dan biarpun Firdaus akan mengganggu aku, aku tak kisah. Sebab adanya Azim sebagai penyelamat aku yang baru. Hehehe..
*End flashback
Kan best hidup aku macam dulu, happy je dengan Azim.. ini semua sebab sophie!! Sebab dia aku dengan Azim dah tak jadi kawan macam dulu.
Apa yang menyebabkan Qaqa dan Azim tak jadi kawan baik? kenapa Sophie yang bersalah di dalam hal ini? Nantikan.
Pst : Please vote and comment. Thanks for support my story. janji akan buat lebih best. Tq again.
Love, Qashfie.
YOU ARE READING
In love with Mr. Heartless
Teen FictionAku suka kau!!! - Qaqa Atiqah What??!! - Nadzim Azim Lee Disebabkan tidak mendapat jawapan yang pasti dan membawa hati yang lara, membuatkan Qaqa mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Australia.. Namun, setelah 7 tahun berlalu dan diper...