Jodoh Along dah sampai..

124 7 0
                                    

Qaqa masih tidak berpuas hati mengenai kehadiran lelaki yang pernah mengecewakannya ada di rumahnya kini.

"Weh, Zoe' kau cakap betul - betul, kau tahu ke tak apa agenda si Azim datang rumah aku hari ni? Aku tak rasa nak jumpa dia waktu sekarang ni. Aku baru je nak bahagia dengan majlis pertunangan abang aku hari ni.." jelas sekali nada ketidakpuashatian aku terhadap si mamat heartless itu di sini.

"Aku berani sumpah Qaqa, yang kali ni memsng aku tak tau apa - apa pun kali ni" balas Zoe' dengan suara yang tersekat sekat. Takut melihat keadaan aku yang bakal bertukar menjadi seperti mak tiri cinderella.

Demi memuaskan hati aku, aku menuju ke bilik Along di sebelah ruang rehat di hujung tingkat tiga rumahku. "Tuk tuk.." ku ketuk pintu biliknya.

Guess what? Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa. Mood marah kini tiada lagi dan digantikan dengan mood teruja bila pintu bilik along terbuka. Geng tiga suku!!!

"Ya Allah! Kau orang semua pun ada??!!! Lamanya tak jumpa. Rindu giler dekat kau orang!!!" Ujarku teruja dan gembira. "Tapi kejap... Apek, Thamby, Singh, Kasyah, daaannnnn Ray mana?" Soalku apabila geng tiga suku kekurangan ahlinya. Ahlinya yang paling rapat denganku pula tiada di sini. Mood sedih pula ku tunjukkan apabila Ray tidak hadir ke majlis pertunangan abangku kali ini.

"Ada sesiapa mention nama I tadi? I ada dekat sinilah!!!!" Kedengaran satu suara di belakangku yang membuatkan mood teruja aku memuncak semula.

"Ray!!!! Glad to see you here, I ingat you tak datang. I baru ingat nak merajuk dengan you." Ujarku sambil menumbuk bahunya.

"Ouch" Ray mengadu sakit akibat dari perlakuanku sebentar tadi yang menumbuk bahunya. Mengada betul mamat ni tau. Nasib baik aku sayang dekat dia. Maklumlah, tiada siapa yang berani kacau aku waktu sekolah dulu, kalau tak mahu mata kau lebam baik jangan cari nahas. Geng abang aku ni geng loyar buruk + otak tiga suku + lawak tak ingat + penyelamat aku di kala dibuli di mana mana, lebih lebih lagi Ray yang sentiasa mengambil berat tentang aku. Itu yang menyebabkan aku sayang gila dekat dia orang semua ni. Geng tiga suku is the best!!

"You ni tak berubah - ubah tau sweetheart, still harsh macam dulu. I ingatkan bila dah stay dekat Australia selama 7 tahun your brutal behavior tak berubah. I tengok all lady dekat sana semuanya sopan je, feminine gitu." Komen Ray terhadap perangaiku yang tidak berubah dari dulu. Setelah itu seisi bilik gamat mengusikku dengan bertanyakan bila lagi turn aku, bila lagi nak naik pelaminlah, nak bagi dia orang anak saudaralah. Menyampah betul! Macamlah dia orang semua dah kahwin. Abang aku merupakan ahli yang pertama di dalam geng tiga suku yang mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang.

Menyedari tujuan asalku yang sedang mencari along untuk menanyakan punca kehadiran Azim di rumah ini semakin menyimpang, lalu aku meminta diri untuk mencari along di ruang tamu di tingkat satu rumah ini. "I nak turun cari along, so kau orang rest ye and jangan lupa rombongan ke rumah tunang along petang ni, bye" pamitku.

Sementara mataku melilau mencari kelibatnya, aku memanggil namanya di sepanjang perjalanan aku melangkah dan menuju ke tangga bawah. "Along! Along! Al...." panggilanku terhenti apabila melihat seraut wajah yang aku tidak lupa sepanjang 7 tahun ini. Wajah yang mengecewakan aku pada dua minggu lalu ada di ruang tamu bersama along dan tidak ketinggalan, Rasheed juga ada di situ.

Langkahku terus mati di anak tangga terakhir. Along memandangku pelik lebih - lebih lagi apabila dia melihatku ingin memusingkan badan aku semula ke tingkat atas. "Ada apa cari along, ngah? Meh la sini, along nak kenalkan angah dengan pewaris syarikat Lee Bina Holding. Ini Encik Nadzim Azim Lee bin Iman Nadim Lee, pewaris Lee bina. Syarikat along ada buat projek usahasama dengan syarikat along kerja sekarang, Takiyama group. Yang di sebelahnya pula Encik Rasheed bin Irsyad, pembantu Encik Nazmi." Along memperkenalkan tetamunya kepadaku. Aku terpaksa menarik langkahku ke arah mereka dan mengoyak sedikit senyuman terpaksa kepada tetamu along.

