Qaqa berdebar semasa memasuki kelasnya, dia melangkah laju menuju kelasnya di blok B, SMK Bukit Hijau. Sedang dia melangkah..
Pap!
Dia terlanggar seseorang, ianya seorang budak lelaki, yang sangat kachak namun ada riak dingin di mukanya. "Mata pandang mana?" Kata lelaki itu. Dingin.
Apabila ditegur, bagaikan ada renjatan elektrik ditubuh badanku yang membuatkan aku yang sedang memandang matanya tersentak. "Maaf" hanya mampu ku katakan. Lalu aku tertunduk malu dan terus berlalu dari situ.
'Ya Tuhan, kacaknya mamat tadi tu. Tapi berlagaklah pula, jeling tajam pulak tu. Nanti - nanti sajalah ambil tahu pasal dia.' Monolog Qaqa sementara menuju ke kelasnya.
Kelas 1 Anggrik
Pergh! Penuh gila budak -budak dalam kelas ni. Mana nak cari tempat duduk ni. Sambil mata Qaqa meninjau tempat duduk yang kosong, dia terlihat kelibat mamat yang dilanggarnya tadi.
"Ek eleh, ingat senior tadi, dingin je. Budak baru jugak ke sebenarnya, tinggi macam galah, tak nak kalah. Apa kaitannye weyh!!" Omel Qaqa sementara menuju tempat duduk bahagian tengah, barisan paling akhir sekali iaitu sebaris dengan mamat dingin tersebut.
Setelah duduk di tempatnya, Qaqa menyedari bahawa rakan baru yang duduk di sebelahnya sering memandang beliau. Gadis itu sungguh montel dan memakai tudung labuh, tetapi perwatakannya yang ditunjukkan sedari tadi tidak menunjukkan dia seorang gadis yang pendiam. Dia perhatikan lagi gadis itu, gadis itu sedang bersembang dengan rakan kelasnya yang duduk di hadapan meja mereka.
"Assalamualaikum, hai. Salam perkenalan. Saya Wan Nazehah Latheefa binti Wan Zahid. Nickname Zoey, tapi ejaannya Zoe' tau. Tapi family panggil ziha atau adek. Saya tinggal di Green Hill Park kat hutan sana tu. Bla.. bla.. bla.." Joe' memperkenalkan dirinya.
'Aku dah agak dah minah ni lain daripada yang lain ni, dari mana dia datang tadi? Green Hill Park kat hutan sana tu? Hello! tu kawasan perumahan elit kot! Gilalah minah ni. Tengok sekali macam pendiam je, tudung labuh, sekali mulut macam machine gun kau! Badan gempal, muka banyak bekas jerawat, tinggi 163 cm, baju selekeh, kasut bundle. Gilalah minah ni, tak serupa anak orang kaya pun. Bapak kaya gila minah nie, tempat tinggal dia tu kawasan elit dan eksklusif la kiranya dekat pinggir pekan tu.' Berkata Qaqa didalam hatinya. Dia hanya memberikan senyuman selebar mungkin kepada Zoe' di sebelahnya untuk menjaga hati rakan barunya itu.
Akhirnya, kelas yang mempunyai 35 set kerusi meja itu sudah dipenuhi dengan pelajar. Suasana kelas yang agak bising dengan suara para pelajar itu senyap apabila seorang guru masuk ke dalam kelas tersebut.
"Hello, I'm Suria binti Adrian. I'm your class teacher and I will teach you English. Understand class?" Ujar guru yang baru masuk tadi. Guru itu mempunyai rambut yang kemas sedikit keperangan dan memakai baju kebaya labuh berwarna merah sesuai dengan lipstiknya yang berwarna merah menyala itu. Tidak lupa stilletto merah menyala 4 inci di kakinya.
"Yes, teacher" murid di dalam kelasku membalas. Tetapi, mata aku menangkap mamat yang aku langgar tadi, tidak membalas apa di soal kepada kami dan hanya beku di kerusinya tanpa mengeluarkan sepatah perkatan. Akan tetapi, kedinginannya, menarik minat aku terhadapnya. Haish Qaqa, kelas baru bermula kau sudah jatuh cinta?
Aku kembali menumpukan perhatian kepada cikgu Suria apabila terdengar suaranya. "Okay class, let's start with ice breaking" ujar cikgu Suria dihadapan kelas. Sesi suai kenal bermula dari baris tepi di bahagian hadapan sekali.
Tiba giliran aku, "My name is Qaqa Atiqah binti Qaiser Arjuna. My birthday was 5 July 1992. I'm the middle in my family, I got a eldest brother, and twin youngest sister. My dad was a doctor at near GH. My mother has her own bussiness. Both of them was 40 years old. Thank you." Setelah memperkenalkan diri, aku duduk di kerusiku semula.
Kini, tiba giliran mamat dingin itu untuk memperkenalkan diri. Semua mata di dalam kelas itu menoleh dan memandang ke arahnya, " My name is Nadzim Azim Lee bin Iman Nadim Lee. My birthday was 5 July 1992. I'm one and only child in my family. My dad has own bussiness and 38 years old. My mother was my dad's PA and 34 years old. That's all. Thanks. Setelah memperkenalkan dirinya, Mamat tersebut duduk kembali di kerusinya. Seisi kelas terdiam setelah lelaki itu memperkenalkan dirinya dan kami terus menumpukan perhatian kepada teacher Suria di hadapan kelas.
"Siapalah mamat nie sebenarnya, dari mana pulak dia datang, muka masam je semedang, perkenalkan diri pun nada dingin lepastu cakap macam senafas je. Nama dia tadi macam ade nama cina je rasanya tadi, Lee kalau tak silap aku. Tapi muka dia tak macam chinese pun, macam mat saleh omputih adalah. Lagi -lagi tang mata dia. Bundar, nampak hijau lagi. Paling tak terduga, birthday aku dengan dia samalah!" Aku membebel sendirian dan mengeluarkan nada gembira apabila menyatakan hujung ayat aku. Si Zoe' dah pandang aku pelik dah sebab cakap sorang-sorang. Malunya aku!!
Nie semua mamat tu punya pasal, tapppppiiiiiii!!! Cop! Mana aku tau mata dia kaler hijau? Sbb tadi kan aku langgar dia masa cari kelas aku tadi. Siap package renjatan eletrik lagi, sebab gatal sangat pandang mata hijau dia sampai jantung bagai nak gugur sebab kacak sangat. Hahaha.. gila.. Dari kerana mata~
Btw, hari pertama persekolahan memang best. Zoe' pun macam peramah je, esok sajalah berkenalan dengan lebih lanjut dengan minah ni. Macam peramah semacam je minah ni.
Bilalah nak balik ni weh! Aku mengantuklah.. jam baru menunjukkan 12 tengah hari, sabar Qaqa, kejap lagi tidur ye..
pst :thanks sebab sudi singgah baca, komen dan pandangan anda amat dihargai.. sayang semua,
Love, Qashfie.
YOU ARE READING
In love with Mr. Heartless
Novela JuvenilAku suka kau!!! - Qaqa Atiqah What??!! - Nadzim Azim Lee Disebabkan tidak mendapat jawapan yang pasti dan membawa hati yang lara, membuatkan Qaqa mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Australia.. Namun, setelah 7 tahun berlalu dan diper...