'Tetamu sangat. Tetamu tak diundang adalah.' Berkata kata aku di dalam hati. "Maaf, tak perasan ada tetamu tadi." Sekadar alasanku untuk menghilangkan rasa kekok.

"Hai. Selamat berkenalan, saya Qaqa atau angah. Adik kepada Encik Qairil Arya bin Qaiser Arjuna." Usai aku memperkenalkan diri, aku melemparkan senyuman 'paling manis' buat tetamu istimewa along ini. Dalam hati, hanya Allah je yang tahu. Aku terus berlalu dari situ dan menuju ke bahagian ruang tamu yang bersebelahan tempat perbincangan along sebentar tadi. Aku terus memeluk mama yang kelihatan terkejut apabila ada tangan yang memeluknya. Setelah mendengar tawaku di belakangnya, dia terus menyambung kerja - kerjanya iaitu final touch up dulang hantaran pertunangan along.

"Kenapa ni? Tiba - tiba pula nak bermanja dengan mama ni, hurm?" Soal mama. "Kenapa apanya? Angah tak boleh nak peluk mama ke? Angah dah 7 tahun tak balik tau. Along dah nak tunang, lepas ni kahwin. So, this is my turn to manja manja pulak dengan mama tapi itu pun tak boleh" nadaku seperti berjauh hati.

Mama terus memelukku erat, mengusap kepalaku penuh kasih dan pada masa yang sama, mama seperti memujukku juga. Dari situ juga aku tahu bahawa mama sentiasa menyayangi aku. Di dalam pelukan hangat mama, aku terasa ingin menangis! Dengan apa yang telah berlaku sepanjang 7 tahun ini, dengan kisah cintaku yanb tidak kesampaian dann bertepuk sebelah tangan, tidak mempunyai ramai kawan, terpisah jauh dari keluarga membuatkan aku sayu. Namun, aku tetap bersyukur kerana aku bersama keluargaku pada saat ini. Mempunyai keluarga yang memahami adalah segalanya untukku.

"Apa angah ni, dah besar pun nak manja - manja lagi dengan mama. Bila lagi nak bawak calon balik rumah? Awak tu usia makin meningkat bukan makin muda. Eyang teringin juga nak tengok waris cicit eyang sebelum eyang tutup mata. Ujar eyang dengan nada sayu.

"Siapalah yang berkenan dengan angah ni eyang, bukan cantik pun, nak kata menarik jauh sekali, tiada siapa yang nak, kalau angah cari pun mesti awal lagi angah dah kena reject, jadi nak buat macam mana kan. So, Angah tak mahu kahwinlah sampai bila - bila." Selorohku pada eyang. Pada masa yang sama aku perasan ada mata yang sedang mencuri pandang kearahku. Aku tahu siapakah gerangan tersebut bila aku menoleh ke arahnya semula, kelam kabut si dia melarikan pandangannya. Tau kau takut!

Aku terus menerpa ke arah eyang pula dan terus memberikan pelukan mesra dan menghujani wajahnya dengan ciuman dariku. "Qaqa acah je, eyang. Jangan ambil hati ek? Kalau ada sesiapa yang sudi datang pinang Qaqa, orangnya baik pula, dan semua ahli keluarga Qaqa ni setuju, Qaqa on je. Qaqa okay je eyang, lagipun restu keluarga tu yang penting dan membawa keberkatan di dalam sesebuah perkahwinan. Tak gitu eyang?" Soalanku membuatkan eyang mengangguk setuju dengan hujah aku mengenai persoalan ahli keluarga kepadaku berkaitan soal jodoh.

Sambungku lagi, "Qaqa kalau boleh eyang, Qaqa nak ada anak ramai, satu team bola pun boleh eyang. Asalkan eyang bahagia" selorohku lagi. Tergelak besar mama dan eyang mendengar angan - anganku itu.

Kedengaran suara tersedak di meja perbincangan yang aku lalui sebentar tadi. Kelihatan wajah Azim merah sekali kerana tersedak. Dalam kepala otak aku, macam tengah cakap padan muka engkau! Tapi hati aku pula cakap, kesiannya dia. Buat apa nak kesian. Tersedak? sebab curi - curi dengar perbualan mama, eyang dan aku tadi? Motif sangat.

Dengan kehadiran tetamu tak diundang ni membuatkan hari aku tak tenang. Wahai hari ini, cepatlah berlalu pergi. Itulah doaku pada ketika ini. Aku dah tak larat dengan semua ni. Aku terus meminta izin daripada mama dan eyang untuk menjenguk Zoe' di bilikku. Mama turut mengingatkan aku mengenai rombongan pihak lelaki akan bergerak ke rumah pihak perempuan selepas solat asar. Semasa melalui meja perbincangan along dan wakil Lee Bina Holding tu aku terus menundukkan wajah dan menuju ke bilikku.

P.S : agak - agaknya Qaqa dapat tak melalu hari yang mencabar ni? Hihihi.. berdebor tak?? Hahahah.. love, Qashfie

In love with Mr. HeartlessWhere stories live. Discover now